Iklan Acah 8

5.1K 226 16
                                    

"Berapa malam?" Soalan pun dah nampak benar takut nak tidur malam seorang diri. Tak dapat pula aku nak bayangkan tidur seorang di rumah ni. Macam mana kalau...

Choi! Aku geleng kepala kuat. Cepat sangat nak membayangkan perkara-perkara yang tak elok.

"Empat hari tiga malam." Gaya jawapan Abang Nasir bunyinya seolah-olah dia baru saja lepas memenangi hadiah percutian.

Bibir aku serentak mencebik. Aku mampir ke belakang Abang Nasir. Menjenguk isi di dalam beg pakaiannya.

"Siap dah?" Elok saja soalanku keluar, dia menarik zip bag sehingga tertutup. Tak sempat nak tolong, dia dah siap. Mesti campak-campak saja semua pakaian. Teringat kali pertama aku kemas pakaiannya di dalam laci. Semuanya digulung saja. Dasar pemalas!

"Abang nak pergi terus ke?" Aku sudah melutut duduk di tepinya. Siap dengan mimik wajah sedih lagi aku lontarkan bersama. Bersungguh hendak dia tahu yang aku sedih ditinggalkan.

Abang Nasir pandang wajah aku lama sebelum tersenyum tipis.

"Kenapa?"

"Cepatnya ...." Sengaja aku tarik suara sampai meleret-leret. Apa salahnya sekali sekala buat manja mengada. Ingat senang nak tengok Amizatul Shima jadi macam ni?

Abang Nasir lurut rambut di dahi aku yang berserabut kesan tarikan tudung tadi naik ke atas. Kemudian tangannya turun kembali menangkup pipi aku.

"Esok baru pergi. Malam esok balik tidur Gurun ya?"

Aku mengangguk lambat-lambat tanda setuju dengan arahannya. Sahihlah! Aku pun tak mahu tidur seorang di rumah ni tanpa dia.

 Sahihlah! Aku pun tak mahu tidur seorang di rumah ni tanpa dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now