12

667 36 1
                                    

           

NADIA menerima kedatangan Buyamin di butiknya. Setelah dua bulan berlalu, ini kali pertama dia bertemu dengan lelaki yang pernah menyukainya itu. Agak kekok bila berdua-duaan dengan Buyamin kerana dua pekerjanya keluar makan tengahari.

"Awak masih sama macam dulu." buyamin memulakan perbualan. Dia dihidangkan secawan air kopi hasil air tangan Nadia. Rasa air kopi itu masih sama dengan dia rasa ketika Nadia masih bekerja dengannya dulu.

"Tuan pun masih sama." balas Nadia.

"Sihat?"

"Alhamdulilah. Tahniah atas pertunangan tuan."

Buyamin pandang Nadia.

"Masih solo lagi?" manalah tahu kut-kut Nadia berubah hati buka pintu hatinya.

"Saya masih belum bersedia menerima mana-mana lelaki dalam hidup saya." itulah jawapan Nadia. Jawapan yang sama didengari Buyamin.

"Bayangan lelaki yang pernah membuatkan awak tutup pintu hati awak terlalu kuat kan? Sehinggakan saya tidak boleh merungkaikan ikatan hati awak yang dah tersimpul mati itu." Buyamin sangat kecewa dengan Nadia bahkan dia juga pernah rasa sakit hati dengan tindakan Nadia yang sesuka hati mengusir dia dari cuba memenangi hati perempuan itu. Atas alasan masa lalu menjadi tiket untuk Nadia menolak cintanya adalah satu tindakan yang sangat memedihkan perasaannya.

"Saya masih sakit, tuan. Dua bulan yang lalu saya dimasukkan hospital sekali lagi. Keadaan saya masih sama. Saya memang tak boleh menyingkirkan dia dari hidup saya tapi semalam saya berjumpa dengan dia."

"Irfan?" Buyamin meneka.

"Yes."

Buyamin membetulkan kedudukannya.

"Dia nak rujuk balik dengan awak?"

Nadia geleng kepala.

"Dia dah bahagia dengan isteri barunya itu. Tapi semalam hati saya yang sakit kerana dia telah hilang dengan serta-merta. Kesakitan yang saya alami juga telah sembuh. Saya dapat kekuatan melawan dia. Saya rasa... diri saya ni bukan lagi Nadia yang lama." Untuk sekian lamanya, Nadia mendapat keamanannya. Dia mempunyai jiwa yang telah bebas dari penjara kesakitan yang Irfan berikan kepadanya.

"Adakah itu bermakna awak juga telah membuka pintu hati awak untuk saya?" Buyamin masih terus mencuba.

"Tuan dah ada tunang." Balas Nadia pendek. Dan saya telah buka pintu hati untuk tuan.

"Saya boleh putuskan pertunangan itu, Nadia."

"Jangan tuan. Jangan sakitkan hati dia." Bantah Nadia. Dah kenapa nak putuskan pertunangan dengan senang-wenangnya? Ingat orang tak kisah kalau Tuan Buyamin putuskannya? Ini melibatkan soal hati dan perasaan orang, wahai Tuan Buyamin.

"Tapi saya tak cintakan dia. Saya dipaksa, Nadia." Dipaksa agar harta yang dipertahankan tidak jatuh pada tangan yang salah. Tapi akhirnya dia yang menjadi mangsa keaadaan.

"Cuba memaksa diri tuan mencintai dia. Saya yakin tuan akan temui kebahagiaan."

Buyamin mengeluh. Dia kemudian mengukir senyuman.

"Memang susahkan untuk cuba mencuri hati awak?"

"Saya tidak mampu untuk menerima tuan."

"Baiklah, Nadia. Tapi saya akan tetap cuba mendapatkan awak."

Buyamin masih mencuba dan takkan berhenti dengan begitu sahaja. Walaupun dia sudah bertunang, Nadia yang berada di hati dia.

#

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now