46

406 25 4
                                    

HAZRIL datang ke butik Nadia bersama Puan Sri Rubiah. Puan Sri Rubiah yang baru pulih dari penyakitnya mahu Hazril membawanya ke butik yang menjadi pilihannya sejak dari dulu lagi. Hazril ikutkan saja permintaan ibu saudaranya itu kerana dia boleh berjumpa dengan Nadia juga.

Hazril sudah memberitahu Puan Sri Rubiah tentang Nadia yang merupakan bekas isteri arwah Irfan dan bekas madu kepada Zarina. Pada awalnya, wanita itu terkejut besar dan tidak menyangka Nadia itu bekas isteri Irfan. Setelah Hazril jelaskan semuanya, barulah Puan Sri Rubiah dapat terima semuanya. Yalah. Nadia itu bekas madu Zarina, anak perempuan tunggal Puan Sri Rubiah. Zarina juga punca hidup Nadia kucar-kacir dulu.

"Puan Sri?" tegur Nadia pada Puan Sri Rubiah. Puan Sri Rubiah pernah menjadi pelanggan tetapnya ketika butiknya mula-mula dibuka. Namun Puan Sri Rubiah jarang ke butiknya berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

"Nadia, rindunya saya pada awak." Puan Sri Rubiah memeluk Nadia. Kemudian pelukannya dileraikan.

"Saya pun rindukan Puan Sri. Kenapa lama tak datang sini? Puan Sri dah tak sayangkan butik saya lagi ke?" tanya Nadia dengan nada merajuknya.

"Eh, saya masih sayangkan butik awak ni tau, Nadia. Bukan saya tak nak datang, saya sakit, Nadia. Kena penyakit keturunan, penyakit asma ni hah."

"Lah, patutlah tak lama tak datang. Puan Sri ni tak beritahu saya pun. Kan ada nombor telefon saya."

"Bukan tak nak beritahu, lupa nak beritahu."

Nadia senyum.

"Sekarang Puan Sri macam mana? Dah okey?"

"Alhamdulilah, dah okey. Tapi penyakit tu tetap ada juga, Nadia. Semakin tua, semakin kuat sakitnya."

"Puan Sri jangan banyak bergerak. Duduk berehat kat rumah tau."

"Yalah, sayang."

Hazril berdehem menarik perhatian Nadia yang tidak perasan dia berada di sebelah Puan Sri Rubiah.

"Eh, Ril. Bila sampai?" tanya Nadia. Tak perasan pula Hazril ada.

"Dari tadi saya ada kat sini, Nadia."

Nadia kerut dahi.

"Yeke? Tak perasan pula. Sorry."

"Awak dimaafkan."

"Ril dan Nadia berbuallah dulu. Saya nak cari baju." Celah Puan Sri Rubiah.

"Silakan, Puan Sri. Dekat hujung sana ada baju baru yang baru sahaja sampai tadi."

"Okey." Puan Sri Rubiah meninggalkan Nadia dan Hazril. Dia ke hujung butik melihat baju.

"Awak sihat?" tanya Hazril. Rasa janggal pula berdua-duaan dengan Nadia sedangkan sudah acap kali mereka berdua dalam situasi begini.

"Alhamdulilah, sihat."

"Datin Marlia macam mana? Saya dengar Datin masuk wad."

"Alhamdulilah, Datin dah semakin elok. Cuma dia perlukan rehat yang mencukupi aje."

Hazril senyum sinis tetapi dia rasa bersalah terhadap Datin Marlia kerana dia, Datin Marlia terkena serangan jantung. Dia tidak menjangkakan kejadian seperti itu. Dia hanya berniat mahu memberitahu Datin Marlia tentang Buyamin dan Farah sahaja supaya Datin Marlia dapat menjaga hati dan perasaan Nadia. Namun, lain yang jadinya.

"Baguslah. Awak free tengahari ni?"

"Free kut. Kenapa?"

"Kita lunch berdua. Dah lama tak keluar bersama. Kali terakhir kita keluar masa kat hospital dulu." Ajak isteri orang ini membuatkan Hazril takut sebenarnya. Takut Nadia fikir bukan-bukan pada dirinya tetapi lebih baik Hazril mengajak Nadia kerana Buyamin tak menghargai Nadia. Dia yang menghargai Nadia walaupun Nadia tak mungkin menjadi miliknya.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now