Bab 2

8.7K 325 21
                                    

Aku menilik lama nombor yang disimpan di dalam telefonku dengan nama 'Nasir Merisik'.

Nak telefon atau mesej? Mana yang lebih efficient? Sudah dua hari nombor dia tertanam dalam senarai contact list telefon. Aku tunggu dia, dia tunggu aku. Sama-sama keras kepala.

Ada juga aku terfikir, macam mana kalau dia pun turut sama dipaksa keluarga dia? Tak ke haru jadinya. Sama-sama dipaksa!

Berikutan dari semua masalah ini. sudah dua malam tidur aku terganggu. Asyik memikirkan perihal si dia yang tidak langsung aku tahu melainkan namanya sahaja. Semudah ini saja kah zaman bujang aku mahu berakhir? Dengan lelaki yang langsung tak aku kenal pula tu.

Sesekali terasa seperti aku sedang berjalan masuk ke dalam mulut harimau. Kalau patah ke belakang, ternampak pula mulut emak dan ayah yang sudah bertaring giginya. Ke kanan tak kena, ke kiri pun ada yang menunggu. Serba tak kena aku dibuatnya!

Ini semua salah emak. Seratus peratus salah emak! Rasa nak menangis pun ada. Tanpa punca, aku pun ikut terjebak sama. Banyak senario 'kalau' bermain-main di dalam otak aku. Kalau lah emak beritahu aku dulu, kalau lah emak tak bertindak melulu, kalau lah Mak Lang tak rajin sangat menyampai, kalau lah ini ... kalau lah itu .... urghh!!!

"Mak tu buat apa pun fikir untuk anak-anak. Untuk masa depan anak-anak. Kau jangan nak main bantai je salahkan mak!" Ini kakak aku, Si Ayu punya ayat.

Semalam aku menelefon dia yang berada di KL sana semata-mata untuk melepas rasa. Dia duduknya nun di KL sana. Wangsa Maju. Sudah berkahwin dan juga sudah dikurniakan satu cahaya mata. Yaya namanya. Si Yaya itulah yang dikatakan emak lebih elok rupa dari aku yang sudah tua.

Ada ke patut dibandingnya muka aku yang cantik jelita dan dewasa ni dengan Yaya yang senyum pun terus nampak gigi rongak. Memang emak tak pandai menilai!

Aku dan Ayu selalunya lebih senang bercakap tanpa menggunakan sistem adik beradik. Ber'aku' 'engkau' saja. Dulu sudah pernah ditegur arwah nenek tentang pentingnya menjaga pangkat, walaupun sesama adik beradik.

Aku yang ketika itu baru berumur lima tahun, hanya terkebil kebil memandang arwah nenek. Ceramah arwah tentang pentingnya pangkat di dalam sanak saudara masuk ke telinga kiri dan keluar melalui telinga kanan. Ceramah free lah katakan. Memang begitu cara perjalanannya.

Kami dua beradik perempuan ni berbeza hanya 14 bulan saja tarikh lahirnya. Membesar bersama, panjat bukit bersama, baling guli bersama, pergi mengaji quran bersama. Ayu ibaratnya seperti kawan baik aku yang tidur sekatil dan mandi sebilik air. Jadinya, memang mustahil perkataan 'kakak' itu mahu terlekat. Kami lebih senang dan lebih mesra dengan bahasa kasar.

"Aku tahulah..." Panjang aku menarik ayat sebelum kembali menyambung,

"Masalahnya aku geram la! Emak buat benda tak nak cerita. Ok, yang tu kita tolak belakang. Sekarang ni, yang buat aku lagi sentapnya, Si Mamat ni pun tak contact aku lagi. Sekarang ni siapa yang beria-ria lebih? Family dia atau dia sendiri?"

"Dia tak call lagi?" Ayu sendiri pun ikut sama merasa tidak logik bila dengar kenyataan aku.

Sepatutnya, sebagai seorang lelaki, Si Nasir ini mesti lah jadi yang pertama membuka langkah. Kata emak, nombor telefon aku pun sudah diberi kepada keluarga dia tempoh hari. Apa lagi alasan untuk dia mengelak?

"Sekarang ni apa kata kau direct je call dia. Kalau dok tunggu macam ni, satu benda pun tak selesai tau. Tunjuk sikit yang kau ni bukan perempuan lembik. Ingat orang nak sangat dengan dia tu?" Tiba-tiba saja semangat Ayu naik mencanak. Ikut sama menambah rencah.

Aku yang di sebelah talian sini pun ikut mendada. Bersemangat sama naik. Kami berdua memang sama kepala angin. Cepat saja nak bergabung tenaga kalau melibatkan perkara yang membuatkan kami marah. Dalam keadaan sekarang, Ayu pun ikut sama dirasuk amarah aku.

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now