31

407 25 8
                                    

"TUAN puteri dah sedar?"

Bulat mata Nadia memandang Zahra yang berada di depannya. Dia kini menjadi mangsa perculikan Zahra. Matanya memandang sekeliling. Dia berada dalam sebuah bilik kosong tanpa perabut. Telinganya tidak dapat menangkap sebarang bunyi dari luar sana walaupun ada tingkap yang terbuka luas bersama cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik ini. Di manakah Zahra membawanya ini?

Dan...

Di manakah Buyamin? Adakah Buyamin tahu dia sedang diculik?

Badan Nadia diikat kemas oleh tali yang membataskan pergerakannya. Tangannya diikat di belakang. Hendak lari pun susah lagi-lagi ada Zahra di depannya bersama sebilah pisau yang sedang dipegang itu.

"Zahra?!"

"Kenal lagi aku ya? Ingatkan selepas kau sumbat aku ke dalam penjara, kau dah lupa wajah orang yang dah bunuh anak kau." Zahra meletakkan pisau di pipi Nadia. Sedang menunggu masa untuk menoreh muka cantik Nadia itu.

Pisau tajam yang berkilat itu membuatkan Nadia ketakutan. Nyawanya seolah sedang berada di hujung pisau yang sedang dipegang Zahra itu. Bila-bila masa saja Zahra boleh menikamnya.

"Aku tak pernah lupa muka buruk kau tu. Kau sangat kejam, Zahra. Kau bunuh anak aku sebab kau dendam dengan aku!"

"Ya, aku dendam dengan kau. Aku bunuh anak kau sebab kau tak layak bawa zuriat lelaki yang terlalu sempurna itu. Aku yang sepatutnya mengandung anak Buyamin, bukan kau! Puas hati aku bila tengok kau meroyan menangisi kematian anak kau." Zahra ketawa mengilai.

Nadia ketap bibir. Air matanya hendak mengalir. Saat teringatkan anaknya, hatinya ditikam tajam oleh sebilah pisau. Luka hatinya akibat kehilangan anaknya itu masih belum sembuh. Sedaya upaya dia memujuk hatinya agar tidak menangis lagi tetapi sukar untuk dia menghilangkan segala kepedihan hatinya itu.

Zahra...

Zahra memang tak guna. Pembunuh yang tidak boleh dimaafkan!

"Tapi tangisan aku tak sia-sia. Orang yang bunuh anak aku, dah masuk penjara. Walaupun tak lama kau berada dalam penjara tu, kau tak boleh cucikan kesalahan kau. Semua orang tahu kesalahan kau tu, Zahra. Aku puas hati bila tengok hidup kau kucar-kacir sampai tak ada arah hendak tuju. Itu semua balasan kau. Balasan kerana aniaya orang!" ada seketikanya Nadia ketawa melihat pembunuh anaknya meringkuk dalam penjara tetapi dia tetap akan menangis juga.

Pangg!

Zahra menghadiahkan satu tamparan tepat di pipi Nadia.

Kerana Nadialah, hidupnya merana. Ke mana sahaja dia pergi, orang pandang rendah padanya kerana dia bekas banduan. Dia juga dibuang oleh ibu kandungnya sendiri.

"Kau ingat tamparan kau tu boleh menyakitkan aku? Tak, Zahra. Aku tak sakit pun kau tampar aku sebab aku tahu kau sebenarnya sakit. Kau sakit sebab kau sejak dari dulu tak dapat apa yang kau ingat. Kau sepatutnya reda atas apa yang berlaku. Bukannya kau bertindak di luar jangkaan sehingga memusnahkan diri kau sendiri."

"Aku cintakan Buyamin. Aku sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan dia, Nadia. Termasuklah bunuh kau, aku sanggup. Ya. Aku sakit sebab aku tak dapat Buyamin. Kau... Kau begitu mudah dapat dia!"

"Zahra, lepaskan aku." Pinta Nadia bila melihat Zahra menangis teresak-esak. Peluang untuk melepaskan diri sangat tipis ketika ini.

"Diam!" Zahra angkat pisau tinggi. Dia menyasarkan muka cantik Nadia. Dia nak calarkan wajah penggoda itu.

"Zahra!" Muncul Haniah bersama Syukri. Zahra tidak jadi menikam Nadia.

"Jangan bunuh lagi perempuan ni. Kita tunggu suami kesayangannya datang." Haniah menghampiri Nadia. Wajah Nadia ditiliknya. Sangat cantik. Patutlah Buyamin tergila-gila janda anak satu ini.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now