5

814 37 0
                                    

"MACAM mana kau tahu Nadia diceraikan suaminya sebab suaminya kahwin lain?" tanya Buyamin di rumah agam mereka. Datin Marlia mengambil tugas menjaga suaminya. Manakala Haniah... Ah, malas nak ambil tahu.

"Kak Nadia yang cerita semalam. Sedih gila Lisa bila Kak Nadia ceritakan kisah hidupnya. Dia hampir jadi gila mengejar bekas suaminya. Naim, anak Kak Nadia tu suaminya tak mengaku tau. Bekas suaminya kata Naim tu anak lelaki lain sedangkan itu anak bekas suaminya." ujar Elisa bersungguh-sungguh. Sadis kisah Nadia. Lagi sadis bagaimana Nadia cuba bangkit dari keperitan hidupnya.

Buyamin diam sejenak.

"Kak Nadia pernah nak bunuh diri sebab tak dapat pujuk bekas suaminya."

Buyamin separa terkejut.

"Hm, abang janganlah marahkan Kak Nadia sebab Kak Nadia janda. Abang cuba tengok apa yang istimewa dalam diri seseorang yang bernama Nadia tu. Lisa yakin, Nadia akan tawan hati keras abang ni." Elisa ketawa kecil.

"Pergi tidur!" arah Buyamin. Tak suka bila mengaitkan isu berkaitan hati. Dia belum terbuka hati nak menerima mana-mana perempuan masuk dalam hatinya termasuklah Nadia itu.

"Yalah. Esok, abang bawa bunga ros kesukaan Kak Nadia tau. Birthday Kak Nadia."

"Hah, yalah-yalah. Terima kasihlah beritahu."

Elisa bangun dan naik ke atas meninggalkan Buyamin di ruang tamu.

Sesal.

Menyesal.

Kerana menghamburkan kata-kata sedemikian pada Nadia. Seolah dia bagaikan hakim yang berhak menjatuhkan hukuman kepada Nadia kerana berstatus bekas isteri orang. Yalah. Kerana Buyamin sangat bencikan Haniah sampaikan Nadia turut terpalit sekali.

Baiklah. Mulai sekarang jangan marahkan Nadia tanpa sebab dan sebab statusnya. Kalau nak marah, biar bertempat.

"Tuan singa."

Eh, suara Nadia? Datang dari mana?

Buyamin tercari-cari kelibat Nadia.

Ah. Apalah.

Tuan singa? Buyamin sengih. Gelaran itu memang padan sangat dengan dia. Singa sangat bila berhadapan dengan staf termasuklah Nadia. Tak apalah, tuan singa ini akan jadi tuan meow yang manja untuk Nadia.

#

BUYAMIN meletakkan sejambak bunga ros bersama sekeping kad yang diselit di bunga ros itu di atas meja Nadia. Dia cepat-cepat masuk dalam biliknya bila ternampak Nadia sedang berjalan ke arahnya. Dia berharap Nadia memaafkannya.

Nadia mengerutkan dahi. Siapa pula hantar bunga ros ni? Pagi-pagi pula tu? Matanya ternampak sekeping kad yang terselit. Lalu dia ambil dan baca.

- Saya Buyamin bin Rahman ingin meminta maaf terhadap Cik Nadia atas kesalahan saya yang semalam dan hari-hari yang sebelum ini. Moga Cik Nadia memaafkan saya. Dan happy birthday to you.

Nadia senyum.

Sweet juga Tuan Buyamin.

Okey. Tuan Buyamin dimaafkan.

Di dalam bilik, jantung Buyamin tak berhenti berdetak. Takut pun ada. Bimbang pun ada juga. Nadia mungkin tidak memaafkan dia. Tekak Buyamin rasa haus pula. Rasa nak minum air kopi buatan Nadia. Tak naklah air kopi Saleha. Pedih tekak adalah minum air kopi pahit itu.

"Nadia, bawakan saya segelas air kopi." Buyamin menukar panggilannya. Biar mesra sikit guna perkataan 'saya'.

"Baik, tuan."

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now