4

905 50 5
                                    

BUYAMIN menerima kehadiran Nadia dan anaknya di rumah agam milik keluarga Buyamin. Kehadiran Nadia sememangnya dinantikan Datin Marlia. Sudah acap kali Datin Marlia meminta Buyamin ajak Nadia ke mari. Buyamin pula sering memberi alasan agar Nadia tidak bertemu dengan Datin namun dia mengalah juga. Dia ajak juga Nadia.

Nadia dihidangkan masakan mewah dari tukang masak tersohor di Malaysia. Sengaja Datin Marlia menghidangkan juadah mewah untuk Nadia. Nadia telah membantunya ketika dia diragut. Dia ingin membalas budi baik Nadia. Naim diserahkan kepada Elisa untuk bermain.

Terpukau Nadia melihat juadah dihidangkan depannya. Bukan tak pernah makan makanan mewah ini tetapi bukankah ini namanya pembaziran? Di meja ini hanya ada tiga orang sahaja. Makanan pula banyak. Elisa pula katanya sudah kenyang.

"Makanlah, Nadia. Aunty sediakan semua ini untuk Nadia. Tanda terima kasih kerana bantu aunty." Ujar Datin Marlia.

"Tak pernah tengok makanan ke?" perli Buyamin.

"Banyak sangat ni, aunty. Penuh perut saya nanti."

"Perut kau kan perut bocor. Makan banyak mana pun, takkan kenyang." Buyamin memerli lagi.

Nadia mencebik. Ada saja Tuan Singa aka Tuan Buyamin ni nak perlinya. Ini bukan perli, ini kutukan.

"Buya, jangan cakap macam tu depan tetamu kita." Datin Marlia menegur. Kadang-kala sikap Buyamin lebih dari sikap kanak-kanak kecil yang baru nak belajar. Cakap main lepas aje.

"Betul apa. Nadia ni kuat makan, mama. Tengok pipi dia. Gemuk."

Ewah, Tuan Buyamin ni.

Nadia senyum saja pada Datin Marlia dan Tuan Buyamin. Hatinya tengah membuak-buak membara ni.

"Aunty, terima kasih sebab sediakan banyak makanan untuk saya. Bolehlah saya menaikkan berat badan saya ni. Saya tak naklah jadi orang kurus macam Tuan Buyamin tu. Nampak tulang bagai tu dah macam tengkorak hidup." Nadia ketawa. Kutuk Tuan Buyamin!

Buyamin terasa. Memang dirinya kurus kering. Tak sado macam Zamri. Tapi itu tak bermakna dia tak makan.

"Dah, dah. Mari kita makan."

Usai makan, Nadia ke ruang tamu bersama Datin Marlia. Buyamin ikut sekali. Buyamin dipaksa sebenarnya. Duduknya satu-satu anak teruna itu di celah tiga orang wanita di ruang tamu. Datin Marlia ketawa melihat keletah comel Naim.

"Pandai Naim ni. Mesti ikut Nadia ni." Puji Datin Marlia.

"Tak adalah, aunty. Naim ni ikut adik saya. Kuat berfikir sampaikan terkena kat Naim. Malam-malam sebelum tidur, Naim akan duduk termenung berfikir something. Entah apa yang difikirkannya. Ragamnya macam orang tua."

Datin Marlia dan Nadia ketawa. Buyamin diam aje. Mata Buyamin tak lepas memandang Naim. Hati lelakinya juga tercuit dengan keletah Naim. Kalaulah dia kahwin awal, mesti dah ramai anak.

"Buya tak nak anak ke?" tanya Datin Marlia. Anak terunanya sudah berusia 32 tahun.

"Mestilah nak" Jawab Buyamin bersungguh-sungguh.

"Kalau nak, kena kahwinlah."

"Jodoh tengah bersembunyilah, mama." Ini yang Buyamin tak suka. Kena kahwin. Hesy. Bukan dia tak nak kahwinlah. Sabarlah dulu.

"Ni jodoh ada depan mata, tak teringin nak menyunting ke?"

Nadia terkejut. Buyamin terkejut juga.

"Mama! Apa ni?" marah Buyamin. Tak naklah dia menyunting janda ni.

"Apa salahnya kalau Buya dan Nadia kahwin? Dua-dua sepadan. Betul tak, Lisa?"

"Betul." Sahut Elisa.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now