54

610 24 5
                                    

ZAMRI meletakkan gambar emaknya ke dalam laci meja apabila Helena masuk ke dalam bilik tidurnya. Zamri tumpang tidur di rumah Helena walaupun Helena menegah Zamri datang ke sini.

"Wow, kau datang nak serahkan diri kau kat aku ke?" Zamri senyum senget melihat Helena yang memakai baju tidur bercorak panda. Helena nampak comel.

"Gilalah kau ni, Zam."

Zamri melebarkan lagi senyumannya. Dia suka senyum. Sama macam Buyamin. Kedua-dua mereka terkenal dengan senyuman manis yang mampu mencairkan ramai gadis. Sebab itulah arwah Suhaila tertarik padanya. Sebut pasal arwah Suhaila. Isterinya itu meninggal dunia kerana kanser rahim. Suhaila meninggalkan seorang anak perempuan berusia 3 tahun bernama Qaisara. Qaisara baru berusia setahun ketika Suhaila pergi. Anak itu diserahkan kepada keluarga mentuanya untuk dijaga. Zamri tidak mampu menjaga Qaisara kerana dia bukanlah ayah yang terbaik untuk Qaisara. Dia tidak mahu Qaisara tahu yang ayahnya bakal menjadi pembunuh.

"Apa hal kau datang bilik aku malam-malam ni? Kan Amri tahu, mengamuk dia pula." Amri, adik kembarnya terlalu taksub dengan Helena. Helena memiliki wajah emak mereka. Amri amat rapat dengan arwah emak mereka sehinggakan ketika Azizah meninggal dunia, Amri tidur di tanah perkuburan menangis di situ.

"Aku nak tahu something."

"Pasal apa?"

"Pasal emak kau."

"Kau tak perlu tahu, Helena."

"Tak boleh. Aku kena tahu. Datin Marlia tu selalu tanya aku pasal mak kau. Aku tak tahu nak jawab apa lagi."

"Kau beritahu ajelah apa dia nak tahu."

"Masalahnya aku tak tahu tentang emak kau."

Zamri bangun. Dia mengheret Helena turun ke ruang tamu. Mereka berdua duduk di sofa.

"Betul kau nak tahu?"

"Haah."

"Baiklah tapi kau kena rahsiakan hal ni sebab inilah punca kenapa aku dan Amri nak balas dendam terhadap keluarga Buyamin." Zamri rasa sudah tiba masanya Helena tahu. Tidaklah Helena terpinga-pinga nak jawab soalan Datin Marlia dan punca utama rancangan ini dijalankan.

"Aku janji rahsiakannya."

Zamri mula menceritakan dari A ke Z. Tentang emaknya dengan Tan Sri Ghani, datuk Buyamin. Tentang hubungan persahabatan antara Datin Marlia dengan Azizah dan kelahiran mereka sebagai anak kembar Azizah dan anak luar nikah Tan Sri Ghani.

"Emak berpindah ke Thailand ikut tok su sebab emak dipulau dan dihina oleh orang kampung. Aku dan Amri membesar di sana. Emak kahwin dengan orang Melayu Thailand, iaitu abah. Abah baik orangnya. Dia layan aku dan Amri dengan baik tapi sayangnya abah mati dalam kemalangan jalan raya. Seminggu selepas itu, rumah kami terbakar. Emak terperangkap dalam kebakaran tu. Aku dengan Amri tak ada kat rumah dan bila kami pulang, kami melihat mayat emak yang dah hangus terbakar tu.

Amri tak dapat terima pemergian emak. Dia tidur di sebelah pusara emak. Aku pula terpaksa cari duit untuk sara kami berdua. Nasib kami baik bila abang emak, Pak Sahak datang ambil kami balik ke Malaysia semula. Kemudian umi dan ayah, iaitu kawan Pak Sahak ambil kami sebagai anak angkat. Amri pula banyak terlibat dalam masalah sehingga masuk penjara tapi dia bijak orangnya. Amri ada syarikat kecilnya di Thailand dan Malaysia cuma dia selalu keluar masuk penjara aje.

Bila kami tahu kau terkena asid dan muka kau rosak teruk, Amri bawa kau ke Thailand. Dia nak baiki muka kau. Disebabkan dia amat merindui emak kami, dia ubah muka kau jadi emak kami. Itu sebab Datin Marlia terkejut tengok kau sebab wajah kau adalah wajah emak kami, sahabat Datin Marlia. Ada baiknya kau dapat wajah ni sebab wajah ni aku dapat cari keberadaan Tan Sri Ghani."

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now