Iklan Acah 10

5.2K 197 17
                                    

"Cepatlah Achik, nanti Angah balik pula. Dulu dia ada awek ke tak?" Aku menggesa. Dup dap dup dap sekejap jantung aku menunggu jawapan. Apa pun jawapan Achik, aku tak akan simpan masuk ke dalam hati. Sebab apa pun yang tercatat dalam sejarah hidupnya, itu semua dah berada jauh di belakang. Abang Nasir tak akan mungkin boleh berpatah balik.

"Ada." Yakin Achik Azita menjawab.

Pranggg!

Eh, bunyi apa tu? Itu macam bunyi....

Aku lekap tangan ke dada. Baru sedar dari mana datang bunyi tersebut. Itu bunyi hati aku terjatuh! Bukannya terjatuh cinta, tapi jatuh pecah berderai!

"Tapi dia dah lama kahwin lah."

Kus semangat! Bercantum balik hati aku yang berderai tadi.

"Lama ke Angah kawan dengan dia?" Semangat betul aku ni. Sanggup berpura-pura seperti cerita kekasih lamanya tidak merenggut tangkai jantung. Tak mahu lah sampai Achik nampak aku ini jenis kaki cemburu.

Eh, bagus apa cemburu tu. Cemburu itu kan tandanya sayang. Sebab aku sayang suami aku lah, aku cemburu membuta tuli. Tak perlu suluhkan lampu pun, cemburu aku mampu mencari jalannya sendiri. Bergerak menggunakan hidung dan deria keenam.

"Lama. Dari sekolah menengah."

Down semula semangat aku yang baru naik tadi. Tanya satu, hati berderai. Elok bercantum, aku tanya lagi soalan, sekali lagi berderai. Memang lah aku ni. Sengaja menyeksa jiwa dan raga!

 Sengaja menyeksa jiwa dan raga!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

p/s : Pre-order masih berjalan. Order dengan saya, sampai 26hb je. Terima kasih (^_^)

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now