"Hari tu, selepas Aida marah dia tengah bermesra dengan Jono tu."
"Jono mana pulak ni."
"Ala , ayah ni ketinggalan bas betul la. Tadikan dah cerita."
"Ooo yang tukang buat bangsal orkid tu."
"Abang tak tengok lagi hari tu, masa dia kena tangkap dengan Pak Samad tu, muka dia tak malu langsung. Memang macam orang yang biasa buat kerja macam ni. Abang Zaki pulak yang malu-malu. Memang dia pelik sangat-sangat sejak akhir-akhir ni ayah."
"Mama tak tengok lagi dia menyanyi-nyanyi dekat bangsal orkid mama tu pukul 2.30 pagi. Berdiri tegak bulu roma abang Ngah tengok dia malam tu."
"Ha , ada pulak menyanyi kat bangsal malam-malam buta?"
"ye, Ammar nampak dia tuk, masa tu Ammar nak bangun minum air, tiba-tiba je dengar macam orang menyanyi. Ammar selak langsir, nampak bibik sorang-sorang je melenggang kangkung."
"Hai pelik betul la korang ni. Dapat orang gaji pun yang dah tak betul. Habis macam mana lagi ni, nak ambik yang lain ke macam mana?"
"Tak nak lah mak, kalau cari lain kena keluarkan duit banyak lagi. Dulu pun hampir 6 ribu saya habis, kalau report lari, kena denda pulak, mana nak cari duit. Biar je lah. Lagipun Aida pun dah sihat betul sekarang ni, nampak badan pun dah makin naik sejak jadi mem besar ni."
"Amboi, sedapnya mengata. Tak pelah Aida besar pun , kan ke bibik dah lama tak masak sejak dia cuba meracuni abang malam tu."
"Entah racun entah ubat guna-guna." Kata ibunya itu membuatkan Rizal meremang bulu roma. Aida turut menggosok-gosokkan lengannya yang merasa meremang.
Sementara itu, bibik telah sampai ke Kuala Lumpur bersama Jono. Mereka menumpang tidur di rumah saudara Jono di sebuah rumah kongsi . Kawan Jono yang bernama Khatiman tinggal bersama seorang wanita yang bernama Samihah. Menurut Jono , Samihah bukanlah isteri Khatiman, tetapi daripada apa yang bibik nampak mereka tidak ubah seperti laki bini yang telah lama berkahwin.
Jono mengikut kawannya itu bekerja di kawasan rumah batu. Walaupun memiliki passport dan permit, namun kerana ulahnya terhadap Pak Samad, dia takut untuk mengeluarkannya. Malah dia juga telah menukar namanya kepada Satok. Samihah bekerja sebagai pembantu rumah di kawasan Selayang. Setiap pagi dia akan mengayuh basikalnya melalui kawasan perumahan menuju ke tempat kerjanya. Hanya bibik Ruminah sahaja yang tinggal dirumah. Dia menukar namanya kepada Suzana supaya tiada siapa yang mengenalinya termasuklah Samihah.
Dua hari lagi bulan akan mengambang penuh, dia keresahan sendiri,. Sejak datang ke Kl ini, Jono juga sudah tidak mempedulikannya lagi. Kelelahannya bekerja membuat rumah batu dari pagi sampai petang membuatkan dia tidur mati pada malam hari. Lagi pun tubuh Jono sudah terlalu kurus, bagaimana dia mahu memperdayakan Jono untuk mendapatkan darahnya tanpa disedarinya. Masalah juga semakin rumit kerana rumah kongsi itu yang tidak memiliki bilik. 10 orang pekerja tidur bergelimpangan begitu sahaja. Hanya Samihah dan dia di letakkan di sebalik tabir yang nipis bersama pasangan masing-masing.
Sudah 2 hari Khatiman resah sendiri, bila mengingatkan jelingan-jelingan manja daripada isteri kawannya Jono yang dikenali sejak di kampung lagi. Dia memang agak sukakan Suzana kerana potongan badannya yang cantik terutama jika memakai baju kebaya dengan kain batik Jawa lepasnya itu. Namun dia lebih takutkan Samihah yang telah ditidurinya sejak 2 tahun yang lalu. Walaupun dia beragama Kristian dan Samihah Islam, namun antara mereka tiada beza apa-apa. Samihah sudah lama meninggalkan amalan agamanya, begitu juga dia. Hari itu dia diberitahu Samihah bahawa dia akan tidur di rumah majikannya kerana mereka akan out station. Samihah mengajaknya pergi sama, kerana selalunya bila tuan rumah tiada mereka akan bersama-sama menunggu rumah dan anak-anak mereka. Maka dapatlah mereka tidur pada tempat yang selesa selama beberapa malam. Namun malam itu dia tidak mahu, bayang-bayang Suzana dengan jelingan manjanya melambai-lambai dia untuk kembali. Malam itu, ramai pekerja yang bekerja lebih masa untuk menyiapkan projek yang telah tamat tempohnya. Dia dan Jono terus bekerja dan berjanji untuk pulang selepas pukul 2 pagi.
"Betul , lu sanggup sampai pukul 2 pagi Jon?"
"Iya, gue kan jagoan di desa dulu. Siapa ngak kenalin ama cowok ganteng ini?"
"Ganteng apaan, kurusan macam cacing ah." Gurauan itu menimbulkan gelak tawa dengan Jono.
"Lu siapin dulu ya, gue mau pulang ntar bawa ransomnya buat makan-makan. Udah malem kayak gini, lapar dong."
"Ya Udah. Pergi lu, bawa kue itu banyak-banyak buat gue."
Jono bergurau sambil melemparkan kepingan papan kecil ke arah temannya. Sinar rembulan menerangi jalan yang dilaluinya, oleh itu Khatiman tidak memakai sebarang lampu kepada basikalnya. Dia mengayuh basikalnnya buru-buru, semua orang sedang bekerja. Itulah saat yang ditunggu-tunggu. Bayangan Suzana melambai-lambai kepadanya sejak malam mula melitupkan tirainya.
"Ada apa, kang. Katanya mau kerja sampai malam?"
Soal bibik, walaupun dia tahu Khatiman pastilah pulang kerana panggilannya melalui jampi serapah tadi telah berkesan. Dia tahu pastilah berkesan kerana bahan yang digunakan ialah pakaian dan helaian rambut khatiman yang telah dikumpul sejak 2 hari yang lalu. Khatiman menolak daun pintu dan terburu-buru masuk ke bilik air. Dia tidak boleh berlama-lama kerana takut diketahui temannya Jono.
"Sudah makan, kang."
Soalan Suzana yang berdiri di belakangnya itu mengejutkan Khatiman. Dia memalingkan mukanya , tubuh Suzana yang montok itu hanya berdiri satu inci jaraknya dengan tubuhnya. Dia tahu kalau dia bergerak sedikit sahaja lagi pasti bergesel. Oleh itu dia bergerak ke depan dan pura-pura melanggar Suzana. Suzana memegang lengannya yang sasa itu, dan pura-pura terjatuh. Dia mengampu tubuh Suzana yang agak kecil itu dan menariknya berdiri.
"Saya tau akang sukakan saya. Dari pandangan mata aja saya sudah dapat merasakannya." Suzana membisikkan kata-kata yang melonjakkan kegembiraannya. Dia menarik tubuh Suzana lebih dekat dan memeluknya. Tiada apa-apa tentangan daripada tuan punya tubuh. Oleh itu dia merangkul Suzana dan membawanya ke tempat tidur yang selalu ditidurinya dengan Samihah.
"Lama banget ambil ransomnya Man?" soalan Jono itu sempat mengagetkan Khatiman. Namun dia cuma tersenyum.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...