Iklan Acah 3

5.2K 217 8
                                    

"Cik Zatul dah kahwin?"

Ha? Tercantas habis semua ayat yang sudah aku atur di dalam kepala. Terus terdiam. Jelas di telinga aku yang soalannya diiringi nada terkejut. Perlahan aku tarik tangan aku kembali ke bawah meja. Ini semua sebab inai di jari. Inai! Inai! Inai! Kenapa orang kahwin kena pakai inai!

"Baru kahwin. Newlywed. That's why saya cuti panjang." Ramah pula aku memberi maklumat. Rasa nak tampar saja mulut aku sendiri lepas habis berkata-kata.

"Kiranya saya melepas lah ni?"

Lidah aku tiba-tiba rasa kelat. Senyum pun dah ketat macam pintu berkarat nak dibuka. Sejarah lama nak berulang lagi ke? Kenapa perkara yang baru disebut itu juga yang hendak terjadi? Adakah itu petanda yang Allah titipkan untuk memberi pesan supaya aku beringat?

"Melepas tak melepas tu cerita lain. Jodoh tu lagi penting." Aku bagi komen padu. Sila faham-faham sendiri ya.

 Sila faham-faham sendiri ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now