25

440 19 0
                                    

TIGA hari berada di Dubai membuatkan fikiran Buyamin sentiasa teringatkan isterinya, Nadia. Puan Salma memberitahu Nadia semakin pulih. Dia di bawa berubat dengan perubatan islam di Kelantan dan kini Nadia dalam proses untuk sembuh. Barulah Buyamin dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerjanya. Jika tidak, entah apa yang jadi pada kerjanya ini. Mungkin sudah terlepas projek besar ini ke tangan pihak lain.

Di hotel, Buyamin menelefon isterinya. Suara Nadia teramatlah dia rindui.

"Assalamualaikum," Nadia memberi salam.

"Waalaikumussalam." Hati Buyamin berkembang semula setelah hatinya ditutupi dengan kesedihan yang menutupi segenap ruang hatinya.

"Abang sihat?" tanya Nadia. Sudah agak lama dia membiarkan suaminya dengan sakitnya. Dalam keadaan yang sakit dahulu, dia tidak dapat berfikir dengan waras malah dia tidak ingat bagaimana layanannya pada Buyamin. Puan Salma kata, dia halau Buyamin dari mendekatinya. Dia berharap Buyamin tidak ambil hati dengan layanannya ketika itu.

"Alhamdulilah, sihat? Awak bagaimana? Sudah okey?" tanya Buyamin pula. Mestilah Nadia sudah okey. Nadia sudah sembuh. Sudah boleh berbual dengannya seperti dahulu.

"Alhamdulilah. Sudah semakin okey. Abang, saya minta maaf kerana telah menyusahkan abang. Selama sebulan ini, saya bagaikan orang gila kerana menangisi pemergian anak kita. Sungguh saya rasa amat tertekan. Saya inginkan anak kita lahir cukup bulan tetapi kita tidak sempat memangkunya. Kerana itu, saya jadi seperti orang hilang akal." Nadia menangis. Mengingati dirinya seperti orang gila, dia bertambah sedih. Sudah banyak kali dia menyusahkan Puan Salma dan kini suaminya turut disusahkannya.

"Sayang jangan menangis. Abang tidak pernah anggap awak sebagai beban tetapi awak adalah tanggungjawab abang untuk abang jaga. Abang cintakan awak, sangat cintakan awak, Nadia. Jika boleh, abang nak serahkan jiwa abang untuk awak. Biar awak merasai jiwa abang yang tidak pernah berhenti mencintai seorang isteri yang setia untuk abang."

"Abang cintakan saya?"

"Mestilah abang cintakan awak, sayang. Tak pernah abang tak cintakan isteri abang. Abang pilih awak sebagai isteri abang sebab abang cintakan awak."

"Betul?"

"Betullah. Belah dada abang. Cari cinta abang ni. Awak akan jumpa jalan menuju ke cinta abang."

"Kenapa abang manis sangat ni? Orang Arab bagi abang minum apa ni?" Nadia ketawa.

"Dia orang bagi abang satu minuman cinta untuk abang. Minuman yang membuatkan abang sentiasa haus dengan cinta yang menghilangkan kehausan itu."

"Abang, bagaimana keadaan saya masa tengah meroyan? Mesti macam orang hilang anak betul kan? Hm, saya dah banyak kali tengok orang kena meroyan ni. Sedih rasanya dan saya terkena semua itu."

"Hmm, keadaan awak... Sangat menakutkan. Rambut mengurai macam hantu Kak Limah tu. Sampaikan saya dengan Naim takut nak dekati awak tau."

Nadia gelak lagi.

"Tak baik tau samakan saya dengan hantu Kak Limah tu."

Buyamin turut ketawa. Senang hatinya mendengar suara ceria isterinya itu. Moga isterinya tak jadi macam ini lagi. Tidak sanggup dia melihat Nadia berduka atas penyakit ini. Puan Salma, dia melihat wanita itu kuatkan hati menjaga Nadia. Betapa besar pengorbanan Puan Salma sebagai seorang ibu demi anaknya. Dan dia ingin jadi seorang anak yang berbakti pada Datin Marlia, wanita yang telah melahirkannya. Nadia pula, dia ingin jadi seorang suami yang sentiasa ada di sisinya.

"Nadia, tentang anak kita. Awak jangan fikirkan lagi. Dia sekarang berada di syurga, menanti kita. Kita berdua dan Naim akan berjumpa dengan dia."

"Anak kita... Nur Naziha Tasneem." Nama itu dia pilihkan untuk anak perempuannya.

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now