-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang.
-Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...
Hari ni kulit muka depan untuk Suami Berat Mulut dah keluar. Yeay!!!
Promo naik awal sebab nak bagi peluang reader decide dan kumpul duit awal2 sebelum PBAKL ni, walaupun harga tak announce lagi. So, moh kita ramai2 cuci mata dulu ye....
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Untuk meraikan cover yang cun melecun ni, saya belanja sekerat iklan acah. Yang ni tak ada dalam bab2 awal. Saya cubit keluar dari beberapa part yang saya tambah dalam SBM versi buku.
............................................
Selesai semuanya, Abang Nasir letakkan tuala basah tadi di dahi aku sebelum dia sendiri berbaring. Selimut ditarik menutup tubuh aku sehingga ke paras dada.
"Okay?"
"Sejuk." Jujur aku menjawab.
Dia tarik aku masuk ke pelukan dia. Haba dari badannya menangkup seluruh tubuh aku. Nyaman rasanya. Selalunya aku benci dipeluk. Mana tahu malam ini aku sendiri yang dengan rela meminta dimasukkan ke dalam dakapannya.
"Saya minta maaf." Teringat yang tadi aku ada meninggi suara kepadanya, terus aku minta maaf. Terasa seperti balasan aku melawan suami datangnya tanpa perlu ditunggu.
Dia cuma ketawa seraya mengeratkan lagi rantaian tangannya di bahu dan belakang tubuh aku. Entah apa yang lucu pun aku tak tahu.
"Isteri abang ni, senang sangat mengaku salah dia."
"Abang tak suka isteri macam tu?" Mata aku semakin memberat. Terkejip-kejip menentang batang leher dia.
"Suka."
Aku tersenyum seronok. Dah macam orang mereng. Demam-demam pun masih mampu seronok sendiri.
"Suka sangat." Dia menyambung lagi di belakang. Yang itu, aku dengar sayup-sayup saja. Sebab aku dah tenggelam semula dalam tidur.