Hola guys (^_^)
Dah baca Suami Berat Mulut ke belum? Atau mungkin tengah baca? Ke tengah tunggu abang posmen?
Kalau ada yang akan pergi ke PBAKL hari ni atau esok, boleh terus beli dari Penerbitan Idea Kreatif di Bilik Melaka. Ada diskaun RM4 untuk yang walk-in. Buku2 saya yang sebelum ni pun ada diskaunnya yang tersendiri juga. InsyaAllah semuanya boleh dicari di situ.
Kepada yang dah beli, saya ucapkan terima kasih untuk sokongan yang diberi. Harapnya tak mengecewakan, sebab ini cubaan pertama untuk buku santai dan POV1. Walaupun tak berapa nak class mcm penulis hebat lain, at least kalau dapat buatkan reader lupakan sekejap stress pun dah okay pada saya.
Ini ada secoit isi yang saya cubit keluar randomly dari buku SBM.
.....................................
"Makan." Abang Nasir tolak pinggan nasi goreng kembali ke hadapan aku bila aku tolak sarapan menjauh.
Lambat-lambat aku angkat semula sudu. Urghh...meluat pula aku tengok butir-butir nasi goreng yang elok terhidang. Padahal aku yang semangat menggoreng tadi.
"Tak selera lah." Aku letak semula sudu selepas satu suapan. Air horlick panas aku capai dan aku hirup penuh nikmat. Sejak disahkan mengandung, botol kaca serbuk nescafe sudah disembunyikan menjauh. Paket yang baru dibeli pun disembunyikan. Lebih sadisnya, Abang Nasir bawa semua barang tersebut ke tempat kerjanya. Takut aku mungkir nasihat. Eh, dia ingat aku ni teruk sangat ke? Tak mungkin lah aku nak membahayakan kesihatan anak sendiri.
Dia tiba-tiba menghulur sesudu nasi goreng ke mulut aku.
"Tiga sudu pun cukup."
Aku kalih wajah ke tepi. Mengelak. Tak suka lah dipaksa makan macam budak kecil!
Tangan suami aku tergawang lama di udara. Selang beberapa saat, aku buka mulut dan aku sambar suapannya pantas. Tengok kan muka tonyot Abang Nasir tu, tak gamak pula rasanya nak berterusan buat perangai. Selepas habis tiga sudu, dia kembali menghulur sudu.
"Dua sudu lagi."
Kali ni aku jegil mata besar ke arahnya. Pandai betul dia memancing kan? Mula-mula tiga, kemudian dua, lepas ni apa pula? Sepinggan?
Merungut banyak pun tak ada guna. Akhirnya aku habiskan juga sepinggan nasi goreng tu. Semuanya berkat kerjasama yang Encik Muhammad Nasir berikan.
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
Chick-Lit-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...