"Iya pak, saya akan lakukan. Ya Ampun."
Rizal dan Aida menghantar bibik yang dalam kemurungan itu masuk ke biliknya dengan ekor mata. Setiap saat dan masa mereka masih berwaspada jika berlaku lagi peristiwa yang mampu menggugat keharmonian mereka.
Jam 6 petang, sebuah kereta peronda polis masuk ke halaman rumah Rizal. Bibik menangis semasa di bawa ke balai polis . Rizal menyerahkan segalanya kepada kebijaksanaan pihak polis.
BAB 11
Murad memandang wajah isterinya berkali-kali. Dia merasakan bahawa dia melihat lirik mata berlainan pada mata isterinya hari itu. Maznah, isterinya tetap diam sambil tangannya sibuk menyiapkan bekalan anak-anak ke sekolah. Murad tersenyum sendiri mungkin perasaannya juga merasakan keanehan itu. Dia memandang telefonnya , kadang-kadang terasa rindu juga kepada Suzana, tetapi untuk datang semula ke rumah itu agak menggerunkan kepada Murad.
"Abang ni kenapa, dari tadi saya nampak gelisah memanjang."
Soalan isterinya itu mengejutkan Murad.
"eh, tak ada apa-apalah. Awak nampak cantik hari ni." Dalih Murad untuk mengelakkan soalan yang bukan-bukan daripada isterinya itu. Murad membuka kembali akhbar yang telah ditutup dan kembali membaca. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada rasa gelisah, oleh itu dia mengambil kunci pikapnya itu lantas memandu tanpa tujuan. Cutinya masih berbaki dua hari, sejak berlakunya insiden menakutkan di dalam rumah miliknya di Selayang baru-baru ini.
"Aku patut menyiasat apa yang berlaku. Kalau jadi apa-apa mesti heboh, rumah itu atas nama aku jugak." Pikir Murad sendiri sambil memandu. Dia menghala ke kawasan Selayang dan masuk ke halaman rumahnya sendiri yang ditempatinya bersama Suzana.
"Ke mana agaknya Suzana?"
Sejak hari itu dia tidak lagi nampak Suzana, dia hilang seperti ditelan bumi. Malah di Kelab Mami juga tiada. Murad membuka kunci rumah dengan perasaan cuak, seandainya wanita berbaju merah itu masih ada.
"Tapi bagaimana pula dengan nasib Suzana dan juga Kay yang berlumuran darah malam itu." Murad berjalan sambil hidungnya kembang kempis cuba menghidu jika terdapat bau busuk atau seperti mayat di dalam rumahnya. Pintu bilik dibuka, tiada yang aneh. Semua benda berada dalam keadaan selamat, kemas dan bersih seperti selalu. Dia membuka almari pakaian Suzana, kosong.
Dia keluar, masuk pula ke bilik kedua yang ditempati oleh Kay. Cadar tersusun rapi seperti baru dibersihkan. Dia membuka almari, pakaiannya masih ada dan penuh dalam almari. Murad tersenyum, mungkin perasaanku sahaja dia sudah mati pada malam itu. Fikirnya sendiri. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri, merasa bodoh kerana ketakutan dengan perkara tidak pasti.
Dia duduk sebentar di atas katil Kay, baunya harum seperti tuannya masih ada. Dia memejamkan matanya membayangkan Kay yang putih melepak dengan tubuhnya yang tinggi langsing. Dia tersenyum. Hampir 2 jam menunggu, dia merasa bosan. Orang yang ditunggu juga tak kunjung tiba. Dia keluar dan mengunci pintu, terus menuju kembali ke pusat Bandar Selayang, minum secawan teh tarik di kedai mamak.
"Hai, tak kerja ke." Murad tersenyum memandang kawannya Joe yang berpakaian selekeh itu.
"Cuti, sekali-sekala nak rehat jugak. Dari mana ni?"
"Dari rumah mak aku di Kampung Bendahara. Engkau pulak pagi hari ni dari mana dah tercongok di kedai mamak. Kau tak ada bini ke?" gurau Joe sambil ketawa ringan
"Bini terlebih-lebih ada, tapi minum kat kedai mamak jugak." jawapan Murad itu megundang ketawa panjang mereka berdua.
"Kau tahu tak, mami sekarang ni, amboi bukan main lagi sejak Kay kerja kat situ. Senyum memanjang, maklum bisnes macam air masuk duit."
" Oh, jadi Kay masih bekerja dengan mama la sekarang. Kau ada nampak Suzana tak ?"
"Eh, tak ada pulak. Bukan ke dia dengan kau ? Kau yang bawa dia masuk dulu kan ?"
"Memang la, tapi sekarang dah hilang tak boleh nak kesan. Aku tak tau mana mau cari dia."
" Aku ingat kau dah tak bagi dia kerja kat situ lagi. Mati-mati aku ingat kau dah bawa dia pergi nikah kat sempadan dan nak simpan kat rumah."
"Hei bro, dua orang bini kat rumah tu pun aku dah terlayan, macam-macam kerenah, nak tambah satu lagi, eeii, selisih malaikat 44. Tak mau dah aku, cukup lah simpan dan makan sekali sekala. Senang tak payah sakitkan perut aku yang memang dah semak ni."
"Hai, Murad, kau tak kerja ke hari ni?"
"Eh, Pak Ali . Dari mana ni pagi hari dah tercongol kat sini." Murad tersenyum memandang driver teksi itu.
"la, pergi hantar mata air engkau la." Kata Pak Ali seraya tersenyum lebar kepada Murad.
"Mata air ? Suzana dah balik ke ?" Soalan Murad menyebabkan Pak Ali membeliakkan matanya kepada Murad.
"Aih, Suzana mana pulak ni. Aku hantar Kay ,lah. Apalah engkau ni."
"Tak maksud saya Lily, Pak Ali hantar Lily sekali ye."
"Lily, eh takkan kau tak tau lagi kot. Mata air engkau tu lari malam-malam buta pergi Terengganu sebab katanya engkau curang. Kawan aku yang hantar dia sampai Terengganu. Katanya dia pembantu rumah kat sana."
"Pembantu rumah. Lily jadi pembantu rumah? Pak Ali biar betul. Jangan main-main Pak Ali , saya dah lama benar tak jumpa dia ni."
" Betul la, tak percaya meh, mari ikut aku jumpa dengan kawan yang hantar dia ke sana."
Ketiga-tiganya berjalan beriringan keluar dari kedai mamak yang sudah menyajikan pelbagai makanan tengahari . masing-masing mengikut haluan sendiri, hanya Murad yang memandu pikapnya mengikut teksi Pak Ali untuk ke stesen teksi.
![](https://img.wattpad.com/cover/130386676-288-k42262.jpg)
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...