Masuk ke hari ini, sudah tiga hari aku di rumah mertuaku. Esok kami akan berangkat pulang ke Penang. Diulang sekali lagi,
PENANG. Bukan Gurun, rumah emak aku.
Abang Nasir rupanya ada membeli rumah di kawasan perumahan di sekitar Bertam. Siapa sangka kan? Dulu, bila melalui kawasan Bertam setiap kali ke Pulau Pinang, kerap juga aku menoleh melihat kawasan perumahan yang sedang membangun di kiri kanan lebuhraya. Tup tup, suami aku sendiri ada membeli rumah di kawasan tersebut.
"Jom siap." Abang Nasir bangun dari sofa seraya menyentuh belakang lenganku sedikit. Mengajak aku untuk ikut sama bangun.
"Angah nak pergi mana?" Anak bongsu keluarga tersebut, Auni mencelah.Si genit Auni ni baru saja masuk ke tingkatan empat. Dalam adik beradik Abang Nasir, hanya tinggal tiga yang paling bawah saja yang masih bujang.
Auni tu, pasti lah. Sekolah pun tak lepas lagi. Di atas Auni ada Aiman. Aiman sedang belajar di sebuah Universiti tempatan dalam tahun kedua. Dan yang seorang lagi adalah Azita.
Ingat Azita tak? Dia lah yang menemankan aku berjumpa dengan Abang Nasir kali pertama dahulu. Azita sudah bertunang. Cuma menunggu masa untuk berkahwin saja. Mungkin tahun depan langsung majlisnya.
"Keluar." Aku tolong jawab bagi pihak Abang Nasir yang terus saja menonong ke tangga. Tidak hirau langsung pada soalan adiknya.
"Nak ikut!" Auni jerit bersemangat.
Aku yang melihat ikut tersenyum. Terkesan dengan rasa teruja Auni. Belum sempat aku mempelawa, suara Abang Nasir terlebih dahulu sampai ke telinga kami.
"No." Dia sudah berada di tengah tangga, tapi suaranya masih kedengaran jelas dan tegas, walaupun dia tidak menjerit. Wow! Dia pakai speaker ke? Patutlah tadi dia buat 'don't no' saja bila Auni bertanya ke mana dia hendak pergi. Mungkin sudah menjangka perkara ini akan terjadi.
Aku terdiam. Mata mengerling wajah Auni yang nampak hampa. Mulalah aku nak mati kutu! Tersepit!
Kalau ikutkan hati, memang aku tak kisah langsung nak bawa sesiapa pun. The more the merrier. Lagipun, aku sendiri masih rasa janggal keluar berdua dengan suami aku.
Jangan lah banding dengan duduk berdua di dalam bilik atau tidur malam. Yang itu, aku tahu masih ada manusia lain di bawah bumbung yang sama.
Kalau di dalam kereta, sunyi yang mencengkam boleh bikin tangan aku berpeluh, jantung berdegup kencang, perut memulas-mulas, nafas terasa pendek dan....ok stop! Aku dah mula merepek!
See? Belum naik kereta berdua lagi, aku dah mula terbayang apa yang akan terjadi. Inikan pula kalau betul-betul terjadi. Tambahan pula, kami nak keluar berjalan. Bukannya tour hampeh seperti tempoh hari.
"Eh, bawa je la sekali. Ramai-ramai baru seronok." Aku mencuba nasib. Di samping dapat mengelakkan peristiwa berdua, aku juga akan mendapat skor A+ di dalam hati adik ipar. Cantik tak rancangan aku? Kenalah pandai mencuri hati keluarga mertua.
"Kak Zatul bagi ikut!" Jerit Auni kuat. Dihalakan wajahnya ke arah tangga. Memang berniat untuk memberi Abang Nasir dengar jeritannya.
"Eh adik, kau jangan menyibuk boleh tak? Kau tu duduk sini tiap-tiap hari. Apa benda lagi yang kau nak tengok sangat?" Aiman yang baru datang dari dapur membawa dua gelas air sirap mencelah. Satu gelas dihulurkan kepadaku, dan satu lagi untuk dirinya.
"Adik punya?" tanya Auni dengan muka.Siap dihulur tangan lagi meminta air untuknya. Langsung tidak dihiraukan teguran Aiman tadi.
"Pergi ambil sendiri dekat dapur. Pemalas!" Aiman menempelak kuat.
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
ChickLit-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...