20

576 28 1
                                    

"PENATNYA!" keluh Nadia. Dia memicit-micit kepalanya yang sedang berdenyut. Dari pagi sehingga ke malam, dia masih berasa pening. Sudah sapu minyak angin pun masih belum hilang peningnya. Nasib baik dia tidak pengsan semasa membawa kereta pulang ke rumah.

Buyamin muncul dari dapur. Dia meletakkan Naim di depan tv dan duduk bersebelahan Nadia.

"Banyak customer hari ni, bang. Sampai nak pengsan dok layan macam-macam karenah yang ada. Nasib baik ada pekerja yang bantu. Kalau saya seorang diri, memang pengsan terus tak terbangun saya." Adu Nadia.

"Apa kata awak serahkan aje semua kerja kat pekerja awak tu? Ataupun awak tambah seorang lagi pekerja di butik tu ke." Buyamin memberi cadangan. Hari ini Nadia pulang tepat jam 11 malam. Tak pernah isterinya pulang selewat ini.

"Tak boleh, abang. Saya tak percayakan mereka seratus-peratus. Takut nanti mereka buat hal, saya juga kena tanggung." Nadia menanggalkan tudungnya. Dia meletakkan kepalanya di atas bahu Buyamin.

"Pula dah. Habis tu, awak nak kerahkan tenaga awak pantau bisnes awak 24 jam? Apa gunanya ada pekerja tetapi bos pun turut letih? Itu gunanya ada pekerja sebab mereka boleh meringgankan beban awak. Suraya dan seorang lagi tu bukan siapa-siapa, orang yang awak kenal lama juga kan? Bagi aje kerja kat mereka handle semua ni. Kan rugi awak bayar gaji mereka."

"Hm, yalah. Nanti saya buat tugasan baru untuk mereka. Abang, kepala saya asyik berdenyut-denyut ni. Dah telan panadol tapi tak berkesan. Sapu minyak pun masih belum hilang rasa pening. Rasa macam ada batu hempap kepala saya ni." Nadia kemudian merebahkan dirinya di atas paha Buyamin.

"Kita pergi klinik, nak?"

"Tak naklah."

"Nanti semakin parah pening awak tu. Hal pening jangan dibuat main-main sayang. Kita pergi klinik. Ya?"

"Abang, saya rasakan..." Nadia bangun. Dia pandang Buyamin.

"Rasa apa?"

"Saya rasa saya pregnant."

"Hah? Serius?" Soal Buyamin teruja.

"Period saya dah lewat dua bulan. Tapi mungkin disebabkan hormon kut." Nadia tidak mahu berharap. Jika ada rezeki anak untuk mereka berdua, dia terima. Jika masih belum ada, tak apa. Mereka boleh terus berusaha.

"Kita pergi check. Abang rasa awak memang mengandung ni." Buyamin terus teruja.

"Kalau saya tak mengandung?" Nadia tidak mahu Buyamin kecewa jika keputusan tidak memihak kepada mereka.

"Tak apa. Tapi kita check dulu."

"Hm, yalah."

"Awak tunggu sekejap. Abang nak tukar baju."

Buyamin bangun dan naik ke atas menukar baju.

Mengandung?

Nadia senyum.

Kali terakhir dia mengandung adalah tiga tahun yang lalu iaitu mengandungkan Naim. Masa itu dia mengandung tanpa suami disisi tapi kali ini dia mempunyai suami disisinya.

Seketika kemudian, Buyamin turun. Mereka berdua bersama Naim pergi ke klinik.

Sampai di klinik, Nadia memberitahu masalah yang dihadapinya. Nadia diminta melakukan urine test.

"Tahniah, puan mengandung. Kandungan puan berusia sebulan." Beritahu Doktor Hasnah.

Buyamin yang menemani Nadia mengucap tanda syukur. Mereka berdua keluar dari bilik Doktor Hasnah. Naim yang didukung Buyamin dicium bertalu-talu. Naim hampir menangis dicium sedemikian rupa.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now