3 bulan sudah berlalu sejak berlakunya perisitwa menakutkan dalam hidup Rizal. Dia masih menempati rumah yang dibelinya itu kerana setakat ini tiada apa-apa yang berlaku. Namun perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bukanlah sesuatu yang mustahil jika ia berlaku dan manusia tidak dapat mengesannya.
"Encik, tadi masa encik belum turun, ada anak Pak Samad datang, katanya ada kematian di rumahnya. Jadi dia tak boleh datang hari ni. Dia akan ganti pada hari Jumaat pagi."
"Tak pe lah bik, nanti saya telefon dia balik. Ada dia cakap sapa yang meninggal?"
"Tak ada pulak, saya pun tak tanya . Maaf tuan saya lupa nak tanya."
"Tak pe lah bik. Nanti saya pun nak pergi melawat jugak. Kak Aida dah pergi hantar anak ke nursery ke?"
"Belum tuan, dia ada di kebun orkid di belakang. Lagipun katanya ngak ada kelas hari ni."
"Bukan semalam pun dah batal kelas dia, hari ini pun dia batal lagi."
"Saya ngak tau tuan, saya cuma menyampai saja."
"Tak apalah bik, saya saje je nak tanya."
Rizal berjalan keluar menyusuri koridor rumahnya yang dihiasi dengan bunga-bungaan dalam pasu yang dibeli dari Indonesia semasa berkunjung ke sana sebelum ini. Dia melihat bunga kertas yang ditanam Pak Samad telah rimbun menumbuhkan bunga yang banyak. Dia bersyukur memiliki seorang tukang kebun yang rajin seperti Pak Samad. Walaupun digaji untuk 2 kali seminggu sahaja, namun dia tidak kedekut untuk datang jika diberitahu ada masalah dengan tanaman yang ditanam.
"Buat apa termenung kat situ, tak pergi kelas ke?" sapa Rizal kepada isterinya.
"Aida ingat nak berentilah kelas Bahasa Inggeris tu bang. Rasa terkejar-kejar pulak. Kalau ada masa Aida nak masuk kelas memasak pulak, bagi terer jadi tukang masak."
"Ye la tu, dah ada bibik tu, entah bila Aida nak masak untuk abang."
"Betul la tak nak pergi kelas hari ni? Kalau nak pergi abang hantar."
"Tak pelah bang, nak main dengan Suraya puas-puas. Kalau hari biasa tu macam tak cukup je masa dengan anak-anak. Kita bukan selamanya muda, nanti sudah tua kita akan ketinggalan semua ni. Anak-anak ni sekejap je masa dia nak membesar."
"Bagus la Aida fikir macam tu, abang memang dah tak ada masa dengan anak-anak, harapkan Aida je beri perhatian . anak kita dah jadi remaja penting melihat perkembangan mereka dengan teliti supaya tidak terjebak dengan gejala tidak sihat."
"Abang tau tak, Aida rasa lain macam dengan bibik sejak akhir-akhir ni. Dah beberapa kali Aida dengar dia bercakap sorang-sorang dalam bilik tidur. Aida nak masuk bilik dia takut, ntah apa pulak jadi nanti. Jadi Aida diamkan aje. Tapi dua tiga hari ni dia siap menjeling-jeling pulak dekat Aida. Dia mungkin ingat Aida tidak nampak, tapi Aida nampak. Kalau depan kita dia buat-buat biasa. Aida takut la bang, nanti jadi apa-apa susah jugak kita. Kesian anak-anak kalau jadi macam dulu."
"Nantilah kalau ada masa abang akan perhatikan dia. Abang rasa macam biasa je, cuma mungkin abang tak peduli sangat dengan kehadiran dia dalam rumah kita."
Dari tingkap dapur yang terbuka, sepasang mata sedang memrhatikan percakapan antara suami isteri itu dengan kusyuk. Apabila melihat Aida dan Rizal berjalan ke arah rumah, dia cepat-cepat pura-pura mengambil gula dan membuat air oren.
"Makan bu, pak, saya udah sediakan kok. Silakan ." suara bibik masih seperti dulu.
Namun dalam hati Aida ada rasa mengganjal yang sukar dia kikiskan daripada hatinya. Sikap bibik yang mula masam kepadanya telah membekas ke dalam hatinya, malah bibik juga sudah pandai tidak mahu menjawab apa yang ditanya. Dia tidak tahu apa salah dia, namun untuk bertanya dia merasa takut. Sudah hampir setahun bibik bersama mereka, belum pernah dia berperangai seperti ini.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...