RANDOM MO 2 (POV NASIR)

6K 390 43
                                    

Masuk ke kawasan parkir masjid, tangan aku sudah mula terasa lembap. Berpeluh! Terketar tangan memikirkan sebentar lagi aku perlu berjabat tangan dengan wali Amizatul Shima.

Walau tahu bakal bakal bapa mertua aku itu sangat ramah dan berhemah orangnya, tetap rasa debar yang satu ini tidak dapat aku tahan.

Keluar dari kereta, sekilas aku melihat kawasan sekitar. Cuba menghilangkan gugup di hati. Dan mata tanpa perlu diarah, terus tahu ke mana pandangannya perlu dituju.

Pada gadis berbaju kelabu, sedondon dengan pakaian yang sedang tersarung di tubuh aku ketika itu. Jauh di kawasan letak kereta di sebelah sana masjid.

Manis ayu bakal isteri aku tu.

Amizatul Shima binti Arifin. Aku ulang sekali lagi sepotong nama yang bakal aku lafazkan sebentar lagi di hadapan walinya dan dua orang saksi.

Ralit memerhati dari jauh, tiba-tiba si bunga ketawa.

Aisyh!

Tangan aku yang tadinya lembap berpeluh, turun mencengkam gulungan sampin di pinggang. Hanya dengan ketawa sahaja, Zatul sudah berjaya mencengkam jantung aku. Itupun cuma dilihat dari jauh. Agaknya macam mana berdua saja dalam bilik nanti?

"Dah sedia?"

Suara Abah datang mencuri tumpuan. Terkejip mata aku, cuba kembali ke realiti.

"Dah." Terang dah nyata aku membalas. Sudah berbulan nama anak Pak Ripin berlegar di dalam mimpi. Hari ini aku pasti akan lulus cemerlang! Mumtaz!

Seiring dengan langkah masuk ke dalam masjid yang bakal menyaksikan Muhammad Nasir menjadi seorang ketua keluarga, aku menghela nafas dalam. Membayangkan sebentar lagi aku akan keluar bersama pangkat baru.

Sekali lagi, mata gatal meliar melihat rombongan keluarga sebelah pihak perempuan. Baru terperasan, ada beberapa tubuh terhenti sekadar di pintu masuk di pintu masuk bahagian tepi. Seketika dahi aku berkerut memikirkan penyebab mereka tidak melangkah masuk ke dalam.

Ahh...mungkin mereka tidak boleh solat.

Eh?

Sekali lagi kepala aku menoleh.

Zatul?

Zatul juga termasuk dalam kumpulan wanita yang tak boleh bersolat tu?

Aduh ... aku salah pilih tarikh!

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now