42

336 20 3
                                    

"MIL, tak apa ke abang datang rumah Mil ni?" tanya Hazril. Rasa tak selesa walaupun Nadia tiada. Kini dah masuk empat kali Hazril datang sini. Dua kali bertembung dengan Nadia sendiri dan dua kali Nadia tiada. Hazril berharap Nadia datang hari ini.

Dia tersengih lebar ketika dalam perjalanan ke rumah Kamil kerana dia mungkin dapat berjumpa dengan Nadia jika Nadia ada. Yalah. Mahu berjumpa dengan cinta hatinya. Walaupun tidak dapat memiliki Nadia, dia ingin mencintai Nadia dalam diam saja. Sebab itu dia terus bersetuju bila Kamil ingin menyiapkan projek di rumahnya kerana projek ini juga projek rahsia di mana banyak syarikat ini mengambil projek ini dari Teguh Holding. Projek ini adalah proposal bangunan terbesar di Sweden. Jika syarikat dari Sweden suka, maka Teguh Holding layak berada di sebelah Rahman Holdings selaku sebuah syarikat hebat.

Selain dari projek itu, Hazril dan Kamil sedang membuat projek khas yang membincangkan tentang nasib wanita yang sedang dicurangi oleh seorang lelaki bergelar suami. Hazril terpaksa memberitahu Kamil akan hal itu. Pada mulanya, Kamil tidak percaya dan menuduh Hazril hendak merosakkan rumah tangga orang tetapi Hazril membawa Kamil mengekori lelaki itu sehingga Hazril terpaksa bawa Kamil ke pejabat agama untuk mengesahkan bahawa tuduhan itu adalah benar.

Dia tidak berniat mahu merosakkan rumah tangga orang, tetapi sampai bila wanita itu harus ditipu? Kenapa lelaki itu tidak berterus-terang saja? Adakah sebab lelaki itu terlalu menyayangi wanita itu? Tidak. Jika sayang, dia takkan menduakan!

Hazril nekad.

Dia sendiri yang akan membongkarkannya. Jika rosak rumah tangga orang itu, wanita itu tidak lagi berada dalam penipuan yang dicipta.

"Tak apa, bang. Saya yang jemput abang." Hendak pelik apa jemput Hazril datang sini? Mereka bukan buat bisnes dadah pun.

"Yalah. Nanti apa orang kata pula abang datang sini. Dua hari lepas abang dah datang sini, ni hari ni abang datang pula."

"Abang, kita ni bukan pasangan gay tau orang nak bergosip. Abang datang sini sebab kita berdua ni ada projek bersama." Kamil bekerja di bawah Hazril sebagai arkitek baru Teguh Holding. Kamil dan Hazril sedang menyiapkan projek kecil yang baru diterima dari sebuah syarikat dari luar negara.

"Kau jangan sebut kuat-kuat perkataan projek tu. Kan orang betul-betul ingat kita ni pasangan gay."

Kamil gelak.

Puan Salma muncul dari dapur membawa dulang berisi dua cawan berisi air kopi bersama kuih-muih yang dibuat oleh Puan Salma. Puan Salma letak di atas meja.

"Jemput minum, Ril." Pelawa Puan Salma.

"Makanlah, bang."

"Terima kasih, auntie."

"Sama-sama. Auntie naik atas dulu ya." Puan Salma naik atas meninggalkan dua teruna itu.

Tak lama kemudian, Buyamin dan Nadia sampai membuatkan Hazril tersenyum lebar melihat Nadia yang muncul di muka pintu itu. Dia cepat-cepat menyembunyikan senyumannya itu.

"Ril, kau ada sini?" tegur Buyamin.

"Aku tolong Kamil buat projek."

"Projek? Kau berdua gay ke?" usik Buyamin membuatkan Hazril dan Kamil hampir naik angin.

"Astaghfirullahalazim." Hazril beristighfar panjang.

Buyamin gelak berdekah.

"Abang ni, tak baik tau kata orang macam tu." Nadia geleng kepala saja.

Hazril memberi isyarat mata menyuruh Kamil menyimpan projek itu. Buyamin sekarang pesaing mereka berdua.

"Aku balik dulu ya." Hazril bangun. Rasa tak selesa.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now