" Memang saya ada hantar dia encik, tapi..."
"Tapi apa Pak ..."
"Pak Husin, saya yang menjemput pembantu rumah tu, dari rumah encik di Selayang. Tetapi pada masa tu dia di rasuk oleh sesuatu benda jahat yang menyebabkan dia melakukan kerja sebegitu. Dia tidak sedar dengan apa yang dia telah perbuat. Bila dia sedar dia langsung tak ingat pasal encik. Lagi pun roh jahat itu sudah hilang entah ke mana, saya sendiri pun tak pasti. Saya ada jugak pergi semula ke rumah encik tetapi macam dah tak ada lagi orang tinggal kat sana."
"Apa pulak tak ada, kan Kay masih ada kat rumah itu. Saya baru je balik tadi, semua pakaian masih ada dan kata kawan saya juga malam-malam dia pergi kerja."
"Betul ke, hampir setengah hari saya tunggu , sepanjang seminggu, tak ada sesiapa yang keluar dari rumah itu."
"Dia tidur kot, maklumlah kerja macam tu, malam-malam. Siang hari mesti dia tidur."
"Betul, tapi takkan tak makan minum, bangun membeli belah barang makanan. Rumah tu macam tak ada penghuni je.Lama saya tunggu Encik, sebab saya pun perlu menyelesaikan kerja yang saya sudah buat. Sekarang saya sudah kehilangan jejak roh jahat itu."
"Macam nilah Pak Husin, malam ni saya pergi pastikan dulu dekat mami, betul ke dia ada di kelab malam-malam. Esok saya datang jumpa Pak Husin."
Keduanya bersalaman. Pak Husin mengoncang-goncang tangan Murad, dan merasakan satu aliran luar biasa mengalir dalam pori-pori urat tangannya. Dia menarik tangannya kembali.
"Hai, mami."
"Hei, Murad lama tak nampak. Mana lu punya olang sudah lari ma! Saya suruh orang saya pigi cari tarak jumpa oo!"
"Entah lah mami, saya pun tak tau ke mana dia menghilang. Kay datang kerja malam ni?"
"haiya, lu dapat dali mana itu olang oo! Kay sudah keluar sama itu you punya kawan, itu yang selekeh tu, apa nama dia Joe, Joe . Awal masuk kerja terus dia book dan mereka terus keluar."
Murad hanya tersenyum sahaja bila mendengar tentang kawannya Joe. Seperti dirinya Joe yang sudah punya dua orang isterinya itu memang sangat menggemari dunia malam . Lepak di kelab seperti anak muda, dan membayar GRO sebagai teman sampai ke pagi.
Sampai pukul 3 pagi tiada kelibat Joe atau Kay datang ke kelab. Akhirnya Murad pulang sendirian. Sambil memandu dia termenung sendirian. Mana pula mereka pergi semalaman, bukankah selalunya mereka akan datang semula ke kelab. Lagipun Joe tak pernah tidur di tempat lain selain daripada rumah-rumah isterinya. Murad melencongkan keretanya ke arah rumah ke tiga nya di Selayang, melihatkan rumah yang gelap gelita dia kembali meluncurkan keretanya ke rumahnya sendiri di Pinggiran Batu Caves. Selepas meletakkan keretanya agak jauh dari rumahnya sendiri, dia masuk ke dalam rumah dengan kuncinya sendirinya .
"Hello, ya Murad bercakap." Murad menjawab telefon pagi itu dengan mulutnya penuh dengan roti bakar yang masih dikunyah.
"What !!!! kau biar betul. Kau kat mana sekarang?"
"ok, ok aku datang sekarang."
Murad tergesa-gesa menghidupkan pikapnya dan melajukan keretanya ke arah empangan Batu di laluan ke arah Ulu Yam.
Sampai di sana dia melihat ramai polis berkeliaran memeriksa segala benda . Dia mencari kawannya Carlos yang menelefon tadi dan melihat dia dan Kamal sedang berbual dengan salah seorang polis di situ. Apabila segalanya selesai dia mendekati mayat Joe yang diletakkan dalam plastik hitam dan dibuka zipnya dibahagian depan. Dia melihat lebam-lebam berwarna merah di sekeliling leher dan dada Joe yang terbuka. Mukanya pucat dan sedikit kecut kerana terendam didalam air . Matanya terbeliak seperti terkejutkan sesuatu, dan ingatan itu membawa Murad kembali ke malam terakhir dia melihat Suzana. Badannya menggigil, dan dia merasa loya. Dia bangun dan pergi ke belakang berhampiran dengan semak, dan muntah semahu-mahunya.
"hello bos, saya mahu sambung cuti lagi la. Oklah saya ambil cuti sakit je. Ok bye." Murad meletakkan telefonnya kembali sambil diperhatikan oleh kedua rakannya itu.
"Kau kenapa Murad, aku nampak kau semacam je."
"kau ingat tak kata Mami semalam Joe keluar dengan Kay."
"Aku ingat apa pulak tak ingat. Tapi takkan Kay yang buat kerja gila macam ni. Lagi pun apa motif dia untuk bunuh Joe, si sengkek ni."
Murad menceritakan segala peristiwa pada malam dia melihat Kay berlumuran darah. Tanpa melewatkan sedikit pun peristiwa yang berlaku dia menyebabkan Kamal hilang arah. Badannya seram sejuk tambahan pula mengingatkan dia juga pernah meniduri Kay. Kamal yang penakut itu semakin menggeletar melihat polis pula mengusung mayat Joe dalam beg plastik besar berwarna hitam. Orang lain juga mula berangsur hilang dan mula beredar. Dengan tangan yang seram sejuk Kamal menarik kawannya Carlos supaya turut beredar sebelum suasana menjadi lebih lengang. Namun Kamal tetap merasakan bahawa seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhatikan dirinya yang sering tertoleh-toleh ke belakang sambil berjalan pergi ke kereta kawannya Carlos itu. Murad terus memandu keretanya ke arah stesen teksi yang menempatkan Pak Husin.
"Cari siapa encik ?"
"Saya cari Pak Husin. Dia datang tak hari ni?"
"Oh, Pak Husin, dia baru je keluar bawa pelanggan. Tapi rasanya tak jauh sebab katanya tadi mahu menghantar ke Gombak sahaja."
"oklah, kalau macam tu saya tunggulah ye."
"Silakan. Kat sana ada tempat duduk. Saya akan cuba hubungi dia dengan radio."
"ok terima kasih ye."
Murad duduk di salah sebuah bangku yang ada di sana. Dia melihat begitu ramai yang mahu menggunakan perkhidmatan teksi sedangkan teksi yang ada bukanlah banyak sangat. Dalam keriuhan itu dia melihat seorang gadis berusia dalam lingkungan 18 tahun sedang merenung dirinya. Dia termenung seketika. Wajah gadis itu seperti pernah dilihatnya namun dia gagal untuk mengingatinya kembali. Gadis yang berbaju merah itu tersenyum, Murad membalasnya sambil menganggukkan kepalanya. Murad kembali memandang ke hadapan, cuba menghilangkan rasa bosan dengan memerhatikan orang yang lalau lalang. Dia menolehkan pandangannya ke arah tempat yang diduduki gadis itu namun dia gagal menemui gadis itu. Dia memandang ke hadapan kembali.
"Boleh abang hantar saya ke puduraya. Saya nak balik kampung."
Murad terkejut, gadis itu sudah berada di sebelahnya. Dia memandang wajah gadis itu yang berkulit cerah, tubuhnya langsing dan wajahnya agak cantik juga . Murad tersenyum dan menganggukan kepalanya.
YOU ARE READING
BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANG
HorrorKISAH SERAM BERKAITAN DENGAN SEBUAH RUMAH YANG DIBELI OLEH SEORANG PENSYARAH YANG MELIBATKAN PERLBAGAI PERKARA YANG TERJADI SEBELUM ITU. ENTITI ITU MENGANGGU DAN MENYUSAHKAN SEMUA AHLI KELUARGA SEHINGGA BERJAYA DIHALAU, NAMUN DATANG KEMBALI APABILA...