"Kampung adik kat mana?"
"Hei, awak bercakap dengan sapa?" Pak Husin melabuhkan punggungnya di sebelah Murad.
"Dengan dia ni lah...eh ! mana pulak dia pergi?"
"Sape? Aku tak da nampak sapa-sapa pun sejak tadi duduk sini. Engkau je sorang-sorang terangguk-angguk. Jom Pak Husin belanja minum dekat sebelah. Boleh kita sembang-sembang."
"Tak pe ke ? Tak mangganggu kerja Pak Husin ke."
"Tak pe, hari ni rezeki murah sikit , dah mencapai target belum pun pukul 12 tengahari. Jom."
Mereka berjalan beriringan sambil bercakap-cakap kosong. Murad menolehkan pandangannya ke seluruh kawasan sekitar stesen teksi itu namun tiada seorangkan gadis yang imbas-imbas dengan wajah gadis yang duduk di sebelahnya tadi.
"Ada apa engkau cari Pak Husin ni. Nak pergi cari si Ruminah kat Terengganu tu ke?"
"Ruminah? Sapa tu"
"Alah yang kau panggil sapa nama tu, Lily, Suzana. Ha tu lah nama sebenar diakan Ruminah bung." Kata Pak Husin sambil ketawa berdekah-dekah. Murad turut sama tertawa kerana merasa lucu gadis cantik itu bernama seperti itu. Namun tawa itu tiba-tiba mati, Murad teringat pada malam itu. Gadis itulah yang wajahnya berlumuran darah berada dalam bilik tidurnya di rumah yang menempatkan Suzana dan Kay. Dengan tidak semena-mena tubuhnya tiba-tiba menggigil.
"Kau ni kenapa pulak? Tadi elok je aku nampak tetiba pulak menggigil tak tentu pasal."
"Itu, gadis yang berbaju merah itu..."
"Gadis yang berbaju merah mana pulak ni? Sebenarnya apa yang engkau nak bagitau Pak Husin datang cari Pak Husin tadi?"
"Saya.. saya..." melihatkan Murad yang sudah jadi tidak tentu arah itu Pak Husin mengenggam tangannya dan membaca ayat-ayat suci lalu dihembuskan pada tangannya dan menyapu telapak tangannya pada wajah Murad. Seolah-olah baru tersedar Murad menyapu wajahnya berkali-kali.
"Saya pagi tadi baru dapat telefon. Kawan saya mati, ditemui terapung dalam tasik Batu dekat Selayang nun. Saya pergi la tengok. Kata orang kawan saya malam tadi keluar dari Kelab Mami dengan Kay. Tak ada sapa pernah nampak Kay sejak hari saya tinggalkan rumah itu pada malam tu. Tapi setiap malam dia datang bekerja. Yang tadi saya nampak gadis berbaju merah tu, saya baru ingat dekat mana dia saya jumpa. Saya pernah terjumpa dia dalam rumah saya di Selayang pada malam saya temui Kay berlumuran darah dalam bilik tidur Suzana. Bila saya pergi ke rumah itu saya tak jumpa dia tetapi kesan rumah itu seperti masih di tempati. Saya rasa cuak Pak Husin mungkinkah sebenarnya Kay sudah mati?"
"Itulah yang Pak Husin nak bagitau kamu hari tu. Tapi nampak engkau macam tak nak percaya benda macam tu. Kalau begitu mari kita pergi ke rumah itu sekarang."
"Sekarang? Hari lain tak boleh ke?"
"hari lain ? Hari ni pun dia dah mula cari engkau, engkau nak tunggu lagi dia datang dekat rumah engkau, cekik kau sampai mati macam teman kau tu?"
"boleh ke dia buat macam tu?"
"Habis tadi yang kau cakap sorang-sorang tu kau ingat apa?"
Keduanya berjalan beriringan menaiki pikap milik syarikat pembinaan yang di pandu oleh Murad. Sesampai saja ke rumah di Selayang , Murad mula ketakutan lagi. Badannya menggigil tanpa henti.
"Kalau kau takut, kau tunggu je dalam kereta. Biar Pak Husin masuk sorang. Bak sini kunci."
Pak Husin membuka kunci pagar dan kunci rumah dengan cekap. Dia menghilangkan diri ke dalam rumah. Murad yang masih menggeletar, ketakutan sendiri. Dia cuba merebahkan badannya ke kunsyen pikapnya yang terasa sudah keras dan lama itu. Agak lama juga Pak Husin berada di dalam rumah. Murad menjengukkan mukanya ke luar tingkap cuba meninjau jika Pak Husin sudah keluar. Namun apa yang dilihatnya telah membuatkan dia terkejut hampir pengsan. Melalui cermin sisi keretanya dia melihat seorang gadis berbaju merah sedang memandangnya dengan mata yang bersinar-sinar. Murad memalingkan wajahnya ke belakang, tiada sesiapa yang berdiri di sebelah keretanya. Dia turun dan meninjau kawasan sekitar. Tiada sesiapa yang berjalan atau berdiri di kawasan berhampiran. Hanya ada kereta lalu lalang di jalan raya yang agak jauh dari rumah itu. Murad terbengong-bengong sendiri takkanlah dia salah lihat.
"Aku bukan tidur, bukan juga baru bangun tidur. Mabuk pun tak. Takkan aku bertukar antara pohon kayu dengan gadis berbaju merah. Tak mungkin. Mana pulak Pak Husin ni."Pikir Murad dalam hatinya. Dia memandang sekekliling, pada waktu-waktu begini di kawasan perumahan yang dibelinya itu memang sunyi kerana semua orang pergi bekerja. Kedudukan kawasan yang agak jauh dari bandar juga menyebabkan terdapat banyak rumah kosong. Orang tidak gemar menyewa jauh daripada kawasan tempat kerja. Dia melayangkan pandangannya ke seberang jalan. Seorang gadis sedang berdiri di bawah sepohon pokok kayu yang rendang dengan wajahnya di tutupi dengan rambut yang panjang dan lebat. Murad memandangnya dengan serius, memang itulah gadis yang menyapanya di stesen teksi tadi. Badannya kembali menggigil, dia cepat-cepat masuk kembali ke dalam keretanya. Murad menyandarkan belakangnya pada kusyen keretanya dan cuba menutup mata. Namun hawa panas tengahari tidak memungkin dia memejamkan matanya. Dia membuka matanya sambil tersilau ke cermin pandang belakang.
"Arg........" jeritan Murad bergema menyebabkan Pak Husin terkocoh-kocoh keluar daripada rumah yang sedang di siasat itu. Murad berlari-lari keluar daripada pikapnya dan cuba melintasi jalan.
"Murad, jangan.." jeritan Pak Husin tidak di hiraukan oleh Murad. Dia berlari ke seberang jalan dengan lajunya. Nasibnya agak baik, selepas saja dia sampai, sebuah lori sampah yang di pandu dengan laju melintasi belakangnya. Dia cuma tercepat 5 saat jika tidak akan menjadi arwah seperti kawannya Joe.
"Kenapa kau lari. Masuk ajelah ke rumah. Nasib baik tak kena langgar dengan lori." Kata Pak Husin yang termengah-mengah mengejar Murad. Murad yang masih terkejut duduk dengan lemah di atas rumput dan bersandar pada sepohon pokok yang besar dan rendang. Semasa dia mendongakkan mukanya ke atas, dia kembali menjerit. Pak Husin yang melihat keadaan itu cepat-cepat meraup muka Murad dengan tangannya sambil mulutnya menghembus-hembus. Nafas Murad masih terengah-engah namun dia sudah mampu mengawal dirinya. Ketakutannya itu jelas kelihatan pada wajahnya yang pucat dan tangannya yang masih terketar-ketar.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...