banglo hijau Part 28

6 0 0
                                    

Biasanya kalau dia tidak balik, mereka berdua akan saling tuduh-menuduh. Lagipun bukan sekali ini sahaja Murad bermalam di rumah ini. Sebelum ini pun tempat inilah dia membawa Lili, Syarifah, Julia, Hanim, malah Zaid dan juga beberapa orang pondan yang dikenalinya. Wang bukanlah satu masalah bagi Murad, setiap suara yang keluar adalah air liur berbau wang . Dia juga memiliki serangkaian kedai makan yang diuruskan oleh isterinya-isterinya yang akan memasukkan sejumlah wang ke dalam poketnya. Dosa pahala di tolak ke tepi kerana merasakan dirinya masih muda dan banyak yang belum dinikmatinya.

"Sayang ingat tak mami dekat kelab malam hari tu."

"Ingat, kenapa ?"

"Dia nak ajak sayang kerja dengan dia. Sayang nak tak jadi GRO kat kelab tu, gajinya 4 angka. Jangan tak tau, kalau pandai cari duit, lebih banyak daripada duit abang tau."

Murad memujuk secara tidak langsung, tanpa memberitahu Suzana bahawa dia dijanjikan imbuhan lima ribu sekiranya Suzana mahu bekerja di kelab tersebut.

"Abang ok ke ? Kalau abang tak kisah, sayang nak juga ada kerja, ada duit sendiri. Tak adalah kena minta duit abang selalu."

"Tak kisah lah. Nama nya kerja mestilah abang suka. Kerja,kerja ni kita dapat duit. Sapa tak suka duit oiii!"

"Kalau macam tu bolehlah."

Murad terus bangun, mencapai telefonnya dan terus mendail nombor telefon mami. Selepas bergelak sakan, dia duduk kembali di sebelah Suzana yang masih berkemban sejak tadi mengadap cerita kesukaannya di layar tv.

"Kalau sayang tak kisah, boleh mula malam ni juga."

"habis abang nak duduk sorang ke kat rumah?"

"Errr, tak pe abang pun banyak kerja malam ni. Tak boleh tidur sini lagi. Malam esok pulak kita jumpa."

"Habis macam mana sayang nak pergi balik kerja."

"Oh, yang tu jangan risau, abang dah sediakan driver untuk sayang. Tunggu saja di sini, dia akan datang ambil."

Malam itu tepat pukul 9 malam, Murad telah menerima sejumlah wang yang terasa tebal berada ditangannya. Tugasannya untuk membawa muka-muka baru kepada Mami telah memberikan dia pulangan yang lumayan , sambil-sambil itu dia juga boleh mencicipi pelbagai rasa terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada mami.

Suzana hanya diberikan tugas duduk-duduk dan melihat terlebih dahulu apa yang dibuat oleh kawannya.

"Hei ayam baru mami, boleh pakai?" soalan Taukey Chong itu disambut dengan gelengan kepala oleh mami.

"Aiya, ada tarak guna, buat apa. Hiasan pun ada gunanya bila emergency tau, mami."Chong, kawan lama mami itu masih belum berpuas hati.

"hei Chong, lu mau tanya sendiri la. Kalau dia mau gua tatak kisah punya."

Kata-kata mami itu mendorong Chong berjalan ke arah meja yang di tempati Suzana. Suzana yang sudah menukar namanya kepada Lily itu, memakai skirt berwarna biru pekat, dengan blouse berwarna putih yang transparent. Baju yang dibeli oleh Murad itu memang sangat sesuai dengan pekerjaan sebegini. Tiada siapa yang mendengar apa yang dibicarakan, namun ramai yang nampak mereka keluar berjalan beriringan. Tubuh Chong yang gendut itu nampak sangat kontras dengan tubuh lily yang kecil molek. Mami mengelengkan kepalanya, samada lily terlalu berani, atau dia sudah termakan rayuan Chong. Namun dia tidak peduli, yang penting lacinya penuh dengan wang. Dia tidak kisah apa-apa saja yang terjadi.

Nasib Chong lebih baik daripada mangsa sebelumnya, lily yang baru sahaja tepu dengan darah Murad, tidak teringin dengan Chong yang gendut itu. Pagi esoknya , sewaktu menghantar Suzane ke rumahnya, Chong memohon untuk masuk sekali lagi. Suzane tidak keberatan kerana dia tahu, Murad pastilah tidak akan balik pada waktu-waktu begitu. Bayarannya pada hari itu adalah dua kali ganda daripada biasa. Lily seronok membilang hasil yang telah di dapati dengan menggunakan jasad seorang pembantu rumah Indon yang lurus. Cuma dia menggunakan kosmetik dengan darah yang dihirupnya itu yang menonjolkan wajah Bibik lebih menyerlah dan menarik. Kerana itulah semua yang memandang merasakan dirinya cantik.

"hei, you buat apa ni, I tak suka la, nanti bini I nampak, mampus!" Kata Chong apabila Lily cuba menggigit lehernya. Lily merasa kecewa, kerana niatnya itu terbantut.

Keengganan itu menghentikan niat Lily untuk menghirup darah Chong yang kelihatan kemaruk betina itu. Lily melepaskan Chong pulang dengan segenggam duit kertas yang tebal dalam genggamannya. Sedang pada masa yang sama roh bibik merintih, menangis dan menolak perlakuan itu kepada jasadnya namun dia tidak berdaya melawan kuasa yang lebih kuat daripadanya. Malam itu Murad pulang pukul 4 pagi dalam keadaan mabuk-mabuk dan muntah di serata rumah. Lily meneruskan tidurnya tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Pagi esoknya bila bangun Murad melihat Lily telah tiada, rumah masih dalam keadaan yang bersepah tak berkemas. Merasa geli dengan muntahnya sendiri, Murad mencuci semua kotoran tersebut.

"Kalau bini aku mampus aku tak buat, tapi dengan kau Suzana , masuk ke neraka pun aku sanggup." Fikir Murad dalam hatinya.

Murad menunggu hingga Suzana pulang, pukul 12.30 tengahari barulah badannya melenggang masuk ke dalam halaman rumah. Murad yang tidak suka menunggu, merasa sebal dan sakit hati kepada Suzana yang meninggalkannya terkontang kanting seorang seorang diri di rumah.

"You ke mana ni, sepatah pun tak cakap dekat I"

Soalan Murad itu dijawab dengan memasukkan segumpal wang kertas 50 ringgit ke dalam genggaman Murad. Murad tersenyum lebar, lebih lebar daripada semasa isterinya menyain borang keizinan kawin lagi satu. Dia ketawa berdekah-dekah merasakan dirinya tidak sia-sia membela minah Indon yang di temui di kampung Sungai Tua itu.

"Bagus, Suzana, kau bukan saja cantik tapi bijak, hebat memanipulasi keadaan untuk dijdikan duit. Wah!" ujar Murad yang mencium duit itu bertalu-talu.

Malam itu suasana di kelab mami agak kecoh. Murad memandang sekeliling, melihat jika ada muka-muka baru yang di bawa masuk oleh mami.

"Hai Murad, kau ke mana 2 hari tak datang? Kau tau Chong dah mati?"

"Haiya , tempat cali makan jangan cakap pasal mati ooo. Nanti tak ada ong!" kata-kata mami itu mematikan topik perbualan Murad dengan Kamal. 

BANGLO HIJAU DI POHON KETAPANGWhere stories live. Discover now