2

1.2K 58 5
                                    

"WELCOME home, Buyamin." Zamri, best friend forever Buyamin sejak dari kecil. Zamri juga pembantu peribadi Buyamin di BYM Holding milik Buyamin. Tubuh Buyamin dipeluk Zamri dengan erat. Sudah lama Buyamin meninggalkan bumi Malaysia.

"Please, Zam. Kau buat aku rasa nak muntah." Buyamin meleraikan pelukan itu. Dia sebenarnya merindui Zamri. Sengaja dia tak tunjukkan kerinduannya itu. Nanti ditunjukkan, entah apa Zamri fikirkan. Dia masih normal, okey.

"Bertahun-tahun, bro kau pergi. Kau langsung tak call aku sepanjang tempoh tu. Aku hampir mati kerana rindukan sahabat baik aku ni." Luah Zamri.

"Bukan tak balik pun, kan? Aku balik juga nak jeguk syarikat aku, kau dan mama. Kau sihat, Zam?"

"Alhamdulilah. Sihat."

"Baguslah. Aku perlukan orang yang sihat untuk selesaikan kerja aku ni."

"Kerja apa, bro? Kerja memikat awek ke?"

"Bukan tulah. Kerja uruskan kepulangan aku ke rumah tu."

"Kenapa nak kena ada kerja pula? Kau balik aje ke rumah tu. Rumah tukan rumah kau juga."

"Aku beritahu mama yang aku akan pulang minggu depan tapi aku sengaja balik awal sebab aku nak tenang diri aku sebelum hadap muka perampas tu."

"Dari dulu sampai sekarang, kau masih bencikan dia?"

"Kerana dialah, hidup aku hancur."

"Okey, okey. Kita jangan cakap pasal hal tu, okey? Aku nak kau balik ni dalam keadaan yang tenang. Aku nak bawa kau ke tempat biasa kita pernah pergi. Nak?"

Buyamin senyum. Tempat biasa itu kolam ikan milik ayah saudara Zamri. Mereka berdua akan meluangkan masa memancing di kolam itu. Itulah rutin harian dua sahabat itu selepas habis waktu kerja dan masa cuti mereka.

#

BUYAMIN berbaring di atas sofa di kondominium mewah yang dibelinya beberapa tahun yang lalu. Kondominium ini tempat Buyamin menghilangkan rasa tertekannya dengan kerja malah bila terpaksa hadap muka perampas itu, Buyamin akan datang sini dan melihat permandangan yang berhadapan dengan KLCC ini. Sekurang-kurangnya ada tempat yang menenangkan jiwanya yang tidak pernah tenang itu.

Panggilan telefon dari mama mengejutkan Buyamin.

"Buya dah balik kan?"

"Mana mama tahu?"

"Mama nampak Buya kat KLIA tadi. Mama saja tak pergi kat Buya tadi sebab mama tahu Buya sengaja balik awal dan bukan balik minggu depan sebab apa." Datin Marlia pandai membaca fikiran Buyamin.

"Sorry, mama. Buya bukan tak nak beritahu mama."

"Mama faham. Bukan mudah nak mengusir perasaan itu dari diri Buya."

"Papa macam mana?" Buyamin masih mengambil berat terhadap papanya. Walaupun papanya menjadi hak milik orang lain, keutamaan harus diberikan pada papanya. Darah yang mengalir dalam diri Buyamin, darah papanya juga.

"Papa baru aje pulang dari hospital. Dia asyik menanyakan Buya."

"Perempuan tu tak marah ke papa asyik tanya pasal Buya?"

"Buya... Sudah-sudahlah, sayang. Jangan macam ni. Dah berbelas tahun, takkan Buya nak benci dia sampai nyawa Buya tiada di muka bumi ni."

"Ma, selagi dia memenggang status isteri papa, selagi itulah Buya bencikan dia. Kerana dia, papa abaikan mama. Kerana dia jugalah, Buya hampir dibuang oleh papa sendiri dan Buya dihantar ke luar negara demi kepentingan dia yang tak sukakan Buya. Buya takkan maafkan dia, mama." Dendam dan amarah Buyami kepada perempuan bernama Haniah itu sukar dipadamkan. Perempuan perampas itu tidak layak dimaafkan. Harus dihukum!

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now