21

523 34 4
                                    

HARI ini Nadia dan Buyamin tidak pergi kerja. Buyamin mengambil cuti selama tiga hari. Dia menyerahkan kerjanya di BYM Holding kepada Zamri. Manakala kerja di Rahman Holding,Datuk Rahman menguruskannya memandangkan Datuk Rahman tidak mahu terus duduk di rumah tanpa membuat kerja. Buyamin ingin menemani Nadia yang terkena morning sickness kerana mengandung.

Tekak Nadia dari pagi tadi sehingga tengahari ini terasa mual-mual. Dia memuntahkan segala isi yang ada. Bila makan, dia muntah balik dan akhirnya dia membiarkan perutnya kosong begitu sahaja kerana tidak boleh makan. Setengah hari Nadia berada di dalam bilik air untuk muntah. Buyamin membeli ubat tahan muntah dan pening untuk Nadia.

Kandungan Nadia kini sudah masuk tiga bulan. Nadia tidak lagi selalu pergi ke butik. Dia hanya pergi ke butik bila diperlukan sahaja. Keadaan dia membataskan pergerakannya lagi-lagi bila terkena morning sickness yang amat teruk. Nadia juga telah menerima berita gembira daripada Natrah. Natrah juga disahkan mengandung kali kedua. Ini bermakna tahun ini Puan Salma akan menerima dua cucu sekaligus.

"Sayang, awak masih muntah lagi ke?" Buyamin bersuara dari luar bilik air.

Nadia keluar dari bilik air. Mukanya pucat dan tubuhnya lemah.

"Dah okey sikit."

Buyamin memapah Nadia ke katil. Nadia berbaring. Dia mengambil bubur ayam yang dia masak di atas meja dan membawanya kepada Nadia.

"Nah, abang buat bubur ayam."

"Abang masak ke?"

"Mestilah abang yang masak. Abang tak guna resipi google tau. Abang minta Mama Salma ajarkan. Kita orang buat video call lagi hah. Nah, makanlah. Buat hilang rasa mual. Abang tambahkan garam dalam bubur tu sebab awakkan muntah dan tekak rasa tawar."

Nadia bangun dan menyandar.

"Abang tolong suapkan." Pinta Nadia. Masa tengah mengandung inilah dia boleh bermanja dengan suaminya.

"Alahai, isteri abang ni." Buyamin menyuapkan bubur ayam ke dalam mulut Nadia.

"Masinnya."

"Masin sikit aje. Janji awak tak rasa mual dan nak muntah."

"Abang rasa anak kita ni lelaki ke perempuan?" Nadia mengusap perutnya. Tinggal beberapa bulan saja lagi anak ini akan dilahirkan.

"Hm, abang rasa perempuan." teka Buyamin.

"Tapi perut saya nampak besar sikit ni. Maybe anak lelaki kut." Sama sewaktu dia mengandungkan Naim. Perutnya besar ketika kandungan berusia tiga bulan.

"Ke awak mengandung kembar?"

"Eh, takkanlah. Keturunan saya tak ada kembar. Abang pun tak ada kembar kan?"

"Manalah tahu kut-kut kita dapat kembar. Bermula keturunan kembar sehingga cucu-cicit ke."

Nadia senyum.

"Yang penting anak kita sihat kan, abang?"

"Haah. Itu yang penting. Nah, habiskan bubur ni. Tak baik membazir."

Nadia menghabiskan bubur ayam itu.

"Abang, saya nak makan sate lah. Abang boleh carikan tak?" Nadia mula mengidam.

"Nasib baik awak nak makan sate, kalau awak minta benda yang susah nak dicari? Macam mana? Kena naik flight keliling dunia cari yang awak minta tu." Perempuan mengandung akan mengidam yang bukan-bukan. Buyamin kena stand-by jika Nadia meminta benda pelik yang tiada di Selangor ini. Jika benda yang Nadia berada di sekitar semenanjung Malaysia, dia boleh berusaha pergi. Tapi jika berada di Sabah dan Sarawak? Naya dia nak pergi sana. Ambil masa juga itu.

"Alhamdulilah, abang. Hari ni saya minta sate aje. Esok dan lusa, saya tak jamin akan minta apa." Nadia gelak.

"Tak apalah. Demi awak dan baby kita dalam ni, abang usahakan."

"Ini sayang gila kat suami saya ni."

"Okey. Sate tu, abang cari petang sikit eh. Masa ni rasanya belum ada lagi."

"Janji saya dapat makan sate."

"Iya."

"Terima kasih, abang."

"Abang nak turun bawah kejap."

Buyamin bangun dan turun ke bawah. Dia membasuh mangkuk yang berisi bubur tadi.

Loceng rumah berbunyi. Buyamin keluar dari dapur dan membuka pintu.

"Zahra?" terkejut Buyamin bila melihat Zahra datang ke rumahnya. Selama ini tak pernah Zahra datang. Zahra masuk ke dalam rumah Buyamin tanpa dijemput.

"Hai, abang." Zahra memeluk Buyamin dan mencium pipi bekas tunangnya itu. Tindakan spontan Zahra itu menyebabkan tubuhnya ditolak kasar oleh Buyamin.

"Apa kau buat ni, Zahra? Kalau Nadia nampak macam mana?" marah Buyamin. Dia mengesat kesan lipstik Zahra yang mungkin berbekas di pipinya. Nasib baik Nadia berada di bilik atas. Kalau Nadia nampak apa yang Zahra buat tadi, mengamuk besar isterinya itu.

"Apa salahnya kalau Zahra peluk dan cium sepupu Zahra sendiri? Tak berdosa kan?" ujar Zahra acuh tak acuh.

"Tak berdosa kau kata? Berdosalah sebab kita sepupu, bukan mahram!" Buyamin naik angin.

"Itulah, abang. Abang pilih Nadia jadi isteri abang. Zahra ni, abang tolak ke tepi. Nak cium abang pun dah berdosa. Cuba abang kahwin dengan Zahra, yang berdosa tu jadi halal." Zahra mahu mengusap pipi Buyamin. Tetapi tangannya ditepis kasar oleh Buyamin. Ini baru permulaan rancangannya. Dia tahu Nadia berada di atas. Sengaja dia buat macam itu untuk menarik perhatian Nadia. Manalah tahu kalau Nadia turun dan ternampak apa dia buat pada Buyamin.

Boleh merosakkan rumah tangga mereka berdua.

Zahra senyum sinis.

"Kau jangan nak buat gila dalam rumah aku ni, Zahra. Baik kau keluar dari rumah aku sebelum aku halau kau macam anjing." Kasar bicara Buyamin tetapi sudah tidak boleh menahan dengan sikap Zahra ini. Sikap Zahra semakin menjadi-jadi selepas mereka putus tunang. Nasib baik Zahra tidak tunjuk sikap di syarikat.

Zahra mendengus kasar. Beg plastik yang dikirimkan oleh Datin Marlia dihulurkan kepada Buyamin.

"Nah, ini ubat yang mak long bagi. Katanya Nadia yang minta."

Buyamin mengambil beg plastik itu. Dia mengambil dua botol ubat berwarna putih.

"Ubat apa ni?"

"Tak tahu."

"Betul mama yang beri atau kau yang saja-saja bagi ubat ni untuk merosakkan kesihatan isteri aku?" Buyamin mula mengesan niat jahat Zahra.

"Apa pula Zahra nak buat Nadia macam tu? Betullah ini ubat yang mak long suruh Zahra bagi kat abang. Kalau tak percaya, abang call mak long."

"Kau tunggu."

Buyamin mengeluarkan telefon. Dia mendail nombor Datin Marlia dan panggilan bersambung.

"Assalamualaikum, ma. Zahra kata mama berikan ubat untuk Nadia, betul ke?" Buyamin terus menanya.

"Waalaikumussalam. Haah. Ubat tu Nadia suruh mama carikan. Ubat untuk kesihatan dalaman ibu mengandung. Ada dua botol dalam tu. Buya jangan risau. Ubat tu tak bahaya. Mama beli kat farmasi." Ujar Datin Marlia.

"Baiklah, mama. Maaf ganggu, mama. Assalamualaikum." Buyamin mematikan panggilan.

Dia bukan tidak percayakan Zahra tetapi disebabkan perangai Zahra yang pelik ini, Buyamin kena berhati-hati. Dia tidak mahu jatuh ke dalam perangkap Zahra.

"Kau balik sekarang." arah Buyamin.

Zahra ikut arahan Buyamin. Dia keluar dari rumah Buyamin. Walaupun tidak dapat menggoda Buyamin dengan gaya gediknya tadi, dia tersenyum puas kerana ubat yang diberikan kepada Buyamin itu bukan ubat yang diberikan oleh Datin Marlia. Dia sudah menukar ubat itu sebelum datang ke sini. Kebetulan memang hebat. Tak lama lagi, anak yang dikandungkan Nadia itu akan mati. Dan tiada sesiapa yang boleh disyaki sebagai pembunuh anak Buyamin.

Sepatutnya dia yang mengandungkan anak Buyamin, bukan Nadia Si Perampas itu!

Tunggulah kau, Nadia. Hidup kau takkan aman sebab kau perampas kebahagiaan aku!

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now