banglo hijau Part 29

10 0 0
                                    

"Sapa tu?" tanya Murad kepada Kamal.

"Budak baru, Kay namanya. Carlos yang bawa masuk." Jawapan Kamal itu memberikan idea baru kepada Murad. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Kay yang sedang duduk-duduk sahaja di atas kaunter. Murad menghulurkan beberapa helai not kepada mami dan terus duduk menemani Kay sampai tengah malam. Akhirnya apa yang diingini daripada anak nelayan dari Kuala Perlis itu telah diberikan jawapan. Lantas dia bangun mencari Suzana dan keduanya pulang beriringan.

"You mahu tak kalau I bawakan you teman serumah. Maklumlah I ni kan selalu tinggalkan you sorang-sorang, kadang-kadang sampai tak balik jadi I pelawa budak baru tu, namanya kay biar dia tinggal dengan you, boleh?"

"Rumah tu rumah you so you boleh buat apa saja, lagipun memang I pun sunyi duduk sorang-sorang kat rumah. Bila dia nak masuk?"

Tiada nada cemburu dalam kata-kata Suzana itu menyukakan hati Murad.

" Secepat yang mungkin lah. Kalau you tak keberatan, pagi esok pun boleh."

"Pagi esok I nak tidur, malas nak buka pintu."

"Tak pe I bagi kunci satu kat dia, biar dia masuk sendiri." Suzana tersenyum melihat kesungguhan Murad itu untuk menolong wanita yang tinggi lampai dengan kulit putih melepak itu.Namun dia cuma diam dan pada hujung bibirnya tersungging sekumit senyuman sinis.

Bangun dari tidur, Suzana melihat Kay yang nama asalnya Kamariah itu sedang menonton tv. Suzana merasa hairan anak kampung yang dikatakan ditipu teman lelaki itu lalu menajdi GRO memakai seluar pendek dengan baju t tanpa lengan. Bukan anak kampung namanya kalau berpakaian seperti itu.

Malamnya Kay tidak bekerja, menghantar pemergian Suzana dengan ekor matanya.

" I rasa tak balik malam ni." Pesan Suzana kepada Kay yang tercegat di pintu. Kay menganggukkan kepalanya sambil tangannya melambung-lambungkan epal yang dipegangnya itu. Teksi yang menunggu di depan rumah membawa Suzana ke perut ibukota dalam sekelip mata sahaja. Pak Ali yang memang sudah arif dengan Bandar Kuala Lumpur itu gembira, menerima imbuhan yang banyak dari kumpulan pekerja seperti ini . Kerana itulah dia rajin menawarkan diri kepada bosnya untuk menjemput dan menghantar Suzana.

Pukul 12 malam, teksi Pak Ali kembali semula ke rumah membawa tubuh Suzana tertidur di kerusi belakang . Pak Ali terpaksa mengejutkannya apabila sampai ke rumah. Berjingkit-jingkit Suzana memasuki rumah dengan kuncinya sendiri, lalu terus berjalan ke biliknya yang terletak agak ke belakang daripada ruang tamu. Dia tahu Murad ada di rumah itu berdasarkan kereta pikapnya yang diletakkan di dalam pagar rumah. Perlahan-lahan dia menyalakan lampu dan melihat dua manusia yang berlainan jantina sedang nyenyak tidur. Matanya bersinar-sinar menyilaukan cahaya kemerah-merahan. Perlahan-lahan kepalanya ditundukkan ke hadapan muka wanita yang diberinya tumpang di rumah sewa nya itu. Tangannya menyelak rambut yang menutupi leher dan membenamkan giginya ke leher wanita yang hanya sempat meronta sekejap sahaja kerana mukanya dipekup supaya diam.

Suzana memandang wajah Murad yang sedang tidur pulas, bahunya terdedah kepada suhu yang rendah, kelihatan sedikit bergetar kesejukan. Tangan dihulurkan kepada wajah Murad dan menggosokkan wajah itu dengan perlahan-lahan. Murad tersedar dari tidur , namun apa yang dilihatnya membuatnya jantungnya hampir meloncat keluar. Seorang gadis berpakaian koyak rabak dengan darah menitis dimukanya sedang memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar dan mengeluarkan cahaya seperti api. Dia menjerit sekuat-kuat hatinya.

"Pergi, jangan ganggu aku." Dia memandang ke sebelahnya namun apa yang dilihat lebih dasyat lagi, Kay tidur dengan darah lencun membasahi cadar dan bantal .

"Siapa kau ? Pergi aku tak mau mati." Jerit Murad sambil mencapai pakaiannya dan kunci pikap yang diletakkan di sebelah katil. Gadis yang berdiri di sebelah katil itu cuma memandang Murad yang kelam kabut berpakaian dan berlari keluar. Dia menendang pintu pagar dengan kuat hingga keduanya terbuka serentak. Kereta pikapnya diundur dengan laju dan dia membelah udara pagi yang dingin dengan ketakutan yang menggetarkan seluruh pori-pori kulitnya.

"Hello, Pak Ali ,boleh tak jemput saya sekarang."

"Jemput sekarang ? Sekarang pukul 4 pagi la Cik Lily. CIk Lily nak ke mana malam-malam macam ni. Kan Cik Lily baru je balik kerja."

"Saya nak lari, suami saya curang dengan saya." Suara Lily terisak-isak bercerita dengan Pak Ali.

"Macam nil lah cik Lily , saya telefon kawan saya yang masih memandu, biar dia jemput Cik Lily sekarang. Dekat rumah ye ?"

Tidak sampai setengah jam sebuah teksi berbumbung kuning berhenti didepan rumah Murad, yang sudah hilang entah ke mana. Lily menyeret sebuah beg beroda yang besar dan berjalan ke arah teksi.

"Kenapa kau ganggu budak itu. Dia tidak bersalah." Suara pemandu teksi yang berpakaian seragam dan berjambang itu mengejutkan Lily.

"Siapa kau? Mengapa kau masuk campur urusan aku."suara Lily sudah berubah menjadi garau dan badannya juga berubah kepada bentuk asalnya, gadis berbaju merah.

"Aku tak ganggu kamu tetapi kamu yang menganggu orang lain. Keluar daripada jasadnya." Arah pemandu teksi itu kepada Lily. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, dan melemparkan segenggam tanah ke arah tubuh Lily. Tindakan itu mengundang jeritan yang panjang daripada Lily dan tubuhnya roboh ke tanah.

"Di mana saya?" Perlahan-lahan dia cuba bangun.

"Jangan pegang saya, saya dimana."

"Nona, kamu telah dirasuk. Saya telah menghalau hantu yang menggunakan jasad kamu itu keluar. Saya Pak Husin, rakyat Malaysia, tuan punya teksi ini. Kamu yang telefon Pak Ali minta khidmat teksi tadi, jadi Pak Ali meminta saya datang. Siapa nama kamu?"

"Nama saya Ruminah. Saya bekerja di Terengganu, majikan saya Encik Rizal dan Puan Aida."

"Habis tu macam mana sekarang. Kamu mahu pergi ke mana?"

"Bolehkah encik membawa saya pulang ke rumah majikan saya di Terengganu?"

"Boleh tapi tambangnya mahal jugak."

"Nanti saya tengok berapa duit yang saya ada.Masyaallah , dari mana saya punya wang begini banyak?"

"Kamukan GRO, roh yang merasuk kamu itu telah menggunakan tubuh kamu untuk melayan pelbagai lelaki, itulah duit bayaran bagi tujuan itu."

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now