Iklan Acah 2

5.8K 311 28
                                    

Abang Nasir sampai di rumah jam 7.30 malam. Aku yang baru selesai menunaikan solat maghrib pergi menyambutnya di pintu sebaik saja terdengar bunyi pagar dibuka.

Aku pun nak jadi isteri solehah. Sambut suami dengan muka berseri kan boleh menyenangkan hati dia. Dapat pahala semudah ABC saja!

Keluar saja Abang Nasir dari kereta, aku sudah merenyih seperti kerang busuk di depan pintu. Tiba-tiba rasa seronok pula melihat wajahnya selepas beberapa jam berpisah. Gila bayang dah aku ni!

"Abang!" Girang aku membuka kata.

Kening Abang Nasir terangkat tinggi sebelum dia mengukir senyum.

"Dah sembahyang?" Soalnya bila mendekat. Pasti ditanya kerana aku masih memakai telekung ketika itu. Kalau ada orang lain nampak, mesti disangkanya Abang Nasir menyimpan langsuir di rumah. Putih melayah berdiri di depan pintu bila dia pulang.

"Dah." Aku angguk sekali. Penuh tenaga. Gaya aku sekarang, sama seperti tingkah Ippo ketika aku pulang tadi. Excited terlebih. Macamlah sudah seminggu tidak berjumpa. Agaknya layak tak aku mendapat nickname Ippu? Kucing ketiga belaan Abang Nasir.

Dia raup pipiku dengan tapak tangannya. Ibu jarinya bergerak mengusap perlahan.

"Good," pujinya seraya menarik wajahku sedikit mendongak. Satu ciuman dihadiahkan ke dahi aku.

Aku senyum macam budak kecil dapat gula-gula. Tahu tak macam mana senyum tu? Alah, senyum malu-malu sambil kemut bibir rapat mengecil, sekaligus menaikkan double pau di pipi. Nampak kan ketembamannya di situ?

Abang Nasir cubit pipiku perlahan. Sekali lagi ciumannya singgah di pipi pula.

Haii ....bahagia betul aku rasa di tika dan detik itu.

bahagia betul aku rasa di tika dan detik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now