BANGLO HIJAU Part 3

20 0 0
                                    

Orang tua berjalan dan menghilang di dalam kegelapan malam. Aida masih tegak, duduk di atas kerusi plastik berwarna biru. Matanya memandang terus ke depan dalam kesuraman malam. Rizal memegang tangan isterinya untuk mengajaknya pergi. Aida tersentak dan menepis tangan suaminya. Rizal terkejut, tahu bahawa dia sudah mengejutkan isterinya.

"Kenapa ni. You mengantuk ke?"

"Er, tak da lah. Rasa macam tak sedap hati je. Memang daripada petang tadi lagi Aida rasa tak sedap hati lah bang."

"Tak ada apa-apalah . Sampai kampung nanti kita selesaikan. Jomlah dah lewat sangat ni, nanti tak sempat nak sembahyang Subuh di KL plak. Susah kalau waktu Subuh kita kat atas highway lagi. Jom."

"Abang dah bayar ke ?"

"Dah, tadi masa Aida tengah menung jauh ke dalam kesuraman malam , melihat bintang-bintang yang berkelipan. Jom."

Pukul 4.00 pagi, Rizal singgah lagi minum di Stesen Petronas Gombak. Isterinya yang sedang lena ditinggalkan di dalam kereta yang di parking di bawah lampu di tepi pintu masuk kedai itu. Stesen 24 jam itu menyediakan pelbagai makanan dalam ketuhar yang masih panas. Selepas minum secawan nescafe panas yang berharga 2.40 secawan, dia termenung sendirian di meja bulat. Perkataan orang tua tadi banyak bermain dalam pemikirannya, namun dia gagal menemui jawapan di manakah isterinya telah di temani oleh makhluk bukan halus itu. Namun dia gagal mengingat kembali perjalanannya hari ini ditambah pula oleh keadaannya yang baru balik di Johor Bharu pagi tadi kerana menghadiri seminar Pengurusan yang telah diadakan sejak seminggu yang lepas.

Dia menghirup air panas itu perlahan-lahan, menghayati aromanya yang wangi dan menyegarkan. Dia cuba untuk melengahkan waktu supaya tidak terlalu awal sampai ke rumah kakak iparnya di kawasan Sentul yang hanya beberapa kilometer di depannya sahaja. Dia masih mencari-cari dalam ingatannya siapakah yang patut ditemui untuk menghuraikan keadaan isterinya yang serba ketakutan itu. Dia sangat mengenali isterinya yang terkenal dengan sifat penakutnya. Bukan sahaja benda yang tidak nampak, namun benda nampak pun semuanya ditakuti oleh Aida. Lipas, cicak, tikus, katak , cacing, kumbang, rama-rama, dan pelbagai spesis binatang yang selalu ditemuinya. Nasib baiklah anak-anaknya tidak banyak menuruti sifat ibunya, namun dia tetap merasa sebal kerana isterinya selalu merungut tentang lipas, cicak dan pelbagai perkara lain yang remeh temeh. Pada pandangan Rizal seorang wanita sepatutnya tahu menguruskan semua sikap geli itu sendiri. Kadang-kadang dia terpaksa membuang katak dalam kasut yang diletakkan di luar pada saat dia kalut untuk ke tempat kerja, sedangkan sepatutnya perkara itu bukanlah keutamaannya jika isterinya bukan terlalu penakut seperti itu.

Hampir 30 minit Rizal termenung seorang dalam kedai tersebut yang lengang daripada sebarang pelanggan lain. Waktu-waktu begini Kuala Lumpur masih bebas daripada golongan pekerja jadi yang berada di jalan raya juga pastinya tidak ramai. Hanya anak-anak muda yang suka menghabiskan waktu malam dan juga mereka yang bekerja malam. KL yang tidak pernah tidur menjauhkan manusia daripada sikap ketakutan kerana sentiasa terang, sibuk, bising dan kalut. Kalau pun ada makhluk halus, mereka juga pasti merasa terganggu dengan keadaan itu. Rizal tersenyum sendirian, kalau isterinya terjaga pastilah dia tidak boleh berlama-lama begini di dalam kedai. Baru saja Rizal berfikir begitu, deringan nada suara Guns n Roses bergema dari dalam poket seluarnya. Dia tahu pastilah Aida yang takut untuk turun daripada kereta sedang mencarinya. Rizal meneguk minumannya yang terakhir dan bingkas menuju ke kereta yang hanya terletak betul-betul di tepi pintu kedai. Kelihatan isterinya sedang menunggu dengan gelisah.

"Dah lama buat kerja macam ni? Tinggalkan isteri masa tengah tidur?" suara Aida kedengaran macam mahu menangis.

"Sapa suruh jadi penakut sangat. Pergi minum kejap takut sampai awal sangat dekat rumah kak Nab. Malas nak ganggu orang tengah tidur. Kenapa , takut ke cik adik manis?"

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now