55

634 24 5
                                    

FARAH masuk bilik bacaan. Dia buka laptop milik Buyamin untuk menghantar email kepada pembekal. Laptopnya buat hal pula. Saat Farah membuka laptop itu, dia gigit bibir bawahnya bila melihat background laptop Buyamin.

Nadia!

Buyamin masih menyimpan gambar Nadia. Ini bermakna, setiap hari Buyamin menatap gambar bekas isterinya itu. Bukankah Buyamin kata dia tidak mencintai Nadia lagi? Adakah apa yang dikatakan oleh Buyamin itu hanyalah satu penipuan sahaja? Buyamin masih menyimpan gambar Nadia.

Bersabar, Farah. Jangan bertindak terburu-buru. Sungguhpun Buyamin masih mencintai Nadia, Nadia sudah menjadi isteri lelaki lain. Buyamin tidak boleh memiliki Nadia itu. Hanya Farah yang boleh memiliki Buyamin.

Farah menukar background. Dia meletak gambar dia bersama Qayyum. Biar Buyamin melihat gambar ini setiap hari kerana dia dan Qayyum adalah pemilik hati Buyamin. Apa gunanya dia melahirkan Qayyum untuk Buyamin jika tidak mahu memiliki Buyamin, kelahiran Qayyum dan kehadiran Farah dalam hidup Buyamin adalah untuk melupuskan ingatan Buyamin terhadap Nadia.

Usai menghantar email kepada pembekal, Farah menutup laptop Buyamin. Dia keluar dari bilik bacaan. Dia membuka iPhonenya. Mesej melalui aplikasi WhatsApp masuk. Buyamin yang menghantar. Kata Buyamin dalam mesej itu, dia terpaksa pergi ke tapak projek kerana ada masalah di sana. Tak kisahlah mana kau nak pergi, Buya. Asalkan kau tak pergi pada Nadia.

Farah masuk ke dalam bilik Qayyum. Qayyum sudah berusia setahun lebih. Anak lelaki itu dilahirkan dengan penuh harapan yang menggunung. Farah tidak merasa menyesal memisahkan Nadia dari Buyamin. Sikit pun dia tidak merasa menyesal malah dia gembira melihat wajah Nadia yang kecewa dengan apa yang Buyamin telah buat padanya.

Farah mencium dahi si kecil itu. Wajah Qayyum mirip Buyamin ketika kecil. Persis seperti Buyamin. Jadi apa lagi alasan Datin Marlia untuk tidak menerima Qayyum sebagai cucunya? Farah mendesah geram. Benci pada Datin Marlia semakin meluap-luap. Ingin saja dia memarahi Datin Marlia depannya. Mujur saja mereka berdua tidak dipertemukan secara berdepan gara-gara kesibukan masa. Kini Datin Marlia sudah menjawat semula jawatan kedua terpenting dalam syarikat. Semakin sukar untuk Farah memasuki syarikat itu walaupun dibantah oleh Buyamin. Hak Farah untuk Qayyum dalam syarikat itu harus dipertahankan. Biarlah Datin Marlia tidak mahu mengakui kedudukan Qayyum, asalkan Farah dan Qayyum tidak diganggu oleh wanita yang ingin memisahkan dia dari Buyamin.

Ingat... Datin Marlia atau sesiapapun tidak boleh memisahkan mereka pasangan suami isteri. Janji setia sudah diukir dan tidak boleh dipatahkan janji itu. Sekali dipatahkan, dia akan membalas semua perbuatan yang telah menyebabkannya ia patah.

Farah keluar dari bilik Qayyum. Membiarkan si kecil itu tidur dengan lena. Dia melihat Buyamin sedang tekun membelek fail di bawah di ruang tamu.

Jiwa dan hati Farah adalah untuk Buyamin. Nadia? Seluruh jiwa raga perempuan yang pernah Buyamin sayangkan itu sudah terbuang jauh meskipun Buyamin menyimpan gambar Nadia atau masih ada sedikit perasaan cinta Buyamin pada Nadia itu, Farah tidak kisah kerana dia memiliki jasad Buyamin serta hati Buyamin. Selagi Farah menjadi isteri Buyamin, selagi itulah dia memiliki Buyamin seratus peratus.

"Hari hujung minggu pun sibuk dengan kerja?" Farah duduk sebelah Buyamin.

"Demi syarikat, I kena bekerja tak kira hari apa." mata Buyamin fokus melihat dokumen yang disemaknya. Farah disebelah tidak dilayan manja. Sibuk membatasi segalanya.

"Syarikat tu untuk Qayyum kan?" Farah ingin tahu siapakah yang bakal menjadi pemilik syarikat itu sekiranya Buyamin sudah tiada.

"Of course untuk Qayyum. Untuk siapa lagi kalau bukan untuk my only son?"

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now