BANGLO HIJAU Part 5

10 1 0
                                    

"Tadikan abang Zaki telefon mak Anjang dia tanya pasal dukun-dukun ni. Bukan selalu kita guna khidmat dukun ni. Sesekali masa sesak macam ni, manalah kita nak cari tangah bandar KL ni dukun. Kalau hospital banyak la."

" Sekarang ni rasanya macam mana ni Da?"

"Susah nak jawab kak, sebab kalau nak kata saya letih takut sebab letih memang kerana ada perubahan ,maklumlah kandungan kan makin besar. Sebelum jadi macam ni pun bukannya selalu saya sihat memanjang. Akak kan tau camana Da masa mengandung ni."

"Tak pelah sekurang-kurangnya sekarang kau dah ada Si Rum ni, boleh bantu buat kerja rumah. Kurang lah sikit lenguh badan, sakit kaki tu. Banyakkan rehat biar anak sihat dan comel macam abang kakak dia."

Pagi-pagi lagi Rizal sudah menyiapkan semua kelengkapan dan dimasukkan ke dalam kereta. Peristiwa baru-baru ini menjadikan dia sering lupa banyak perkara. Dia tidak mahu ada barang yang tertinggal, tambahan pula dalam keadaan isterinya tidak mampu menyiapkan semua peralatan. Orang gaji baru yang nampaknya seperti rajin, turut membantu membawa barang-barang ke dalam kereta. Apartment yang berada pada tingkat 6 menyukarkan pergerakan kerana terpaksa naik turun banyak kali menggunakan lif. Hampir pukul 9 pagi selepas semua kenderaan pejabat sudah lengang di jalan, mereka meluncur laju pulang ke Terengganu.

"Ikut jalan mana bang? Kenapa tak ikut simpang ke Kuala Lipis?"

"Kita ikut Kuantan je lah. Lagipun sekarang highway kan dah buka , cepat sikit. Dalam keadaan macam ni abang tak berani ambil risiko ikut jalan dalam hutan, jadi apa-apa susah. Sapa nak tolong."

"Tapikan sejak bangun pagi tadi hati Aida rasa macam berdebar je, tak tau kenapa."

"Insyaallah tiada apa-apa. Berdoalah banyak-banyak."

Kereta meluncur laju melalui highway Karak samapai ke Highway Kuantan dan melintasi bandar Kuantan. Dari Kuantan, Rizal menggunakan jalan ke Kemaman yang lebih lancar perjalanannya walaupun agak jauh kerana mereka akan pulang terus ke Besut, rumah ibubapa Rizal.

"Bau apa ini pak?" soalan Ruminah itu mengejutkan Rizal. Melihat isterinya sedang nyenyak tidur dia menarik nafas lega.

"Bau apa Rum?"

"Kayaknya bau kemenyan gitu, makin lama kita jalan makin kuat pula baunya. Dari KL tadi lagi saya bau tapi saya ingat salah hidung saya membau.Apa ini ya? Bapak ada bawak kemenyan ke dalam mobil ini?"

"Shhhh, jangan bising nanti akak sedar dia takut lagi. Jangan risau kita dah dekat ni dengan bandar Kuala Terengganu."

Rizal memandang ke luar, melihat kawasan sekitar trafik light di Marang. Dia tahu sekejap lagi pasti mereka akan tiba di kawasan tempat tinggal mereka untuk meletakkan semua barangan Ruminah yang memenuhi bonet belakang MPVnya itu. Melintasi Hotel Sri Malaysia, Rizal melajukan keretanya supaya mampu sampai ke rumah sebelum Maghrib, dapatlah mereka terus balik ke rumah orang tuanya malam ini. Rizal menjeling ke belakang melalui cermin, namun apa yang dilihatnya itu amat mengejutkan jantungnya. Seorang gadis berusia lebih kurang 18 tahun duduk dengan tenang di sebalh Ruminah. Dia terkejut sangat-sangat sampai tertekan pedal brek, dan keretanya terhumban ke tepi jalan. Dia memandang sekali lagi namun bayangan itu telah hilang.

"Ngapa pak ? suara Ruminah mengejutkan Aida dari lena.

"Ada apa ni ? Kenapa berhenti kat sini ?" Aida terpisat-pisat memandang wajah suaminya yang masih kelihatan terkejut.

"Tak ada apalah. Saje je rasa terkejut sikit ."

Rizal kembali menggerakkan kereta dengan perlahan-lahan kembali ke atas jalan raya yang bersimpang siur dengan orang baru balik pejabat. Jam menunjukkan angka 5.40 petang, dia menambahkan kelajuan keretanya kepada 90KM/jam. Dia berharap dapat sampai ke rumah nya di Gong Badak sebelum pukul 7 petang.

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now