BAB 51

172 2 6
                                    

Doktor membuka pintu Membuatkan semua bangun. Wafiq menerpa doktor.

"How my Wife doctor?"

Doktor Anisah menunduk. Wajahnya menunjukkan riak sedih yang membuatkan hati semua orang tidak keruan.

"We sorry sir.. Kami dah cuba yang terbaik. Tapi Allah lagi sayangkan dia."

Wafiq terduduk. Airmata yang ditahan mengalir laju. Semua disitu terkejut tersangat. Seokmin tersandar. Aena...

"Bayi encik ada didalam. Encik boleh masuk untuk melihat bayi. Tahniah encik mendapat bayi perempuan. Takziah juga saya ucapkan..Saya minta diri dulu."

Datinsri Atifah sudah tidak sedarkan diri. Terlalu mengejut berita itu. Afiq dan jaehyun juga henry dan Seokmin menghampiri Wafiq. Mereka membantu wafiq bangun.

"Aena? ke-kenapa awak tinggalkan saya?"

Wafiq meraih tangan Aena. Wajah pucat isterinya menjadi tatapan. Dia pandang anaknya disebelah katil isterinya.

"Awak tak sayangkan saya ke.. Awak tak kesian ke dekat anak kita? kenapa aena..."

Afiq memeluk bahu abangnya. Dia tahu lelaki itu terlalu lemah sekarang.

"Kau kena sabar Wafiq..Allah lagi sayangkan dia.."

Seokmin menghampiri bayi itu dan mendukungnya. Kesian kau.. Membesar tanpa ibu.

"Kenapa dia taknak kongsi masalah dia dengan aku? apa salah aku?"

"Dia cuma taknak kau risaukan pasal dia..dia taknak kau sedih..."

Wafiq pandang Seokmin.

"Lagi sedih bila aku hilang dia.."

Wafiq mengambil anaknya Dari tangan Seokmin. Airmatanya mengalir lagi.

"Sayang.."

"Lara? Lara Aena?"

Wafiq menoleh. Mamanya sedang menghampiri katil Aena. Wafiq menyerahkan semula anaknya kepada seokmin. Dia menghampiri Mamanya.

"Mama.."

"Wafiq? aen dah tinggalkan mama ke?"

"Sabar ya ma.. Kita terima takdir ni."

Datinsri Atifah menangis dan memeluk tubuh kaku anaknya. Kenapa takdir ni terlalu kejam.

Wafiq mengesat airmata yang jatuh. Aena..Saya janji saya akan jaga anak kita. Saya janji yang saya takkan salahkan takdir.. Saya sayangkan awak selamanya.

🍑🍑🍑

Wafiq melangkah masuk kebilik isterinya dirumah ibu mertuanya perlahan lahan. Terlalu lemah. Baru tadi sahaja selesai pengebumian isterinya . Kubur yang sengaja diletakkan disebelah kubur anak pertama mereka.

"Aena sayang.. Saya harap awak tenang.. Saya tak mampu untuk tidak menangis. Saya menyesal marah awak malam tu.. Saya taktahu semua ni.."

Datinsri Atifah dan Datin Farihah yang mengintai disebalik dinding cuma mampu mengelap airmata.

"Anak kita comel sangat..Macam awak Masa kecil dulu..Saya rindukan awak..walaupun baru tadi je saya kebumikan awak.. Kenapa awak tinggalkan saya aena.."

"Aena...Sampai hati sayang tak bagitahu saya pasal ni. Awak cakap semua masalah kita kena kongsi awak janji takkan tinggalkan saya...Kenapa awak buat macam ni pada saya ...Awak kata awak sayangkan saya aena..."

Wafiq baring sambil memeluk album gambar Aena. Datin Farihah dan Datinsri Atifah faham perasaan Wafiq saat itu.

"Tak cukup rasa masa ni untuk buatkan saya puas hidup dengan awak aena. Awak adalah perempuan terakhir yang akan menghuni hati saya.. Semua kenangan manis awak dan saya yang kita ciptakan bersama saya akan simpan dan jadikan ia sebagai memori yang paling berharga dalam diri saya. Saya sentiasa cintakan awak Aena"

DAN PABILA CINTA ITU DATANGWhere stories live. Discover now