19

485 29 0
                                    

MASUK waktu makan tengahari, Nadia pergi ke BYM Holding membawa nasi lemak yang diminta oleh Buyamin. Nasi lemak itu dia letak dalam tiga tupperware sederhana besar di dalam beg plastik. Turut dibawanya beberapa pinggan plastik dan sudu serta garpu. Kata suaminya, dia belum puas merasai nasi lemak hasil air tangan Nadia. Kebetulan Nadia tidak pergi ke butik dan menyerahkan segala urusan kerja kepada pekerjanya, Nadia membuat nasi lemak dengan penuh rasa kasih sayang khas untuk suaminya.

Ketika Nadia menunggu pintu lif terbuka, muncul Hazril. Hazril mempunyai urusan kerja dengan BYM Holding.

Hazril tersenyum lebar kerana terjumpa dengan si pencuri hatinya suatu ketika dahulu namun pencuri hatinya itu telah dicuri oleh seseorang. Luluh hatinya bila dia tidak sempat hendak memikat si pencuri hatinya itu. Hazril mendekati Nadia. Ingin bertegur sapa dengan Nadia.

"Err, Cik Nadia kan?" Hazril menegur. Sudah agak lama dia tidak berjumpa dengan Nadia. Kali terakhir dia berjumpa dengan Nadia kira-kira lima bulan yang lalu. Hazril dengar khabar angin mengatakan Nadia sudah berkahwin. Maka, peluang dia memikat Nadia telah terkubur begitu sahaja.

"Haah. Encik ni siapa?" tanya Nadia. Dia seperti mengenali wajah lelaki ini tetapi di mana ya

Hazril senyum.

"Saya Hazril. Saya pernah datang ke butik Cik Nadia tapi dah lama saya perginya. Cik pun dah lupa."

"Oh, hm... Maafkan saya, encik. Saya tak ingat."

"Tak apa. Cik datang sini ada apa-apa urusan ke?"

"Saya datang nak berikan bekal untuk suami saya."

Hati Hazril disentak. Terasa hatinya dihiris dengan pisau yang amat tajam sekali. Hazril beriak tenang. Tidak mahu mempamerkan wajah kecewanya itu.

"Suami cik nama apa? Kut-kut saya kenal dia."

"Namanya Buyamin."

"Ohh." Buyamin? Hm... itukan CEO Rahman Holding dan pemilik BYM Holding yang akan bekerjasama dengan dia nanti untuk projek di Sarawak. Ternyata dunia ini kecil sekali. Pergi sana sini, terjumpa orang yang mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Pintu lif terbuka.

"Saya pun nak jumpa dengan Encik Buyamin. Kami berdua ada projek bersama."

Nadia dan Hazril masuk ke dalam lif.

Sampai di tingkat yang menempatkan bilik Buyamin, kedua-dua mereka melangkah keluar dari lif.

"Encik Hazril masuklah dulu. Saya masuk kemudian. Lagipun encik dengan suami saya ada urusan kan." Nadia memberi laluan kepada Hazril. Mungkin Hazril dengan Buyamin ada urusan yang sangat penting untuk dibincangkan. Jadi dia menyuruh Hazril berjumpa dahulu dengan Buyamin.

"Baiklah, cik. Saya akan beritahu yang cik ada di luar sana. Saya janji saya takkan berada dalam itu." ujar Hazril. Hazril menenangkan gelodak jiwanya. Bersabarlah, Hazril. Jangan cemburu. Itulah kebahagian dia bersama suaminya. Hazril masuk ke dalam bilik Buyamin.

Nadia mencari kelibat Saleha, kawannya. Sudah berbulan-bulan Saleha tidak menghubunginya. Malah ketika dia berkahwin dahulu, Saleha tidak datang. Melihat Saleha sedang membuat salinan di mesin fotostaf, Nadia mendekati Saleha.

"Leha!" sergah Nadia membuatkan Saleha terkejut.

"Nadia!" jerit Saleha lalu memeluk erat kawannya itu. Pelukan dileraikan.

"Leha, kau pergi mana? Aku call kau, kau tak angkat. Aku kahwin pun, kau tak datang. Kau ada masalah ke?" soal Nadia. Risau jika kawannya itu ada masalah yang tidak diceritakan kepadanya. Yalah. Di BYM Holding dulu, Saleha lah yang sudi berkawan dengannya taktala semua staf menjauhkan diri darinya yang dianggap perampas suami orang itu.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now