Pagi-pagi lagi Abang Nasir dah mula mengemas barang-barang masuk ke dalam kereta. Bersiap awal katanya. Tidak mahu kalut-kalut. Bimbang ada barang yang tercicir.
"Jaga anak orang elok-elok Nasir. Penat mak ayah dia jaga berpuluh tahun, dapat kat kau, kau jaga lebih kurang. Kalau Umi tahu, siap kau!"
Oh my ... Brutal tak mak mentua aku? Aku yang sedang berdiri di belakang Umi sudah merenyih macam monyet memandang Abang Nasir yang berdiri di celah bukaan pintu kereta. Seketika mata dia berlaga dengan mata aku. Direnungnya tajam. Macam nak bagi warning pun ada juga. Aku telan liur dalam. Seram pula!
"Kami gerak dulu ya Umi, Abah." Aku cium tangan Umi dan pipinya pun aku sayangkan sekali. Sudah terbiasa dengan keluargaku yang memang salam berlaga pipi. Baik emak, ayah ataupun adik beradikku. Semuanya akan mencium pipi tiap kali bersalam-salaman.
Abah menepuk belakang bahuku selepas aku cium pipinya. Dia tersenyum manis.
"Jaga diri baik-baik."
Ini salah satu sikap Abah yang aku pasti turun ke anaknya, yakni suami aku. Abah tak banyak bercakap. Tapi mukanya manis saja. Nampak tenang bila melihat raut wajahnya. Tapi bab senyum tu, jauh panggang dari api! Abang Nasir susah benar mahu senyum. Kosong saja mukanya. Langsung tidak beriak.
Iriz Abang Nasir penuh sehingga ke kerusi bahagian belakang. Banyak juga hadiah yang diberi dari sanak saudara sebelah Abang Nasir. Ada Rice Cooker, Iron, set gelas, set pinggan, sampaikan toto pun ada juga. Bukan Nombor Toto yang 4D tu. Ini Toto jenama Narita yang orang buat tidur tu.
Setelah pasti semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta, baru kami beransur bergerak. Ceria saja aku menjenguk kepala keluar tingkap dan melambai Umi dan Abah. Auni hari ini bersekolah dan Aiman malam tadi sudah pulang ke kampusnya menaiki bas.
Rasa sayu muncul bila melihatkan Umi dan Abah masih berdiri melihat kereta Abang Nasir hilang dari pandangan. Automatik ingatan aku singgah pada Mak Bibah dan Pak Ripin di Kedah sana. Sekarang aku sudah punya dua pasang ibu bapa. Berganda-ganda faedahnya bila berkahwin dengan Abang Nasir.Juga berganda-ganda sakit hatinya dengan mulut berat dia!
Aku kembali bersandar di kerusi. Tingkap kereta dinaikkan semula. Sepi kembali mencengkam.
"Sedih?"
Aku pandang Abang Nasir sekilas sebelum mengangguk. Memang mereka bukan ibu bapa kandung aku, tapi rasa sayang sudah mula ada dalam beberapa hari aku bermalam di sini. Sedih rasanya bila aku tengok mereka berdiri melihat sampai kami hilang di balik simpang.
Sebelah tangan Abang Nasir meninggalkan stereng dan mendarat di pipiku. Perlahan ibu jarinya bergerak mengusap. Aku beri satu senyuman manis untuknya.
This is a very special moment guys. Moment yang hanya ada aku dan dia. Hanya mata berbicara. Hanya senyum menyampai makna. Hanya dia yang faham apa yang aku rasa.
Tangan kirinya turun meraih tangan kanan aku. Kemas bertaut diletakkan di antara seat aku dan dia.
"Ini makna 'ringan-ringan' abang," katanya tiba-tiba, sedikit menguatkan genggaman tangannya di tanganku.
Kali ini aku tidak menjawab. Tidak juga mengutuk. Hanya senyum tipis muncul di bibir.
Sebabnya, aku malu alah. Bersangka bukan-bukan semalam, sedangkan yang sebenarnya dia tak memaksudkan langsung perkara yang aku fikir.
Awal-awal pemanduan, aku cuba menceriakan suasana. Kononnya mahu cuba mengenali hati suami yang baru hendak aku selami akal fikirannya.
"Jom kita main 20 questions."
Diam. Tiada balasan. Hanya kepalanya saja terangguk sekali. Pergerakan yang membawa dua maksud. Sama ada dia faham ayat aku tapi tak mahu, atau dia faham dan dia mahu.
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
Chick-Lit-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...