6 (EDIT)

776 35 0
                                    

"TAK sudi keluar makan malam dengan saya?" Buyamin cuba sedaya upaya untuk menjadi lelaki sejati mengajak Nadia makan malam bersama. Dia tidak pernah ajak perempuan keluar memandangkan dirinya bukan kaki keluar. Jika nak keluar pun, dengan Zamri dan kawan lelakinya saja.

Terkedu Nadia bila Buyamin tiba-tiba datang ke rumahnya hanya semata-mata mahu mengajaknya keluar. Nasib baik mereka berdua dipisahkan dengan pintu pagar yang tertutup ini. Almaklumlah, kat kawasan kejiranan ini juga ada persatuan mak cik bawang juga.

"Err, bukan itu. Tapi saya segan."

"Nak segan apanya? Bukan tak pernah makan bersama saya kan?"

"Alah, itu dengan Datin tapi ini dengan tuan. Segan saya tu lain macam sikit. Saya tak biasa." Bukan tak pernah makan malam dengan lelaki. Pernah aje tapi lain macam aje cara ajakan Tuan Buyamin ni.

Buyamin tarik nafas dan hembuskannya dengan perlahan. Susah juga nak ajak Nadia pergi makan malam. Apa Nadia ingat ajakan dia ini mahu bawa Datin Marlia sekali ke? Tak naklah ajak mama. Tak ada privasi. Dia ingin berdua-duaan dengan Nadia. Ingin mengenali Nadia dengan lebih dekat. Dia tahu tentang diri Nadia melalui orang yang rapat dengan Nadia tetapi dia ingin mengetahui tentang Nadia melalui Nadia sendiri. Biar Nadia menceritakan bagaimanakah Nadia yang sebenarnya.

Buyamin betul-betul dah jatuh cinta pada Nadia. Cinta itu sangat express. Datang tak memberikan mukadimah. Dia juga pelik dan hairan. Kenapa begitu cepat dia jatuh hati pada Nadia? Puncanya apa? Sebab itulah dia ingin mengenali Nadia. Nadia telah mencuri hatinya.

"Pukul lapan malam saya ambil awak. Awak bersiap-sedialah."

"Tapi tuan," haih kenapa pula nak bermakan malam dengan Tuan Buyamin ni. Segan betul.

"Tak ada tapi-tapi. Saya dah tempah tempat khas untuk kita berdua. Malam ni jam lapan malam. Okey?"

Malam yang dijanjikan, Buyamin sampai tepat jam lapan malam. Nadia keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam kereta Buyamin. Nadia mengenakan busana ringkas. Cukup dengan memakai baju kurung moden dan bertudung litup. Naim diserahkan kepada Puan Salma untuk dijaga sekejap.

Untuk seketika... Buyamin terpegun melihat kecantikan Nadia. Jantungnya hampir berhenti berdegup. Nafasnya juga dicuri untuk memberi peluang kepada mata Buyamin menatap kecantikan ciptaan Tuhan ini.

"Tuan," lembut suara Nadia memanggil. Buyamin tersedar dari lamunan. Sungguh jauh dia mengelamun akan Nadia. Nasib baik tak sampai ke rumah Buyamin lamunan itu.

"Ops, sorry. Kita pergi sekarang."

Sampai di restoran mewah, Buyamin membawa Nadia ke meja yang terletak hujung restoran. Sengaja Buyamin memilih sudut yang berhadapan dengan kolam di tengah restoran itu. Malah Buyamin dan Nadia juga boleh melihat jutaan bintang di langit pada malam ini. Makanan dan minuman yang dipesan oleh Buyamin juga telah tersedia di atas meja bersama lilinnya sekali.

Dahi Nadia berkerut melihat semua ini di depan matanya. Apa yang Tuan Buyamin buat ini sangat aneh baginya. Sudah demankah Tuan Buyamin ini? Dia menyangka dia hanya pergi makan malam di tempat biasa dengan suasana biasa aje tetapi ini dah terlebih biasa. Macam makan malam antara pasangan kekasih pula.

Apakah ini, Tuan Buyamin?

Nadia tidak faham.

"Awak suka tak?"

"Suka apa?"

"Persiapan yang saya buat untuk awak, Nadia. Semuanya untuk awak. Malam ni saya harap lebih indah dari malam yang sebelum ini kerana malam ini sangat istimewa sebab saya ajak wanita yang saya suka. Nadia, saya sukakan awak. Saya nak jadikan awak sebagai suri hati saya." Ucap Buyamin tanpa kiasan. Terus-terang.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now