41

324 22 2
                                    

GARA-GARA tidak pandai memasak, Farah sanggup keluar awal pagi pergi membeli nasi bungkus berdekatan dengan kawasan perumahan. Nasi ayam pedas kegemaran Buyamin dia sediakan dalam pinggan. Farah tidak pasti sama ada Buyamin masih sukakan atau tidak nasi ayam pedas ini.

Farah naik atas menuju ke bilik tidur dia dengan Buyamin. Dia mengejutkan Buyamin yang tengah lena tidur itu.

"Sayang, bangunlah." Farah menggerakkan badan Buyamin.

Buyamin buka mata. Lantas dia bangun bila menyedari jam sudah pukul 8 pagi.

"Allahuakbar! Kenapa you tak kejutkan I solat Subuh?"

"Err, I tak tahu you nak solat tadi." Ujar Farah tergagap-gagap. Dia pun bangun tadi sudah masuk solat Subuh tapi tak solat pun.

"Farah, kita ni orang islam. Wajib solat kecuali uzur." Buyamin mendengus kasar.

"I tahu. Maafkan I. Nanti Zohor, kita solat sama-sama ya?"

Buyamin mengeluh. Kalau Nadia, sebelum masa azan, dia sudah kejutkan Buyamin.

"Yalah."

"You janganlah marah I. I tak sengaja tadi." Farah terkesan juga dengan marah Buyamin yang tidak mengejutkan lelaki itu solat subuh.

"I tak marah pun kat you tapi lepas ni I nak you kejutkan I untuk solat Subuh. I ni kalau tidur, tersasar juga sebab I selalu tidur lewat untuk siapkan kerja. Kalau Nadia, sebelum subuh lagi dia dah kejutkan I. Tolonglah jadi macam Nadia."

Dengar saja nama Nadia yang keluar dari bibir Buyamin, Farah terasa.

"Buya, I dengan Nadia tu orang yang berbeza dan sudah tentu kami berdua tidak mempunyai sikap yang sama. You tak boleh minta I jadi macam Nadia. I nak jadi diri sendiri. I layan you pun I takkan ikut cara Nadia. Kalau you nak sangat I jadi macam Nadia, you pergilah dekat Nadia. Jangan datang sini jumpa I lagi." Farah beremosi.

Kenapa perlu cara Nadia? Bagus sangatkah layanan Nadia pada Buyamin sehingga nak dia jadi seperti Nadia? Tidak. Farah takkan sesekali mengikut apa Nadia buat untuk Buyamin. Dia ada caranya sendiri untuk melayani Buyamin sebagai suaminya. Dia tahu Buyamin sudah lama bersama dengan Nadia tapi itu tak bermakna Buyamin boleh meminta dia layan suaminya macam Nadia.

"I'm sorry, sayang. I tak sengaja kata macam tu." Buyamin usap pipi Farah. Terasa bersalah pada Farah. Dia sudah terbiasa dengan cara Nadia sebab itu dia nak Farah jadi macam Nadia. Tetapi Farah dengan Nadia adalah dua orang yang berbeza. Mustahil Farah jadi macam Nadia. Dia patut tahu itu.

"I tak nak you sebut nama wife pertama you depan I. I ni boleh cemburu macam Nadia tu. You kena ingat you ada dua isteri sekarang. Walaupun you nak utamakan Nadia sebab dia isteri pertama you, itu tak bermakna you tak utamakan juga I sebagai isteri kedua you. I nak you layan I sama macam you layan Nadia tu."

"Okey. I tak akan layan you macam I layan Nadia but please jangan cemburu buta macam Nadia tu, ya? I perit kena layan orang cemburu macam tu. Please ya? Dan jangan cakap cemburu tanda sayang." pinta Buyamin. Farah bukanlah orang yang mudah cemburu. Tapi manalah tahu kalau sikap cemburu Nadia berjangkit pada Farah.

"I nak rumah tangga kita ni harmoni dan aman macam rumah tangga orang lain. I tak naklah babitkan Nadia dalam rumah tangga kita ni. Dia tu orang luar dan tidak patut you sebut nama dia. Jaga perasaan I, Buya."

"Baik. I takkan sebut nama dia dan babitkan dia dalam rumah tangga ni."

"Janji?

"Janji."

Farah senyum.

"I cintakan you, Farah. I tak boleh berpisah walaupun satu saat pun. I harap you faham keadaan kita tidak sama dengan orang lain. I tahu perkahwinan ini kena dirahsiakan demi mengekalkan hubungan ini tapi jujur I katakan, I tak sanggup tengok you terpaksa sembunyikan diri dari orang kerana status kita berdua."

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now