BANGLO HIJAU Part 9

8 0 0
                                    

"Awak dah telefon ke si Sahak tu."

"err belum lagi. Errr...."

"Awak ni kenapa muka pucat pasi macam ni?"

"Saya nampak ada perempuan baju merah dalam bilik Ammar. Dia berdiri di pintu sliding tu, saya nampak dengan jelas. Dia melihat seolah-olah marah dengan saya."

"Rizal ada tamu ke hari ni Bik?"

"Ngak ada pak."

"Ha awak dengar tu macam mana boleh ada orang kalau tak da sesiapa dalam rumah tu. Awak tengok sekali lagi, ha ada ke nampak apa-apa yang pelik?"

Suara Aida mengilai-ngilai mengejutkan ibu bapa mertuanya. Mereka berlari dengan laju untuk mengambil anak kecilnya Suraya yang di julang oleh Aida di atas kepalanya seperti mahu melemparkannya.

"Jangan ganggu aku." Suara Aida yang parau itu menjelaskan keadaannya kepada bapa mertuanya. Dia terkumat-kamit membaca surah dari Al Quran dan menghembuskan perlahan-lahan di udara.

"Pergi ambil cucu kita tu. Dia dirasuk. Nanti dia buang anak tu ke tanah."

Ibu mertuanya tergesa-gesa mendekati menantunya yang cuba melarikan anaknya dari diambil oleh orang tua itu. Bibik turut mendekati tuannya untuk membantu. Melihatkan ibu mertuanya semakin mendekat Aida melarikan anak nya ke sisi sebelah kanan. Dari sisi kanannya Bibik berjaya merampas anak yang di pegang secara ala kadar saja itu. Aida menjerit dan cuba menerkam ke arah bibik yang telah berjaya memeluk anak kecilnya itu. Ibu mertuanya memegang pinggang Aida yang berjaya di capainya namun Aida telah menepisnya dengan kuat hingga orang tua berusia hampir 60 tahun itu tersungkur.

"Lailahaillalallah, Salmah kenapa awak berani sangat. Bukan Aida yang ada depan kita sekarang, benda lain." Pak Mael menerkam isterinya dan membantunya bangun. Agak kesusahan kerana kesakitan yang dirasai di dalam pinggangnya berdenyut-denyut.

"Mana pulak perginya budak Aida ni" rungut Pak Mael sambil memapah isterinya masuk ke dalam rumah.

"Allahu Akbar!"

Suara Pak Mael menjerit menyebabkan isterinya berpusing. Dia melihat Aida sedang memegang sebatang kayu sebesar lengan bayi, dan kepala suaminya berlumuran darah. Aida ketawa mengilai-ngilai melihat tragedi kedua orang tua itu dalam kesakitan. Dia berjalan mendekati bapa mentuanya yang sedang terbongkok-bongkok cuba bangun , kayu diangkat tinggi-tinggi dan dihayunkan kepada tengkuk Pak Mael. Namun sebelum sempat kayu itu terkena , ada tangan yang lebih kukuh sempat memegangnya. Aida menjerit kerana geram hajatnya tidak kesampaian, namun lelaki separuh baya itu menumpukan perhatian kepada pembacaannya tanpa mempedulikan keadaan Aida yang sedang berguling-guling seperti dalam kesakitan. Akhirnya lelaki itu merenjiskan air dalam bekas minuman yang dibawanya ke arah Aida dan dia pun berhenti meronta dan senyap. Melihat Aida sudah pengsan, Pak Mael cuba bangun untuk melihat siapakah lelaki yang berjaya menyelamatkan dia daripada roh yang merasuk menantunya itu.

"Kau rupanya Sahak, abang ingat siapa tadi. Nasib baik kau cepat kalau tidak dah jadi arwah abang."

"Itulah , benda macam ni tidak boleh dilawan dengan kudrat, tak terlawan kita. Hanya ayat-ayat suci je mampu melemahkan kekuatannya tu."

"Aku belum pun telefon kau dah datang. Kakak kau ni nak masuk telefon tapi bila tengok Aida cuba buang cucu aku dalam kolam tu, kami semua keluarlah. Tak tau pulak sampai kena serang macam ni. Macamana kau tergerak hati nak datang."

"Rizal telefon tadi, katanya takut abang lambat. Malam tadi pun katanya Aida memang tak pedulikan anak . Dia yang jaga malam tadi."

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now