"Arg...."Jeritan isteri dan anak-anak Rizal itu mengejutkan semua orang. Noni yang suaranya paling kuat sudah terkulai dalam pelukan ibunya. Ammar mendukung adik yang paling kecil sambil tangan kirinya menarik adiknya Aiman ke tepi dinding. Wajah perempuan berbaju merah yang berlumuran darah itu berdiri tegak di tepi tingkap dan mengorakkan langkahnya ke arah Aida.
"Aida, Aiman, Ammar, buka pintu ni."Suara Rizal saling bertingkah dengan suara Pak Su Sahak.
"Pintu tak kunci, pa." suara Ammar menjawab lebih melegakan hati papanya walaupun belum tahu apa yang berlaku di dalam. Pak Mael mundar-mandir di luar tingkap cermin yang dilapisi dengan jeriji besi. Dia tidak tahu untuk masuk melalui pintu mana kerana sliding juga berkunci.
"Aku benci kalian, kalin telah menganggu ketenteraman aku selama ini." Suara perempuan berbaju merah yang garau itu sangat menakutkan, namun sebagai anak lelaki Ammar tidak suka menunjukkan ketakutannya. Tangannya masih erat memegang kedua adiknya sambil mulutnya tidak berhenti-henti membaca ayat Kursi serta Yaasin. Perempuan itu terus mara ke arah Aida, yang masih memegang anak sulungnya Noni. Dia menggerakkan-gerakkan tubuh Noni, namun anaknya terus diam. Dia berpaling memandang ke arah perermpuan lembaga berbaju merah itu, lalu meletakkan kepala anaknya perlahan-lahan ke lantai.
"Kenapa kau ganggu keluarga aku? Aku tak punya urusan dengan Kau."
Jerit Aida kepada lembaga itu. Ketakutannya telah hilang kerana melihat anak-anak yang tidak berdaya mengharapkan kekuatannya.
"Aida, buka pintu ni"
Suara Pak Mael kedengaran dari luar sliding door namun Ammar yang cuba bergerak di hadang oleh makhluk itu dengan berpusing ke arah Ammar pula. Makhluk yang bermata merah menyala itu berdiri dalam keadaan yang menyeramkan, suara Aiman menangis saling bertingkah dengan suara Suraya yang masih kecil itu. Lembaga itu berdiri di depan Ammar sambil menghulurkan tangannya yang kelihatan diseliputi daging-daging reput yang hampir gugur. Melihatkan keadaan itu maka Aida berpusing dan membuka Quran yang dibacanya itu kembali. Makhluk itu semakin mara, dan menghampiri Ammar.
"Bismillahi ........" suara Aida mengalunkan bacaan ayat-ayat suci menghentikan kemaraan makhluk itu ke arah Ammar. Dia memusingkan badannya dengan pakaian yang berlumuran darah ke arah Aida.
"Jangan kau cuba-cuba membaca ayat itu."suaranya yang garau hampir menyebabkan Aida pengsan namun pesanan suaminya tentang alam ghaib berngiang-ngiang di telinga. Dia meneruskan bacaan sambil matanya sesekali memandang anak-anaknya yang memerlukan perlindungan. Bacaan Aida semakin kuat dan nyaring dapat didengari oleh semua yang berada di dalam dan dihalaman rumah. Lembaga itu semakin marah, dia melemparkan semua barangan yang berada di dekatnya. Ammar cuba bergerak ke arah pintu sliding, namun dia terhenti bila lembaga itu berdiri di depannya. Tangisan adik-adiknya yang kuat dan saling bertingkah menganggu tumpuan Ammar. Namun dia tetap memegang erat kedua-dua adiknya itu.
"Au, aduh mama sakit."
Suara Aiman menjerit menghentikan Aida daripada meneruskan bacaannya itu. Kepala Aiman yang berdarah itu di sapu-sapu oleh Ammar dengan hujung kain pelikatnya. Bucu pasu yang pecah tertancap pada tepi pipinya sebelah kanan. Melihatkan insiden itu dari sebalik sliding, Rizal mengambil sekeping bata simen lebihan baikpulih rumah dan melemparkannya ke arah cermin itu. Bunyi cermin jatuh berserakan itu menyebabkan lembaga itu melayang keatas dan hilang dari pandangan mata. Rizal dan bapanya serta Pak Su Sahak menyerbu masuk dan membawa budak-budak itu keluar dengan segera.
"Tak mengapa, bawalah anak masuk ke dalam. Pak Husin rasa dia semakin lemah dan tak mampu lagi menganggu keluarga Rizal. Bawalah anak-anak masuk."
"Betul ke ni Pak Husin. Jadi apa-apa nanti susah pulak."
Pak Husin bangun dan kembali menuju ke halaman. Dia mencari-cari Jali yang masih pengsan dan tadi ditinggalkan dengan jagaan dua orang anak muda.
"Mana Jali?" soalan itu menyebabkan keduanya berpaling serentak dan terkejut. Badan Jali yang tadi masih terbujur di atas simen tepi kolam buatan itu talah tiada. Mereka menyuluh ke sana kemari namun hampa.
"Pak Husin masuk tadi dia ada lagi, sekarang dah hilang pulak."
"Kita berpecahlah Pak Husin, cari disekeliling rumah. Kalau dia balik mesti ada yang nampak, dia bangun ke, berjalan ke.Kita bahagi kepada 4 kumpulan ikut penjuru rumah."
Kata salah seorang anak muda yang tolong menjaga Jali sebentar tadi. Semua jiran-jiran yang masih memenuhi halaman mula berpecah dan menyuluh ke sana sini mencari Jali. Namun bayangnya hampa seolah-olah telah hilang di telan bumi.
"habis lembaga tadi sudah hilang ke mana ye?" soalan Rizal itu menyentakkan mereka semua. Semua yang ada saling berpandangan tidak tahu harus berbuat apa.
"Dah letih agaknya." jawapan Pak Husin itu menggelikan hati Pak Mael.
"Makhluk halus pun pandai letih jugak ke?"
"Manalah kita tahu, kita bukan pernah jadi makhluk halus." Jawapan Pak Husin itu menyebabkan ramai yang ada di situ tertawa.
"arg....................." satu jeritan nyaring kedengaran daripada bahagian belakang rumah.
Semua yang ada meluru ke bahagian belakang yang di hiasi taman orkid dengan bangsal dan pangkin kayu.
"Mana dia? Bunyi macam dari kawasan ini?"
"Dalam semak kat luar pagar kot?" suara salah seorang orang tua di situ. Semunya menyuluh ke luar pagar, kelihatan Jali sedang terbujur lemah dan lembaga itu sedang tunduk menghadap ke arah jasad Jali yang kelihatan tersentap-sentap kesakitan.
"Hei, apa kau buat tu?" suara Zaki mendahului yang lain. Semuanya bergerak secara serentak ke arah tepi pagar yang memisahkan taman orkid itu dengan semak yang tumbuh merimbun di luarnya. Makhluk itu bangun berdiri dan menghempaskan badan Jali yang sudah terkulai lemah. Lembaga yang kelihatan menakutkan dengan wajah yang berlumuran darah dan daging lengannya hampir luruh daripada tangan melayang dan hinggap pada atas pokok besar di tepi pagar. Matanya kelihatan bercahaya dalam kesuraman malam. Semua yang ada mula berundur secara perlahan-lahan. Yang masih tinggal hanyalahkeluarga terdekat Rizal dan Murad serta Pak Husin. Yang lain mula bergerak ke halaman depan dan mengambil sikap hanya menunggu. Pak Husin mengambil segenggam tanah dan mengepalnya didalam tangan. Rizal terkumat kamit membaca ayat-ayat suci yang diketahuinya untuk menghalau syaitan. Murad secara perlahan-lahan berundur ke belakang. Mengetahui dirinya tidak tahu apa-apa dia mengikut orang lain yang ketakutan menuju ke halaman depan yang terang benderang.
"Kau mahu ke mana Murad," suara garau yang keluar daripada makhluk yang menakutkan itu mengejutkan Murad.
"Kemari kau, aku rindu dengan kau, Hii, Hiii, hiiiiii." Makhluk itu mendepangkan tangannya dan meluncur laju ke arah Murad. Mata Murad terbuntang ke arah makhluk yang terbang dengan laju itu ke arahnya. Pak Husin berlari mengejar makhluk itu namun dia hanya melintasi Murad sambil tangannya dihayun ke arah Murad.
"Au, sakitnya." Tubuh Murad jatuh terlentang di atas rumput. Bayangan makhluk itu hilang dari pandangan. Orang ramai yang berada di beranda hadapan bertempiaran lari . Ada yang sampai keluar pagar dan berlari pulang ke rumah masing-masing.
Pak Husin dan Pak Su Sahak berlari menuju ke laman hadapan. Suasana sudah bertukar senyap sunyi. Yang masih tinggal hanya ahli keluarga mereka sahaja. Murad yang masih terlentang bangun mengipas-ngipaskan pakaiannya. Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan, ketakutan jelas pada wajah dan kelakuannya.
Pak Su Sahak mengutip segala barang yang bertaburan dihalaman. Pak Husin masih terkumat kamit membaca sesuatu. Jiran mula beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing. Rizal berdoa dalam hatinya supaya keadaan mala mini reda dan memberikan ruang buat mereka sekeluarga berehat.
Murad memandang keliling dengan perasaan cuak. Betulkah perempuan berbaju merah itu sudah tak datang lagi. Dia berjalan menghampiri Pak Su Sahak dan kekal disampingnya supaya dia rasa lebih selamat. Dia menjeling jam ditangan sudah menunjukkan angka melebihi 12 malam.
" Tolong hantar Pak Husin dengan Murad balik ke Chalet, Zaki." Arah Pak Su Sahak kepada anaknya. Tanpa banyak bertanya Zaki terus mencapai kunci kereta dan mempelawa Murad dan Pak Husin naik. Kereta meluncur ke kawasan Mengabang Telong, tempat dimana chalet yang ditempati oleh Murad dan Pak Husin.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...