57

872 23 1
                                    

"ADA sesuatu mama nak beritahu Buya. Sementara masa masih ada ini, Buya kena tahu sesuatu." Riak wajah Datin Marlia nampak cemas. Bagaimana dia tidak cemas, Tan Sri Ghani diculik dan di bawa masuk ke semenanjung Malaysia tanpa pengetahuannya. Pagi tadi dia dapat panggilan daripada pekerja yang menjaga ayah mentuanya itu. Entah bagaimana penculik itu boleh menculik ayah mentuanya dari jauh sampai ke sini.

"Buya kena tahu pasal apa?" tanya Buyamin. Ketika ini mereka berada di wad Faris. Faris masih sama keadaannya.

"Buya ingat lagi tak Tok Ghani?"

"Tok Ghani? Ingat."

"Tok Ghani masih hidup."

"Eh, bukan ke Tok Ghani dah meninggal?"

"Tak. Dia masih hidup. Nenek memalsukan kematian Tok Ghani."

Jatuh rahang Buyamin.

"Kenapa nenek nak palsukan kematian tok?"

Datin Marlia menceritakan semuanya. Tiada rahsia yang tersembunyi termasuklah Helena.

"Helena sebenarnya anak Tan Sri Yunus? Tapi dia fikir dia anak Tok Ghani? Aduh, ma. Pening kepala Buya, ma." sungguh dia amat pening dengan masalah ini. Sekali ia terjadi kepada keluarganya. Kali ini melibatkan mamanya.

"Buya kena selamatkan Tok Ghani. Helena dah culik Tok Ghani." Desak Datin Marlia. Dia memikirkan keadaan Tan Sri Ghani yang lemah itu.

"Kita call pihak polis."

"Saya tahu dimana keberadaan orang yang Datin dan Tuan sebutkan itu." Helena tiba-tiba muncul. Dari tadi dia memasang telinga mendengar perbualan antara Buyamin dengan Datin Marlia.

Kedua-dua mereka terkejut dengan kemunculan Helena.

"Helena! Kau nak balas dendam terhadap kami kan?" soal Buyamin.

"Tak... bukan saya yang dimaksudkan oleh kamu berdua. Saya bukan anak Tan Sri Ghani atau sebenarnya anak Tan Sri Yunus." Satu berita mengejutkan Helena. Zamri dan Amri anak Tan Sri Yunus rupanya.

"Apa kamu cakap ni, Helena? Muka kamu mirip dengan Azizah dan nama emak kamu pun nama Azizah. Mustahil kamu bukan anak Yunus." Ujar Datin Marlia. Tidak faham dengan situasi yang dicetuskan oleh Helena.

"Muka saya ni... bukan muka asal saya. Ini muka yang telah orang tu ubah supaya jadi seperti emak mereka atau perempuan yang telah mengandungkan anak Tan Sri Yunus." Muka inilah yang memberikan dia peluang kedua untuk hidup semula. Asalnya dia mahu menggunakan muka ini untuk membalas dendam terhadap Buyamin tetapi dia merasakan itu adalah sia-sia sahaja. Apa yang dirancang oleh kembar itu, Helena tidak mahu ikut lagi. Dia tidak mahu mengotorkan lagi tangannya. Dia ingin hidup bebas tanpa kesalahan berat lagi.

"Aku tak faham, Helena."

"Saya Zahra. Sepupu Buyamin dan anak saudara mak long." Akhirnya Zahra mendedahkan diri sebenarnya kepada keluarganya sendiri. Sudah bertahun dia merahsiakannya kerana si kembar yang mempunyai adengan penting.

"Zahra? Tak mungkin kau Zahra. Muka kau ni lain." Buyamin tak percaya hatta Datin Marlia turut tak percaya.

"Saya pernah berpakat dengan Haniah dan Syukri culik Nadia dan buat Buyamin datang untuk selamatkan Buyamin. Percayalah yang saya ni Zahra. Wajah ini bukan wajah sebenar saya. Wajah ini wajah Azizah. Mereka menukar wajah saya kerana nak balas dendam pada kamu sekeluarga." Jelas Zahra.

"Siapa mereka?" soal Buyamin.

"Zamri. Dia merancang semua ni. Dia lah anak kandung kepada Tan Sri Yunus. Dia ada kembar bernama Amri."

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now