banglo hijau Part 21

7 0 0
                                    

"Kayaknya mucikari besar kamu ya."

Detik hati Jono kepada bibik namun dia takut untuk menyatakan . Tambahan pula mereka juga takut ketahuan bila bercakap-cakap kerana angin malam membawa suara dengan kadar lebih kuat bebrbanding pada hari siang. Kenderaan di atas jalan juga telah berkurangan , hanya sesekali sahaja kedengaran lori mengangkut yang membawa muatan lalu di depan rumah. Tanpa menunggu persetujuan Jono, bibik bangkit, membetulkan bajunya lantas terus menonong saja masuk ke rumah. Dia mengunci pintunya dari dalam dan terus masuk tidur di biliknya. Hati Jono kembali terluka kembali, kenapa perangainya lain benar malam ini. Sudah ada orang lainkah dia? Soalan itu berlegar-legar dalam kepalanya. Mungkin orang tua petang tadi. Pikirnya sendiri. Dia mengambil masa agak lama termenung sendirian di atas pangkin yang baru disiapkan minggu lepas itu. Dasar si tua kutuk. Pikirnya lagi. Mulutnya turut menyumpah-nyumpah orang tua yang kelihatannya mesra banget dengan bibik petang tadi. Cemburunya meruap-ruap, naik ke kepalanya . Akan ku bunuh dia. Fikir Jono sambil berjalan ke arah tempat masuknya tadi. Dengan sekali loncat saja dia meloloskan dirinya untuk keluar. Dia mengambil basikalnya yang disimpan di dalam semak, kerana di sini tidak bimbang kehilangan basikal. Negara yang makmur ini jarang kehilangan basikal buka seperti di negaranya sendiri.

Pagi itu Aida menghantar anaknya ke sekolah dengan pesanan untuk pulang lewat kepada bibik. Hari itu hari Rabu, dia merasakan ada keperluan untuk pergi ke kedai buku. Untuk menambahkan pengetahuannya selaku suri rumah sepenuh masa, dia mahu memenuhkan rak bukunya dengan buku masakan yang pelbagai citarasa. Tambahan pula apabila tugas memasak dipikulnya kembali apabila Rizal sudah tidak mahu makan masakan bibiknya yang diragui cuba memasukkan benda kotor ke dalam makanan.

Setelah siap membeli buku, dia merasakan hatinya berdebar-debar. Apakah perkara yang mahu berlaku? Pikirnya sendiri didalam hati. Dia membatalkan hasratnya untuk berlama-lama berada di luar kerana merasa tidak selesa dengan bibiknya yang dikatakan mempunyai pengaruh benda halus itu. Debaran di dadanya semakin kuat apabila memasuki jalan menuju ke rumahnya. Dia memberhentikan keretanya dan menelefon sepupu suaminya abang Zaki. Zaki yang masih berada di bangsal ayamnya bergegas pulang dan terus memandu kereta membawa ayahnya ke rumah Rizal. Dia memasuki halaman rumah terlebih dahulu daripada Aida yang ketakutan berada di dalam keretanya dan meletakkan keretanya di luar pagar. Gate yang baru di cat semula itu tidak menimbulkan apa-apa bunyi bila dibuka. Suasana amat sunyi, tiada kelibat bibik mahupun Pak Samad yang sepatutnya datang hari ini. Aida membuka pintu depan dengan kuncinya namun tidak boleh kerana di selak dari dalam . Dia mengajak abang Zaki mengikutnya masuk ke dalam rumah mengikut pintu belakang yang juga tertutup. Pak Su sedang membaca ayat-ayat suci sekali ke Timur, sekali ke Barat, tidak dipedulikan oleh Aida. Dia perlu tahu apa yang sedang berlaku di rumahnya itu. Selepas membuka pintu, badan Pak Su yang tinggi lampai itu terjongol di sebelahnya, masih terkumat-kamit.

Tiada sesiapa di dapur, juga di ruang makan. Aida mempersilakan Zaki dan Pak Su masuk lantas mengiringi mereka ke ruang depan. Semasa sedang membuka selak pintu depan yang besar, Aida mendengar bunyi ketawa yang saling bertingkah antara lelaki dan wanita. Dia dengan pantas berjalan ke arah bilik tetamu yang menghadap terus ke pintu depan. Zaki yang melihatnya turut sama mengekori langkah kaki Aida.

"Ya Allah, Bibik, Pak Samad !!!" jerit Aida kepada pembantu rumah dan tukang kebunnya.

Pak Su berlari ke depan pintu bilik dan keluar kembali kerana tidak sanggup melihat suasana yang terpampang di depan mata mereka. Dia menarik kembali pintu yang terbuka untuk memberikan peluang keduanya berpakaian kembali.

"Apa yang Pak Samad mahu sebenarnya?" soalan Pak Su itu sangat melucukan di pendengaran Aida. Pak Su itu usianya seperti anak sulung Pak Samad , sekarang sedang bersoal jawab dengan seorang tua seperti itu.

"Sebenarnya Pak Samad mahu memperisterikannya."

" Habis, kenapa Pak Samad melakukan perkara ini. Datang, minta cara baik-baik. Kitakan sudah tua kenapa berkelakuan seperti ini. Janganlah kerana dia itu orang asing Pak Samad nak jadikan dia permainan sampai lupa dosa pahala."

Pak Samad cuma menekurkan kepalanya melihat permaidani. Zaki mengeluh berkali-kali melihat kelakuan seorang lelaki yang sudah bergelar atuk dalam rumah majikannya sendiri.

"Sudah lama melakukan kerja macam ni?"

Soalan pak Su itu kedengaran lucu pada Zaki. Pak Samad mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Cuba Pak Samad ingat balik bila kali pertama Pak Samad buat kerja tak senonoh macam ni?"

"Kalau tak silap dah masuk 2 bulan."

"Dah masuk 2 bulan, maknanya dah acapkali la ye." Pak Samad kembali menekurkan mukanya ke lantai. Bibik sedang menangis di dapur setelah dimarahi oleh Aida. Aida menelefon suaminya, namun tidak berangkat. Memikirkan suaminya sibuk, dia membiarkan saja Pak Su dan Zaki yang bersoal-jawab dengan Pak Samad.

Aida menatang dulang berisi air minuman ke hadapan Pak Su dan Zaki serta Pak Samad. Apabila dia mempelawa Pak Su minum air yang dibawanya itu, Pak Samad bangun meminta diri.

"Kalau tak silap kiraan Pak Su, benda ni bermula sejak Aida datang kali pertama dulu rumah Pak Su. Maknanya betullah benda tu dah bebas semula sebab berlaku benda mungkar yang besar dalam rumah ini. Ustaz tu dah cakap pagar tu memang akan berfungsi selagi belum terjadi benda-benda mungkar. Oleh itu dia telah bebas ikatannya melalui perbuatan bibik kamu yang melanggar batas adat dan moral ini. Malah perbuatan ini merupakan salah satu dosa besar yang sukar diampunkan Allah Taala."

"Habis macam mana dengan saya ni ,Pak Su. Saya dah ketakutan ni." Suara Aida yang menggigil didengari oleh Zaki dan juga Pak Su.

"Sabar dulu, mungkin dia telah menukar taktik. Tengok dia menggunakan medium manusia juga untuk melakukan kacau sebab taktiknya dah bertukar. Kita pun tak perasan sangat sebab bibik tidak meracau-racau macam kamu dulu."

"Habis apa kata Pak Samad?" Pak Su tersenyum, mengingatkan betapa takutnya Pak Samad yang berpangkat seperti bapa itu dengan dirinya yang jauh lebih muda. 

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now