1

2.1K 46 2
                                    

MESTI ramai nak tahu apakah yang terjadi terhadap Irfan dan Nadia, kan? Bahagiakah mereka menjadi suami isteri? Cintakah Irfan kepada isterinya itu sedangkan dalam hatinya hanya ada Natrah seorang saja? Nadia sudah tahukah yang Irfan dan Natrah pernah mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih? Bagaimanakah pengakhiran kisah Irfan dan Nadia dalam Perempuan Yang Aku Sayang(PYSY) yang mana meletakkan watak Natrah dan Iqbal sebagai watak utama dalam cerita itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah kesudahan kisah Nadia dengan Irfan. Ingin dimaklumkan bahawa cik penulis iaitu Miko Aurora sebenarnya terlupa hendak meletakkan bahagian pasangan suami isteri dalam cerita PYSY kerana ingin menumpukan kisah Natrah dan Iqbal sahaja. Ampunkan cik penulisnya.

Baiklah. Jawapan kepada persoalan di atas ialah,

Mereka berkahwin kerana Puan Kalsom memilih Nadia sebagai menantunya, bukan Natrah yang mencintai Irfan separuh matinya dulu. Betapa pedihnya hati Natrah bila Irfan tidak membatalkan rancangan Puan Kalsom itu dan membiarkan lelaki itu menjadi suami kepada kakaknya itu. Puan Kalsom sebenarnya tidak menyukai Natrah kerana Natrah dianggap kebudak-budakan memandangkan usia Natrah berbeza tujuh tahun dengan Irfan. Hanya itu alasan mengapa Puan Kalsom tidak membenarkan Irfan mengahwini Natrah. Puan Kalsom juga tahu Nadia mencintai Irfan. Sudah terang-terangan perasaan Nadia itu diketahui orang bila Nadia asyik menyatakan perasaannya kepada Irfan walaupun Irfan tidak melayan perasaan Nadia.

Nadia tahu Irfan bercinta dengan adiknya. Dia mematikan hati cemburunya bila terlihat kemesraan antara Irfan dengan Natrah. Dia sengaja menguar-uarkan bahawa dia sangat mencintai Irfan demi menyakiti hati Natrah. Dia gembira Irfan memilihnya sebagai isteri dan bukan Natrah, perempuan yang dicintainya. Namun kegembiraan itu hanya sementara. Sakit yang dia dapat hasil dari perkahwinan itu.

Irfan terpaksa berkahwin dengan Nadia kerana sayangkan emaknya. Dia terpaksa melukakan hati Natrah dan terpaksa juga dia membiarkan Natrah menangisi di atas keputusan yang telah dia lakukan. Hakikatnya, dia amat menyesal kerana berkahwin dengan Nadia. Setelah berkahwin dengan Nadia, dia tidak mendekati Natrah semula kerana dia menganggap Natrah bukan jodohnya lagi. Dia cuba menerima Nadia. Pada awal perkahwinan, dia dapat menerima Nadia sebagai isterinya namun lama kelamaan Irfan terseksa hidup sebagai suami Nadia dan mula menyalahkan Nadia di atas apa yang berlaku. Irfan menyeksa Nadia dari sudut psikologi dan dia juga hampir mendera Nadia dengan tenaga lelakinya. Hasilnya, Nadia menikam Irfan dan menyebabkan lelaki itu dimasukkan ke dalam hospital. Nadia pula disahkan mengandung anak Irfan namun Irfan tidak mengaku anak dalam kandungan Nadia itu anaknya.

Bagaimana nasib Nadia setelah disahkan mengandung?

Nasib Nadia tidak berapa baik. Nadia ditinggalkan dan digantungkan tak bertali oleh Irfan. Irfan hilang tanpa dikesan. Puan Kalsom juga cuba mencari di mana keberadaan Irfan namun gagal. Disebabkan Irfan menghilangkan diri, Nadia pula hidup seperti janda kematian suami. Nadia melahirkan anak lelaki bernama Naim. Saat Naim mencecah usia lima bulan, Irfan tiba-tiba muncul bersama seorang perempuan yang bernama Zarina. Zarina itu isteri kedua Irfan yang dinikahinya di London. Rupa-rupanya Irfan melarikan diri ke London bersama Zarina.

Sekembalinya Irfan dari London bersama isteri barunya itu, Irfan membuat keputusan. Dia ingin menceraikan Nadia. Selagi Nadia memengang status sebagai isterinya, selagi itulah dia tidak berasa tenang kerana dia ingin hidup bebas tanpa Nadia yang asyik kemarukkan cintanya itu. Lagipun Zarina asyik mendesaknya menceraikan madunya itu kerana tidak suka menjadi isteri keduanya.

Sehari selepas pulang ke Malaysia, Irfan terus ke rumah Nadia. Nasib dia baik kerana Puan Salma tiada di rumah. Kehadiran Irfan membuatkan Nadia gembira. Sudah terlalu lama dia tidak berjumpa dengan suami yang dikatakan hilang itu. Saban hari Nadia berdoa agar suaminya itu hadir dan muncul di depan. Doanya sudah dimakbulkan.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now