53

570 23 1
                                    

"WELCOME back, Datin." Helena muncul di hadapan Datin Helena. Helena kini bekerja dengan Datin Marlia sebagai setiausaha baru Datin Marlia. Zamri yang mengarahkan Helena menerima tawaran Datin Marlia sedangkan Helena tidak mahu kerana dia cukup benci dengan Datin Marlia.

"Thank you. So saya harap awak tak kisah bekerja bawah saya. Yalah. Selama ini awak bekerja bawah Zamri." Tujuan Datin Marlia meminta Helena jadi setiausahanya ialah dia mahu menyiasat tentang Helena. Wajah Helena itu asyik mengingatkan dia tentang Azizah.

"It's okay, Datin. Saya dapat bekerja di bawah orang yang berpengalaman banyak dalam syarikat ini." rasa nak cekik Datin Marlia. Tetapi dia kena memastikan Datin Marlia tidak tahu siapa dia. Kalau tak, punah-ranah semua rancangan si kembar tu buat.

"Helena, awak orang mana? Maksud saya, awak dari negeri mana?" Datin Marlia mulakan siasatan. Alang-alang Helena sudah menjadi setiausahanya, ada baiknya dia menyiasat sedikit mengenai Helena dan mengesahkan telahan dia.

"Saya dari Thailand."

"Thailand?"

Helena senyum. Senyuman yang pura-pura.

Namun senyuman itu membuatkan Datin Marlia terkesan dengan senyuman itu. Azizah suka senyum dan senyuman itulah membuatkan dirinya dipikat oleh lelaki tua yang tidak sepadan dengan Azizah.

"Ayah saya orang Thailand. Mak saya orang Negeri Sembilan. Mak saya kahwin dengan ayah saya dan menetap di Thailand. So saya pun menetap di Thailand jugalah. Cuma saya membesar di Negeri Sembilan semasa saya remaja. Kemudian saya balik ke Thailand semula." Helena tak dapat ingat apa ayat yang kena dia beritahu kepada sesiapa tanya mengenai asal usulnya. Ayatnya berputar-belit. Harap Datin Marlia faham.

"Jadi awak orang Thailand?"

"Ya, Datin. Ic saya Thailand." Kad pengenalan palsunya adalah kad pengenalan Thailand yang dibuat oleh Amri. Kenapalah Amri tak buat kad pengenalan Malaysia aje? Senang sikit dia nak bergerak sana sini.

"Macam mana awak boleh kenal dengan Zamri?"

Hesy, mak Datin ni! Banyak pula soalannya!

"Saya bertemu dengan Zamri semasa di Phuket. Masa tu Zamri tengah berurusan dengan bekas majikan saya. Dulu saya bekerja di sebuah syarikat binaan di Phuket jadi kat situlah saya bertemu dengan encik duda tu." yang ni dia yang reka sendiri.

"Ohhh, mak awak masih ada?"

"Tak ada, Datin. Emak saya meninggal semasa saya berusia 13 tahun. Dah 16 tahun emak saya pergi." Yang ini ayat Zamri suruh dia beritahu kepada Datin Marlia jika Datin Marlia bertanyakan tentang emak Helena.

"Apa nama emak awak?"

"Azizah." Nama emak Zamri dan Amri tetapi nama ini juga nama emak Helena. Helena tidak faham kenapa si kembar itu mahu dia guna nama emak mereka.

Jantung Datin Marlia terhenti seketika. Dia menyandar di kerusi dengan wajah terkejutnya. Matanya merenung segenap inci wajah Helena. Memang mirip sekali. Memang sahlah Helena anak Azizah!

"Datin!" terkejut Helena melihat Datin Marlia berwajah pucat itu.

"Adakah betul nama emak awak... Azizah?"

"Ya, Datin. Nama emak saya Azizah. Azizah binti Daud."

Ya Allah. Helena ANAK AZIZAH!

Ini bermakna Helena ibu saudara tiri Buyamin dan Faris. Anak Tan Sri Ghani.

Datin Marlia perlu lakukan sesuatu. Dia harus menghubungi seseorang. Seseorang yang mempunyai kaitan dalam hal Azizah.

Datin Marlia kembali tenang. Dia pejamkan mata seketika. Wajah Azizah ketika muda hadir dengan satu senyuman manisnya. Datin Marlia buka mata. Azizah di depannya. Tidak. Itu Helena yang sedang berdiri di depannya. Helena yang memiliki rupa paras Azizah.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now