Iklan Acah 4

5.4K 228 83
                                    

Baru saja nak melangkah ke pintu, tiba-tiba tubuh aku dipeluk dari belakang. Erk? Kenapa suami aku ni?

"Kenapa ni?" Aku pegang dua lengannya yang memeluk erat bahu aku. Baru cakap nak berpisah dah mula rindu ke? Alolo ... comelnya dia.

"Peluk 10 saat, boleh panjang umur."

Mata aku juling ke langit. Ceh! Aku fikir nak apa lah tadi. Maknanya tiap-tiap pagi nak berpeluk macam ni lah sebelum keluar kerja? Kalau baru lepas gaduh macam mana?

"Kalau baru lepas bergaduh macam mana? Nak peluk juga?" Aku zahirkan fikiran aku dalam bentuk soalan.

"Jauhnya fikir."Terasa pergerakan kepala Abang Nasir yang sedang memeluk aku dari belakang.

"Perempuan memang fikir jauh. Lelaki fikir untuk masa tu saja. Perempuan fikir untuk yang ke depan nanti." Seketika teringat pada seorang cikgu aku dahulu. Dia pernah bercerita tentang sudut pandangan lelaki yang lebih menyerupai seperti satu garis lurus. Tegak terus ke hadapan. Lain pula dengan wanita yang mana sudut pandangan mereka lebih melebar ke kiri dan ke kanan. Meluas katanya. Mengambil kira segala faktor yang berada di sekeliling.

 Mengambil kira segala faktor yang berada di sekeliling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada yang nak buat order dengan saya tak? Saya akan turun ke PBAKL nanti, jadi boleh terus ambil stok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ada yang nak buat order dengan saya tak? Saya akan turun ke PBAKL nanti, jadi boleh terus ambil stok. Pengeposan selepas saya balik dari KL. 

Kalau berkesempatan ke PBAKL, boleh beli terus di sana. Tak perlu order dengan saya. Dan kalau ada rezeki, boleh jumpa dgn saya juga.

Terima kasih (^_^) 

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)Where stories live. Discover now