28

363 18 1
                                    

BUYAMIN kepenatan. Seharian dia tidak pergi kerja kerana Haniah menghilang dan terpaksa dia dengan Faris mencari Zahra yang telah berpakat dengan Haniah dan Syukri. Nadia keluar dari bilik air. Dia terkejut melihat Buyamin di atas katil.

"Kenapa awak buat muka terkejut tu?" tanya Buyamin.

"Tak ada apalah." Nadia pegang tualanya. Dia sedang berkemban kerana baru selesai mandi. Jangan terlucut depan Buyamin. Kan jadi lain pula.

"Kenapa abang rasa awak seksi hari ni?" Buyamin sengih.

"Apa ni, abang? Jangan nak kuning, eh?"

"Eh, kuning apa pula? Betullah. Awak nampak seksi ni. Awak nak goda abang ke?"

Nadia tahan saja dengan Buyamin ini. Buyamin nampaknya dah nak mula otak kuningnya itu.

"Tak ada maknanya saya nak goda abang malam-malam macam ni. Abang dah mandi ke belum?" Nadia duduk di kerusi. Dia mengambil losyen badan dan memicit ke tapak tangannya lalu melumurkan ke lengannya.

"Abang nak awak mandikan abang, boleh?" Buyamin bangun. Dia membuka satu-persatu butang kemejanya.

"Mandi sendirilah, abang. Dah tua bangka macam ni nak suruh orang mandikan ke?"

Buyamin menghampiri Nadia. Tubuh six packnya dipamerkan pada Nadia.

"Astaghfirullahalazim!" Nadia terkejut.

"Mengancam tak six pack abang ni? Abang pergi gim dengan Zam sebab nak buat six pack ni. Tiga bulan abang berusaha tau. Abang curi masa pergi gim masa awak tengah berpantang hari tu sebab lepas aje awak habis pantang, abang nak goda awak dengan six pack abang ni." Dia berterima kasih pada Zamri kerana memperkenalkan dia dengan jurulatih peribadi yang boleh melatih badannya dalam masa tiga bulan.

Nadia nampak terpegun dengan six pack suaminya. Eish, cepat-cepat Nadia menangkis gelora otak kuning yang mula nak berjangkit dengannya.

"Tolonglah, abang. Jangan goda saya. Please."

"Eh, sayang. Abang nak goda awak sebab awak dah curi jiwa abang tau. Malam ni kita kena berusaha untuk dapatkan adik untuk Naim. No alasan ya?"

"Abang!" Nadia menjerit.

Buyamin gelak besar. Suka betul mengusik isterinya.

"Kiss abang, please." Buyamin letak mukanya depan Nadia.

"Tak nak!"

"Alah, bolehlah. Kiss sekali pun jadilah."

"Pergilah mandi dulu. Bau busuklah."

"Kalau abang mandi, nak kiss berapa kali?"

"Seribu kali."

"Betul?"

"Tak janji."

"Eh, cakap elok-elok. Kan ada juga tidur tak ada kain malam ni."

Nadia cubit pipinya.

"Jangan banyak songeh. Pergi mandi dululah."

Buyamin cium pipi isterinya.

"Jangan pernah berhenti kiss abang sebab abang akan pastikan bibir awak sentiasa melekat di pipi dan juga kat bibir abang. Mohon pakai lipstik tebal-tebal tau. Abang nak pipi awak ada bekas bibir seksi abang."

"Eh, eh... pelik betullah dia ni."

Buyamin senyum.

"Awak sembur minyak wangi kuat-kuat tau. Abang nak sedut kewangian awak tu dalam hati abang. Biar hati abang wangi dengan cinta awak. Auch."

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now