51

567 26 1
                                    

           

"MANA perempuan tu?" tanya Datin Marlia. Tidak nampak pula Farah di sekitar pejabat. Dia datang ke Rahman Holding sekadar melawat syarikat kesayangannya ini walaupun tidak menjawat jawatan tertinggi lagi.

"Perempuan mana?" tanya Buyamin tidak faham.

"Isteri kamu." Datin Marlia tak menyebut nama Farah sebab kemarahan Datin Marlia masih belum reda walaupun sudah setahun lebih berlalu. Dia tak merestui hubungan Buyamin dengan Farah malam pemecatannya oleh Buyamin menambahkan lagi kemarahan Datin Marlia. Mujur saja Datin Marlia tidak naik angin. Tahan sabar aje bila Buyamin buat perangai.

"Dia dah berhenti."

"Ohh, dah berhenti? Dengar kata dia dah curi duit syarikat." Dia dengar dari Faris. Faris ceritakan segala-galanya mengenai Farah. Malah Faris juga menyerahkan laporan kewangan syarikat dan laporan pengeluaran wang oleh Farah. Farah dikatakan mencuri duit syarikat.

"Dia dah bayar duit yang dia curi." Entah kenapa Buyamin rasa janggal dengan Datin Marlia. Sudah setahun lebih mereka tidak bertemu dan bersua muka. Dia pecat Datin Marlia pun melalui surat yang dia emailkan kepada Datin Marlia.

"Bayar dengan duit siapa? Duit kamu sendiri?"

"Mama, sudah-sudahlah. Benda ni dah pun selesai. Mama tak payah nak bangkitkan lagi." Buyamin bungkam. Rasa tak berapa suka dengan Datin Marlia yang tak habis-habis membenci Farah.

"Mama ada saham dalam syarikat ni walaupun kamu dah pecat mama dan mama berhak tahu apa yang dah jadi dalam syarikat ni. Syarikat ni hampir terjejas kerana isteri kamu yang gila kuasa itu. Mujur saja dia curi duit tak sampai berjuta ringgit. Kalau sampai berjuta-juta, mama tak teragak-agak sumbat dia ke dalam penjara."

"Buya tahu kesan mencuri duit syarikat, ma."

"Tapi Buya buat tak tahu bila Farah mencuri."

"Buya salah sebab Buya biarkan dia tapi Buya dah menegaskan pada dia supaya tak buat lagi."

"Huh, tegas aje? Kamu ingat dengan penegasan dan pemecatan terhadap Farah itu berkesan? Mama tak rasa Farah dah insaf. Boleh jadi dia akan buat semula." Farah, penuh dengan agenda sendiri. Walaupun Farah buat kesalahan mencuri, Datin Marlia terus menerus menyalahkan Farah atas kemusnahan rumah tangan Buyamin dengan Nadia. Nasib baik mereka tidak bertembung di mana-mana. Kalau tak, mungkin terjadi perang dunia ketiga.

"Buya akan pastikan Farah tak buat lagi."

"Kalau Farah buat lagi, mama akan rampas jawatan pengerusi. Mama cakap betul, Buya. Mama boleh jatuhkan kamu. Atau mama akan jadikan Faris sebagai pengerusi baru."

"Come on. Takkan sebab itu mama nak memperbesarkan isu ni? Benda dah selesai. Stop it, ma." Buyamin rasa rimas.

"Okey. Mama datang sini bukan nak membebel pasal Farah atau kamu aje. Mama nak Buya tahu tentang Nadia."

Buyamin pamer wajah terkejut. Sudah lama dia tidak mendengar nama Nadia disebut. Malah dia hendak menyebut nama Nadia pun cukup sukar.

"Kenapa dengan Nadia? Mama tahu ke mana Nadia pergi?" Sudah lama dia mencari Nadia.

"Mama tahu." Datin Marlia pandang anaknya dengan tenang.

"Mama tahu? Mana Nadia pergi?" soal Buyamin bersungguh. Dia ingin tahu di mana keberadaan bekas isterinya itu.

"Dia berada di London sekarang."

"Patutlah Buya cari dia kat Malaysia tak ada."

"Dia bersama Hazril sekarang."

CINTA KEDUAWhere stories live. Discover now