13

614 29 0
                                    

BUYAMIN merengus bila Zahra tiba-tiba muncul dalam ofisnya ketika dia sedang berbincang dengan tiga orang pekerja dan Zamri. Kehadiran Zahra menganggu perbincangan yang sedang berjalan. Sikap Zahra yang main masuk ini tidak menghormati Buyamin sebagai pemilik BYM Holding dan Zahra fikir dengan tiketnya sebagai tunang Buyamin, dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu dalam syarikat ini. Sebab itu Zahra menjadi sombong dan angkuh setiap kali datang ke sini.

"Zahra, berapa kali I pesan dengan you, jangan masuk kalau I sedang meeting?" ujar Buyamin. Bukan kali pertama Zahra masuk bila dia sedang mesyuarat tapi sudah banyak kali. Setiausahanya itu mesti tidak dapat menghalang Zahra dari masuk.

"What? Salah ke I masuk ofis bakal suami I? Anyway, you kalau nak meeting takkan dalam ofis ni, kenapa tak buat dalam bilik mesyuarat aje?" balas Zahra dengan tanpa bersalahnya itu. Sikit pun dia tak peduli kalau masuk ke dalam ofis Buyamin jika Buyamin sedang bermesyuarat sekali pun.

Buyamin mengeluh. Zahra ini degil. Kalau pesan banyak kali pun, bukan dia boleh ikut. Nak ikut kepala dia sendiri aje. Buyamin rasa nak lari jauh-jauh dari Zahra. Serabut dan rimas dengan Zahra ini.

"Korang semua boleh keluar. Kita bincang lain kali aje. Ada tukang penyibuk kat sini." Ujar Buyamin kepada pekerjanya. Sempat lagi dia menyindir Zahra. Tiga pekerjanya dan Zamri keluar dari ofis Buyamin.

"Apa you nak?" soal Buyamin. Zahra duduk tanpa dijemput.

"Kita pergi butik. Ambil baju pengantin kita."

Buyamin mendengus.

"You pergi sendiri ajelah. I tak nak ikut. Kerja I banyak dan kena settle hari ini juga." Buyamin memberi alasan. Sedar tak sedar, tinggal dua minggu lagi majlis perkahwinan Buyamin dengan Zahra. Datuk Rahman yang ingin mempercepatkan perkahwinan mereka berdua.

"Kenapa you nampak tak serius dengan perkahwinan kita? Buya, you dan I bakal berkahwin and you kena ambil tahu pasal perkahwinan kita!" tegas Zahra. Sikap acuh tak acuh Buyamin membuatkan Zahra sentiasa naik angin.

"Yang nak kahwin tu you, bukan I. I tak nak ambil tahu pasal perkahwinan or apa sahaja yang berkaitan sebab I tak nak berkahwin dengan you."

"You tetap akan berkahwin dengan I. You sendiri dah bersetuju, Buya!"

"I setuju sebab I tak nak harta I jatuh ke tangan Haniah dan Faris tapi I tak peduli semua tu lagi. I boleh tinggalkan harta itu dan kahwin dengan Nadia. Nadia saja yang bertakhta di hati I, bukan you yang terdesak nakkan I."

Zahra tak puas hati. Nadia memang tak guna! Masih lagi melekat nama itu dibibir Buyamin yang menyaktikan hatinya itu.

"No, no. I takkan biarkan you kahwin dengan Nadia! You lupa ke Nadia dah tolak cinta you! You tak payah nak terhegeh-hegeh minta dia jadi milik you, Buya. You dan dia takkan bersatulah! I akan pastikan you jadi kahwin dengan I." Suara Zahra meninggi. Buyamin miliknya dan selama miliknya. Dia takkan membiarkan perempuan yang bernama Zahra itu merampas Buyamin. Walaupun Buyamin sering mengatakan dia mencintai Nadia, Zahra tak peduli. Asalkan dia dapat Buyamin! Dia cintakan Buyamin.

"I akan terus berusaha mendapatkan dia, Zahra. Bila dia terima I, you... Akan I singkirkan dari hidup I. I dah rimas dengan you! Dan pertunangan ni tak sepatutnya terjadi. You paksalah I kahwin dengan you sekalipun, I masih cintakan Nadia dan akan terus mendapatkan dia sehingga dia jatuh ke tangan I."

Zahra mahu menjerit. Buyamin sudah menyakitkan hatinya!

"You jangan sakitkan hati I, Buya. Jangan sesekali you buat I macam ni. You belum nampak siapa I yang sebenarnya. I boleh hancurkan perempuan tu kalau I mahu." Zahra mencabar Buyamin.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now