banglo hijau Part 27

7 0 0
                                    

Murad membantu dengan menolak punggung Suzana ke atas tempat duduk kereta. Suzana tahu, Murad hanya mahu mengambil peluang untuk menyentuh tubuhnya. Dia tersenyum sinis.

"Tidak lapar? Kita berhenti makan dulu."

"Boleh aja, saya ikut saja. Suka hati abanglah."

"Oo boleh berbahasa Melayu rupanya, tadi pelat Indonesianya boleh tahan."

"Saya sudah 2 tahun di sini, tak pernah balik. Macam mana mau cakap sana."

"Jadi je orang sini, senang cerita."

"Bagaimana kok, mau jadi orang sini."

"Kawinlah dengan orang sini, jadilah orang sini."

"Ngak ada yang sudi kok."

"Ngapa di cari yang tak sudi, yang sudi masih ramai. Abang pun sudi, kalau Suzana mahu."

"Abang jangan bergurau, nanti ngak boleh tidur ingatkan Suzana." Suzana sengaja melembutkan suaranya sambil melirikkan matanya ke arah Murad. Hampir tengah malam, Murad masih berfikir-fikir bagaimana mahu menjerat ayam Indon yang suka melirikkan matanya itu. Lantas dia cuba memancing Suzana dengan cerita-cerita yang meransangkan lelaki sepertinya, untuk melihat reaksi Suzana. Suzana membalas dengan selamba seolah-olah tiada apa-apa, itu yang mengembirakan hati Murad. Pusing keliling yang di lalui hari itu berakhir di sebuah Chalet kecil di tengah-tengah bukit menghala ke Ulu Yam. Suzana tersenyum di dalam gelap,nampaknya dia mendapat rezeki baru yang lebih empuk dan gurih.

"Kenapa mesti tinggal di rumah kongsi dengan kuli-kuli yang semuanya lelaki?" soalan Murad pagi itu disahut dengan gelengan kepala sahaja oleh Suzana.

"Apa kata abang sewakan satu rumah untuk Suzana, tinggal di sana dan jaga makan minum abang sahaja. Suzana mahu begitu ?"

"Apa yang Suzana mahu lakukan? "

"Suzana boleh pilih samada nak bekerja atau mahu tinggal di rumah saja."

"Nantilah Suzana akan fikirkan." Senyuman Suzana yang mengembang menyedapkan hati Murad yang tidak tahu bahawa tempoh yang diminta itu adalah untuk menghabiskan saki baki isi rumah kongsi yang masih bersisa.

"Tapi jangan lama sangat, ambil masa untuk berfikir. Abang sudah tidak sabar mau tinggal sama Suzana." Kata Murad sambil menggosok-gosok tangan Suzana.

BAB 10

Tempoh 3 hari yang diminta oleh Suzana berakhir esok. Dia sedang bersenang-senang di rumah kongsi yang didudukinya itu tanpa Kadir dan Suleman yang telah di bawa polis kerana terlibat dalam pembunuhan Khatiman. Suzana menajamkan matanya melihat di sana masih bergelimpangan Suhardi, Sutaji, Demang, Parjo dan tiga orang yang tidak diketahui namanya. Malam itu sepulangnya mereka semua dari tempat kerja dia melihat sepasang mata mengintainya dari sebalik langsir semasa dia sedang menukar bajunya. Melihatkan keadaan itu dia sengaja melondehkan kain batik yang dipakainya itu lebih rendah ke bawah. Dia mengambil masa berlama-lama dalam keadaan seperti itu, sambil menyikat rambut, memakai pewangi dan melumurkan tubuhnya dengan losyen yang dibelikan oleh Murad tempohari. Mungkin upah kepadanya yang sanggup bermalam dengan lelaki itu. Suzana mendekati langsir yang disibak kecil itu, lantas melihat Suhardi sedang duduk mencangkung di situ. Melihat kiri kanan di mana semua orang telah tidur, dia menarik tangan Suhardi ke tempat pembaringannya. Suzana sentiasa memberikan yang terbaik, kerana itulah tiada sesiapa yang menyedari apa yang berlaku termasuklah Suhardi. Senyap-senyap dia kembali semula ke tempat tidurnya di ruang tamu, sambil menggosok-gosokkan lehernya yang agak sakit digigit oleh Suzana. Tanpa diketahuinya teman-temannya juga baru sahaja melabuhkan belakangnya di situ selepas turut sama mencangkung di sebalik tirai melihat apa yang telah dilakukannya dengan Suzana. Pagi esoknya sebelum teman-teman ke tempat kerja, Suhardi sengaja melengah-lengahkan waktu sehingga semuanya telah pergi. Tanpa membuang waktu sekali lagi dia memberikan darahnya disedut dengan rakus oleh Suzana , walaupun agak sakit namun dia tidak peduli.

Menjelang tengahari, sewaktu kawan-kawannya pulang, mereka melihat badan Suhardi sudah terbujur kaku di tempat tidur Suzana. Suzana pula telah lesap dengan beg pakaiannya dan juga duit semua ahli rumah yang disimpan di merata tempat dalam rumah itu. Parjo yang baru sahaja membeli rantai emas kepada isterinya menangis terisak-isak kerana wang gajinya selama 2 bulan itu telah hangus di bawa pergi oleh Suzana. Mereka melaporkan kematian kawannya itu kepada Mandor cina yang bertugas pagi itu. Menurut mandor itu, Murad bercuti untuk menguruskan perpindahan rumah barunya, oleh itu mereka semua mengikuti jasad teman serumah mereka yang lebam lehernya seperti di gigit sesuatu itu ke hospital.

Murad tersenyum melihat Suzana datang mengendong begnya yang besar itu. Dia terburu-buru turun daripada pikap yang dinaikinya itu dan menyonsong Suzana. Pikap milik syarikat itu meluncur laju ke tengah kota dan Suzana di bawa berpusing-pusing sehingga menemui rumah teres setingkat yang nampak masih baru. Suzana melihat sekeliling, dia melihat kawasan perumahan itu agak lengang. Tidak banyak rumah yang telah diduduki. Rumah itu sendiri terletak paling hujung dan selang 4 buah selepasnya barulah ada rumah lain yang dihuni oleh sepasang cina tua. Dia merasa seronok, kerana pastilah privasinya sangat terjaga berada di tempat seperti itu.

Melihatkan rumah yang sudah dilengkapi perabot, Suzana yakin bahawa Murad telah lama memiliki rumah itu. Dia meletakkan beg pakaian yang dibawanya itu di dalam bilik.

"Sayang, apa kata kita pergi kelab malam ni."

"Ala tak biasa la. Macam mana tempat tu?" Suzana sengaja melembutkan suaranya supaya lebih manja dan mengada-ngada.

"Pergilah mandi dulu, kemudian kita pergi makan dan lepas tu kita duduk di kelab sampai pagi.Abang dah beli pakaian yang sesuai dalam almari tu.Ambik je mana yang sayang berkenan, pakai."

"oklah, I mandi dulu ye."

Murad cuma memandang Suzana yang melenggok pergi. Dia berfikir sendiri, awek Indon ni bukan cantik sangat tetapi cahaya wajahnya yang berseri-seri seolah-olah menarik orang untuk memandang kepadanya. Kulit mukanya seperti berwarna merah jambu, malah lesung pipitnya yang selama ini terlindung, kelihatan sangat jelas di mata Murad.

Malamitu Murad bermalam di rumah yang diberikan kepada Suzana. Dia tidak peduli apayang dikatakan oleh kedua-dua isterinya.     

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now