Sebelum Abang Nasir keluar bilik untuk ke dapur, dia mampir ke arah aku yang duduk di birai katil. Tapak tangannya diletakkan di atas kepala aku. Automatik aku mendongak memandang wajahnya.
Lambat-lambat dia tunduk sebelum mencium dahi aku. Lama bibirnya diam di situ sebelum dia bersuara.
"Semalam abang buka telefon Zatul. Abang minta maaf."
Aku mengeluh perlahan. Ayat Abang Nasir seolah-olah dia telah membuat kesalahan besar. Jujurnya, aku langsung tak kisah kalau benar dia ada buka telefon aku. Aku bukan lah jenis yang suka menyimpan rahsia. Memang betul, breaching someone's privacy bukannya sikap yang baik. Aku sendiri pun tidak pernah menyentuh telefon Abang Nasir.
Cuma ada juga waktunya aku suka mengintai dari belakang bila ternampak dia ralit dengan telefon di tangan. Itupun, dia tak pernah mengelak dari diintai. Siap ditunjukkan lagi apa yang sedang dia buat. Selalunya, main game.
"Saya tak kisah pun abang. Telefon saya bukannya ada rahsia besar kerajaan. Kalau saya tak bagi orang tengok, mestilah saya letak lock." Telefon aku memang tidak dikunci. Maknanya, tak ada lah perkara yang hendak aku sembunyikan dari pengetahuan dia. Betul tak?
"But still, buka tanpa izin tu tak baik," komen Abang Nasir perlahan.
"Baca mesej orang tanpa izin, laaagi tak elok. Kan?" Aku angkat-angkat kening.
Suami aku memandang kosong. Entah faham atau tidak yang aku sedang memerli dalam gurauan. Sengaja aku mahu menguji sama ada dia hendak mengaku semalam dia ada mencuri baca mesej aku atau berterusan buat tak tahu.
"Itu TER. TERnampak dan TERbaca."
Ewah ewah...pandainya memutar belit fakta. Auta betul suami aku ni! Jadinya, memang betul lah semalam dia baca mesej Sulaiman kan?
"Then, terus TERdiam lah?" Aku tembak terus. Iya lah, dia pun tak tanya. Takkan tak ada rasa ingin tahu langsung. Ada lelaki lain mesej isteri awak, sikit pun tak ada feeling ke? Kena pula, mesej ambil berat Sulaiman tu jika dikira, lebih banyak dari mesej-mesej Abang Nasir yang terkumpul sepanjang kami berkahwin ni. Harus lah suami aku perlu rasa tercabar.
...........................................................
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....
Saya nak buka PRE-ORDER sekali lagi untuk bagi peluang pada yang berminat nak beli Suami Berat Mulut. Ada yang nak tak? Kalau nak, boleh mesej inbox saya atau tinggalkan komen nak order buku yang mana. Nanti saya akan mesej detail.
PRE-ORDER ni akan dibuka sampai stok saya habis. Harap maklum.
Akhir kata, selamat berpuasa saya ucapkan pada semua saudara seagama dgn saya. Mari sama2 kita meraikan bulan penuh rahmah yang datangnya setahun sekali ni. Bukan raikan dengan berbelanja sakan di bazar saja, tapi juga dgn mengimarahkan masjid...banyakkan ibadah...dan jaga puasa. Puasa tu bukan letaknya di perut saja tau. Mulut, mata, telinga...semua tu kena puasa juga. Elakkan bercakap tentang perkara tak elok dan tak berfaedah, elakkan melihat perkara yang tidak perlu pun untuk kita toleh pandang dua kali dan elakkan mendengar hal-hal yang kita tahu, bukan lah perkara yang molek untuk dibicarakan.
Jangan lah rasa susah untuk melaksanakan semua tu...sebab...salah satu dari keistimewaan bulan ni, hati kita akan sentiasa rasa ringan dan minda pun terasa lapang setiap waktu. Ini lah waktu paling mudah untuk kita tambahkan pahala dan molekkan sikap2 yang tidak molek. Kena jadi tamak sikit dalam bulan Ramadhan ni. Tamakkan pahala. Wajib! (^_^)
Sekian dari saya, Laydee Amarfi / Amarfi / Fi...
YOU ARE READING
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)
Literatura Feminina-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin...