Semuanya berdengkur sehingga ke pagi kerana keletihan.
" Assalmualaikum."
" Siapa datang pagi-pagi ni." Soalan itu ditujukan kepada ayah yang nampak bergegas mengambil kain serbannya yang tersangkut di dinding.
"Ustaz Rahim, aku telefon dia semalam. Suruh datang dan bersihkan tempat kawasan rumah Rizal tu. Kalau tidak rasanya sampai usang berlumut hijau la rumah tu tak boleh dijual."
"Rizal nak jual rumah tu?" Soalan ibunya dijawab dengan anggukan sahaja.
" Tak sayang ke? Dah banyak Rizal berhabis untuk rumah tu."
" Keselamatan keluarga saya lebih penting mak. Biar rugi sedikit daripada anak-anak dan isteri saya hidup tak aman. Saya nak ajak mak ke sana pun tak seronok nanti."
" Haa betullah tu pendapat Rizal tu, daripada kita rugi dari segi kesihatan dan keselamatan, biar rugi wang ringgit dan harta benda. Anak-anak dan keluarga ni tak ada apa yang boleh gantikan."
"Asslamualaikum ustaz, kita nak pegi pagi ni jugak ke?" Soalan Rizal itu dijawab dengan anggukan Ustaz Halim.
" Ye lah pagi-pagilah. Ayah kamu kata polis dah benarkan kita bersihkan tempat tu."
" Dah 3 minggu ustaz, tak da apa lagi yang boleh dicari. Jasad dah dapat , forensic pun dah datang, punca pun dah dapat tangkap, semua kira setle lah."
" Kalau macam tu kita gerak ke sana pagi-pagilah. Tak bersih nanti dia usik orang lain plak." Ustaz Rahim bangun sambil membetulkan kain serban yang melilit di bahunya. Ayah Rizal berjalan dibelakangnya dan diikuti oleh Rizal.
"Papa, boleh Ammar ikut." Rizal termenung seketika.
" Biarlah dia ikut. Anak jantan kena berani dan kena tahu benda-benda macam ni supaya satu hari nanti dapat menjaga keluarganya dengan baik." Sahutan ayah Rizal disambut dengan anggukan kepala kepada anaknya. Ammar turun dengan laju menyarungkan kasut dan masuk ke kenderaan papanya.
"Sudah terlalu lama perkara ini berlaku. Bukan seorang pula yang pernah puja tempat ni. Ada juga kaki ekor pernah dapat habuan daripada pohon ketapang yang rendang ini." Ustaz Rahim menolak-nolak daun kering yang lebar-lebar itu dengan kakinya.
" Perkara macam ni tak payah ajar pun mereka pandai buat, ustaz. Cuba suruh hafal sifat 20 bertahun belum tentu ingat." Jawapan bapa Rizal itu disambut dengan senyuman oleh Ustaz Rahim. Ammar tertawa terkekeh-kekeh mengingatkan peristiwa datuknya mengajar orang tua di kampong tentang sifat 20. Ingat satu lupa dua... ingat empat..lupa tiga.
" Ustaz Rahim membentangkan tikar kecil di bawah pohon ketapang. Selepas solat sunat dua rakaat, dia bersila menghadap ke arah pokok ketapang itu. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat-ayat suci. Ammar cuba mendekati Ustaz Rahim untuk mengetahui apa yang dibaca oleh ustaz itu.
Bapa Rizal membentangkan satu lagi tikar dan mula mengangkat takbir. Ammar berlari ke belakang mengambil wudhuk dan turut solat hajat dua rakaat. Semoga keluarga mereka tidak diganggu lagi. Selepas berdoa panjang dan merenjis air solat hajat yang ditadah disekeliling pokok, pada tanah dan kawasan sekitar, Ustaz Rahim berdiri di sebelah pohon ketapang itu. Tangannya diletakkan di batang pokok sambil mulutnya masih basah dengan ayat-ayat Allah.
"Rizal, nanti renjiskan juga air ni di keliling rumah." Kata-kata ayahnya itu disambut dengan anggukan kepala sahaja oleh Rizal. Dia sudah menyelesaikan solat sunat dua rakaat bersama anaknya Ammar. Kelihatan Ammar khusyuk berdoa, mungkin untuk keselamatan ibu dan adik-adiknya. Rizal tersenyum melihat tingkah anaknya, peristiwa malang yang membawa bencana kepada keluarganya adalah satu rahmat yang membawa kebijaksanaan dan kematangan kepada anaknya sendiri. Sekurang-kurangnya ada juga perkara positif yang berlaku dicelah segala kemelut dan kesusahan yang telah mereka lalui.
Selesai semua urusan, mereka berempat singgah makan nasi dagang popular di kawasan itu. Ramai penduduk kampong menjamu selera dengan begitu selesa di sebuah kedai makan yang agak besar. Kedengaran hilai tawa dan perbualan antara penduduk kampong.
"Camana Jali boleh jadi begitu berani bunuh perempuan tu yer. Aku selalu nampak Jali tu macam penakut dan bukan jenis yang berani." Penghulu Itam berhujah kepada pak Imam.
" Dengan pompuan sapa takut Pak Itam, alangkan Jali, Mamat yang bodoh-bodoh alang pun kalu perempuan berani dikejarnya keliling kampong." Tawa berderai disambut oleh orang ramai yang mengitari meja bulat berkerusi lapan itu.
"Ye lah , dari zaman sekolah lagi Jali tu tak banyak masalah. Yang dia buat cuma ponteng sekolah jer, itupun duduk melangut kat tepi sungai tengok orang tangkap udang. Bukannya pernah pukul orang ker, bergaduh ker...ish ish tak sangka betul." Penghulu Itam menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Alah sapa nak sangka Pak Itam, bapaknya pun buat kerja tak senonoh dengan bibik si Rizal tu." Sahut Halim yang baru melabuhkan punggungnya di meja sebelah.
"Eh.. cik Rizal pun ada yer." Semua mata menerpa ke arah kumpulan Rizal , Ustaz dan keluarganya.
"Assalamualaikum, saya dah duduk sini dekat satu jam dah haa." Usik Rizal sambil tersenyum.
" haaa itulah engkau syok sangat mengumpat orang sampai tak sedar tuan rumah dah datang." Usik Pak imam kepada Penghulu.
" hahahaha..saya tak mengumpat tuan rumah. Saya menganalisis kejadian jenayah di rumah cik Rizal jer." Jawapan penghulu itu disambut dengan derai ketawa.
" Sekarang macam mana kesudahan peristiwa ni cik Rizal." Soalan pak imam itu mengundang rasa ingin tahu juga mereka yang sedang makan. Semua mata terarah kepada mereka sekeluarga. Ammar merasa tidak selesa, terus menghirup minumannya dan berhenti makan.
" Semua dah selesai imam, polis dah tangkap penjenayah tu, Pak Husin dah tangkap makhluk tu, ustaz Rahim dah bersihkan tempat tu, saya harap tiada lagilah peristiwa yang luar biasa berlaku di kawasan ini lagi."
" Elok sangatlah tu nak, takut juga kami kalau masih berlaku seperti dulu. Masa orang rumah Rizal sakit dulu pun, macam susah jer. Masa tu kita semua tak sangka pula yang rumah tu punya angkara. Ingatkan saja-saja benda luar yang singgah. Rupa-rupanya rumah itu dengan pohon ketapang punya angkara." Pak Itam memandang ustaz Rahim.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
TerrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...