36

346 16 2
                                    

BUYAMIN melawati Rahman Holding kali kedua dalam minggu ini. Selepas ini dia akan duduk di meja pengerusi setiap hari selepas proses penggabungan BYM Holding dengan Rahman Holding selesa. Kaki Buyamin melangkah ke bilik ketua arkitek, Farah Yasir. Tanpa dia mengetuk pintu, dia membuka pintu dan meluru masuk membuatkan Farah terkejut.

"Surprise!" Buyamin memberikan kejutan.

Buyamin tidak merancang mahu berjumpa dengan Farah hari ini tetapi tidak elok jika dia tidak bertemu dengan sahabat lamanya itu. Lagipun Farah sudah memulakan kerja di Rahman Holding dan berada di bawah seliaannya.

"Buya!" terus Farah bangun menerpa ke arah Buyamin. Dia memeluk tubuh lelaki itu. Tergaman Buyamin bila dipeluk oleh Farah. Dulu dia tanpa segan-silu memeluk Farah tetapi kini dia dah berubah. Bukan kerana dia sudah mempunyai isteri tetapi peluk orang bukan mahram kita ni haram!

Farah pula sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan sahabatnya itu. Sudah dua tahun berpisah tanpa berita, siapa tidak rindu? Farah bernasib baik dapat kerja di Malaysia bertempat di Rahman Holding setelah berhenti kerja di Dubai dua bulan yang lalu.

Buyamin meleraikan pelukan kemas Farah itu.

"Janganlah peluk I kat sini. Ini bukan Perth, ini Malaysia." Tegur Buyamin.

Berkerut dahi Farah.

"You dah jadi alim ke, Buya sejak balik Malaysia ni?" Ini bukan perkara luar biasa sebenarnya. Buyamin amat berhati-hati dengan 'pelukan' ini.

"No, but I dengan you bukan mahram. I tak nak kita tanggung dosa. Harap you faham."

"Okey. Sorry. I dah terbiasa."

"Nevermind but jangan buat macam tu lagi tau."

"Okey. Jemput duduk." Pelawa Farah.

Buyamin dan Farah duduk di sofa dalam ofis Farah. Bilik ketua arkitek itu sangat luas tetapi tidak seluas bilik pengerusi. Cukup menjadikan ofis ini sebagai tempat mesyuarat dengan arkitek lain sekiranya mempunyai projek.

"You sihat?" tanya Buyamin pada Farah. Sudah dua tahun berlalu. Perempuan di depannya ini tidak banyak berubah.

"Alhamdulilah, sihat. You? I dengar you dah berkahwin." Sakit hati menghuni rasa. Dia mengetahui berita itu melalui Datin Marlia ketika melaporkan diri di Rahman Holding dulu. Buyamin tidak memberitahu dia yang lelaki itu sudah berkahwin.

"You dah tahu?"

"Sampai hati you tak beritahu I pasal ni?"

"I bukan tak nak beritahu you tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya you tak sakit hati kan?" Buyamin ketawa.

Farah pura-pura senyum tetapi dia sakit hati. Lelaki itu sudah menjadi hak milik orang lain iaitu Nadia. Dia akan susah mendapatkan Buyamin jika Nadia ada.

"Dah ada anak?"

"Belum ada rezeki lagi." sebut pasal anak, Buyamin sampai sekarang tidak memberitahu Nadia tentang permasalahan yang berlaku pada isterinya itu. Dia tidak tegar membuatkan hati isterinya itu menangis.

"Wife you tu... nama Nadia kan? I ada jumpa dia kat klinik masa I balik hari itu."

"Jadi youlah yang kata you bekas kekasih I?"

Farah ketawa. Lucu bila terbayangkan wajah Nadia yang kaget itu.

"Yes. Why? Dia mengadu kat you ke?"

"Bukan setakat mengadu, dia soal siasat macam I ni pesalah."

"Sorry. Tak tahu pula dia akan soal siasat you." Sisa ketawa Farah masih ada. Sampai ke tahap itu Nadia punya cemburu. Memang mudah benar kalau dia nak masuk jarum ni.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now