Bab 9

8.1K 449 47
                                    

Nasir bermalam di rumah aku cuma dua malam saja. Hari ketiga dia sudah pulang ke Kuala Pilah menaiki bas.

Petang dia bertolak pulang itu, aku diangkat menjadi pemandu untuk menghantar dia ke stesen bas. Sempat lagi dia mengajak aku pekena air batu campur di kedai pokok ceri. Aku pun apa lagi. Berdesup laju menyarung tudung. Belum sempat keluar dari rumah, Nasir menahan. Selamba saja tangannya mengusap tepi peha aku sekali lalu.

"Apa ni?" Aku elak ke tepi. Takut kalau tiba-tiba dia dirasuk hantu. Meraba aku sesedap rasa saja di siang hari.

"Tukar baju."

"Hek? Kenapa pula? Apa yang tak kena?" Badan aku kilas ke belakang setakat yang mampu. Mana lah tahu kalau ada kotoran di belakang yang tak nampak di mata. Shirt lengan panjang dan seluar track bottom. Okay saja aku tengok. Apa masalahnya?

Nasir menarik lengan aku ke atas. Sekaligus menyebabkan pakaian aku ikut berinjak. Sepantas itu juga tangannya yang sebelah lagi menyusup masuk dari bawah. Mencuit sisi perut aku. Zap! Terasa seperti ada aliran elektrik masuk ke tubuh.

Berkat dari perlakuan bisu dia tu, baru aku faham apa sebenarnya yang cuba dia tegur tadi.

"Tak payah lah main cuit-cuit. Cakap terus kan senang." Membebel terus aku dibuatnya. Bukan ke senang kalau dia terus beritahu baju aku tu singkat. Tak menepati garis piawaian yang ditetapkan olehnya.

"Mulut tu! Berat! Pemalas nak bercakap!" Sambil berjalan aku mengomel. Tak puas hati! Dua hari terperuk di rumah dengan dia, tahap rimas aku sudah mencapai bumbung rumah. Duduk dalam bilik dengan dia, serupa macam duduk dalam bilik yang divakum. Sunyi sepi. Telinga sampai naik bunyi berdesing. Sudah lah rumah aku memang dah sunyi selepas Ayu dan abang aku balik ke rumah masing-masing. Aswad pun sudah mula bekerja. Yang tinggal cuma emak, ayah dan kami berdua.

"Yang ni."

Terangkat bahu aku bila muncul suara Nasir dari belakang. Siap dengan tangan dia sekali masuk mencelah memilih baju untukku di dalam almari. Dia mengekor aku ke? Maknanya, dia dengar lah aku mengomel tadi?

"Okay." Ikutkan saja pilihan dia. Dia sudah mahu berangkat pergi. Apa lah sangat permintaan dia yang satu ni. Esok-esok, aku kembali bebas nak pakai baju singkat  semula. Alah, bukannya singkat pun. Cuma tak sepenuhnya melindungi kawasan punggung saja. Berkira betul!

"Ini..."

Buk! Aku terus terkedepan. Terus masuk ke dalam almari. Terkejut!

Nasir pegang punggung aku!

"Nasir!!" Habis terkeluar suara merdu aku. Hilang gelaran 'awak' berganti dengan namanya sahaja.

Dia berdiri kaku memandang aku yang sudah terperosok ke dalam almari. Tangan yang menyentuh tadi masih terawang di udara. Bersilih ganti matanya melihat tangan sendiri dan isterinya a.k.a aku. Kemudian riak wajahnya berubah seperti dia baru menyedari sesuatu. Siap dengan mulut yang sedikit terbuka seperti menyebut 'Oh'.

"Saya tunggu luar." Seperti langsung tidak bersalah, dia kembali keluar dari bilik. Meninggalkan aku yang masih dalam posisi yang sama.

Tangan aku turun melekap di punggung sendiri. Kenapa dia pegang punggung aku? Apa yang dia nak cakap tadi? Ini? Apa yang 'ini'?

Terus aku rasa nak menangis. Hati mengecut mengingatkan sebentar lagi nak duduk berdua dengan dia di dalam kereta.

Tak suka Nasir!

Masuk ke dalam kereta, aku himpitkan tubuh ke arah pintu. Kerling-kerling suami aku dengan hujung mata. Nasir ni tak boleh dipercayai!

Ikutkan hati, nak saja aku terjah tanya. Kenapa raba-raba? Apa niat sentuh-sentuh punggung orang?

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now